Guru Agama Dakwah Teluk Intan

Guru Agama Dakwah Teluk Intan Official page Of Guru Agama Dakwah Teluk Intan

MISI 30 JUZUK : AYUH CAPAI KEJAYAAN BERSAMA AL-QURANAlhamdulillah, program khas “Ayuh Kita Capai Kejayaan Bersama Al-Qur...
09/06/2026

MISI 30 JUZUK : AYUH CAPAI KEJAYAAN BERSAMA AL-QURAN

Alhamdulillah, program khas “Ayuh Kita Capai Kejayaan Bersama Al-Quran” anjuran SK St Anthony Teluk Intan dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Teluk Intan dan Guru Agama Dakwah Teluk Intan telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini.

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat serta para peserta yang telah sama-sama memeriahkan program ini. Semoga usaha ini menjadi titik mula lahirnya generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan mencintai Al-Quran dalam kehidupan seharian.





GURU AGAMA DAKWAH TELUK INTAN SANTUNI ANAK-ANAK ISTIMEWA PDK SINAR INTANGuru Agama Dakwah Teluk Intan telah berkunjung k...
09/06/2026

GURU AGAMA DAKWAH TELUK INTAN SANTUNI ANAK-ANAK ISTIMEWA PDK SINAR INTAN

Guru Agama Dakwah Teluk Intan telah berkunjung ke PDK Sinar Intan dalam program penuh kasih sayang bagi menyantuni anak-anak istimewa melalui sesi perkongsian ilmu yang santai dan bermakna.

Perkongsian ini bertujuan memberi suntikan rohani serta motivasi kepada anak-anak istimewa agar terus bersemangat dan yakin dengan potensi diri.

Program ini turut menjadi wadah mengeratkan hubungan silaturahim antara warga dakwah dan komuniti PDK, di samping menyemai nilai kasih, empati dan keprihatinan terhadap insan istimewa.

07/06/2026

Semoga segala perkongsian dan pengisian yang disampaikan memberi manfaat serta menjadi asbab kebaikan buat para pelajar.




07/06/2026

PROGRAM SENTUHAN ROHANI : MEMBINA DIRI REMAJA BERAKHLAK TAHUN 2026

Alhamdulillah, selesai program Sentuhan Rohani : Membina Diri Remaja Berakhlak Tahun 2026 bersama para pelajar di SMK Abdul Rahman Talib pada pagi tadi.

Program ini memberi penekanan kepada pembinaan sahsiah, pengukuhan rohani serta penerapan nilai akhlak mulia dalam kalangan remaja agar terus menjadi generasi yang berilmu, beradab dan mempunyai jati diri yang baik.

Terima kasih kepada pihak sekolah serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala perkongsian dan pengisian yang disampaikan memberi manfaat serta menjadi asbab kebaikan buat para pelajar.




07/06/2026

SANTUNI MASYARAKAT DI PADANG SPEEDY

Guru Agama Dakwah Teluk Intan telah melaksanakan aktiviti pengedaran risalah dakwah di kawasan Padang Speedy. Aktiviti ini bertujuan menyebarkan mesej-mesej kebaikan serta mengajak masyarakat mendekati ajaran Islam yang sebenar.

Semoga usaha ini memberi impak positif kepada komuniti dan menjadi asbab hidayah kepada ramai.



SANTUNI MASYARAKAT DI PADANG SPEEDYGuru Agama Dakwah Teluk Intan telah melaksanakan aktiviti pengedaran risalah dakwah d...
07/06/2026

SANTUNI MASYARAKAT DI PADANG SPEEDY

Guru Agama Dakwah Teluk Intan telah melaksanakan aktiviti pengedaran risalah dakwah di kawasan Padang Speedy. Aktiviti ini bertujuan menyebarkan mesej-mesej kebaikan serta mengajak masyarakat mendekati ajaran Islam yang sebenar.

Semoga usaha ini memberi impak positif kepada komuniti dan menjadi asbab hidayah kepada ramai.



EDAR RISALAH DAKWAH | PASAR MALAM TELUK INTANAlhamdulillah, para Guru Agama Dakwah Teluk Intan turun ke lapangan untuk m...
06/06/2026

EDAR RISALAH DAKWAH | PASAR MALAM TELUK INTAN

Alhamdulillah, para Guru Agama Dakwah Teluk Intan turun ke lapangan untuk mengedarkan risalah dakwah kepada para pengunjung pasar malam Teluk Intan.

Usaha kecil tetapi besar nilainya menyantuni masyarakat, menyebarkan mesej kebaikan, dan mengajak hati-hati kembali mengingati Allah.

Semoga setiap risalah menjadi asbab hidayah.

05/06/2026

SANTUNI MASYARAKAT CINA DI PULAU BANGAU TELUK INTAN

Guru Agama Dakwah Teluk Intan telah menyantuni masyarakat Cina di Pulau Bangau, Teluk Intan, bersempena sambutan Tahun Baru Cina. Antara sumbangan yang diberikan ialah goodies, limau dan kacang kepada penduduk setempat.

Tujuan program ini adalah untuk memupuk semangat perpaduan dan kasih sayang antara kaum, serta menyampaikan mesej harmoni dalam masyarakat.

Semoga usaha ini menjadi langkah kecil ke arah membina hubungan yang lebih erat dan membawa keberkatan kepada semua pihak.

SANTUNI MASYARAKAT MUSLIM DAN NON-MUSLIM DI PASAR PAGI TELUK INTANAlhamdulillah, Program Santuni Masyarakat telah berjay...
05/06/2026

SANTUNI MASYARAKAT MUSLIM DAN NON-MUSLIM DI PASAR PAGI TELUK INTAN

Alhamdulillah, Program Santuni Masyarakat telah berjaya dilaksanakan di Pasar Pagi Teluk Intan. Kami berkesempatan bertemu dan berinteraksi dengan masyarakat Muslim dan non-Muslim dalam suasana penuh hormat dan kasih sayang.

Melalui program ini, kami bukan hanya menyampaikan mesej dakwah Islam yang penuh kedamaian, tetapi juga merapatkan hubungan silaturahim antara semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama. Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi sokongan, serta kepada peniaga dan pengunjung yang memberi ruang untuk kami berbual mesra dan berkongsi ilmu.

Semoga usaha ini dapat memperkukuhkan lagi perpaduan serta saling memahami antara kita semua. Moga Allah SWT merahmati setiap langkah kita dalam menyebarkan kebaikan.




Address

Teluk Intan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Guru Agama Dakwah Teluk Intan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Guru Agama Dakwah Teluk Intan:

Share