Masjid Melayu Teluk Intan, Masjid Warisan

Masjid Melayu Teluk Intan, Masjid Warisan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Melayu Teluk Intan, Masjid Warisan, Religious organisation, Jalan Selat, Teluk Intan.

Kumpulan Imarah MasjId Melayu Teluk Intan adalah satu jaringan tidak formal yang menghimpunkan individu/tokoh dari pelbagai latar belakang yang komited terhadap kelangsungan masjid tua ini

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt jua, Majlis Serah Tugas di antara En Badrul Hisham bin Muniran, Pengerusi JK-MMTI 2...
16/07/2026

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt jua, Majlis Serah Tugas di antara En Badrul Hisham bin Muniran, Pengerusi JK-MMTI 2023-2026 dan Tuan Hj Ibrahim bin Arshad , Pengerusi JK-MMTI 2026-2029 telah selamat dilangsungkan.

Majlis yang berlangsung penuh dengan tertib dan dalam suasana kekeluargaan ini telah disaksikan bersama oleh YDH Toh Mahkota Lela Tuan Hj Abu Bakar bin Muhammad, Orang Besar Perak / ayahanda kehormat -Kumpulan Imarah Masjid Melayu Teluk Intan (Ki-MMTI) dan YBrs Tuan Hj Mohamed Shafie bin Abdul Karim, Pengerusi ANGKASA Negeri Perak / ayahanda mentor Ki-MMTI

Turut hadir ialah exco-exco kanan Ki-MMTI, iaitu Tuan Mohd Ismail bin Mohd Yunus, Ketua Balai Bonba dan Penyelamat Teluk Intan, Tuan Al Ikhsan bin Borhan, Pegawai Risik Operasi, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Bagan Datuk dan Tuan Zain Azzad bin Hj Abu Bakar, Ketua Inspektor Penjara Tapah serta P engerusi Kumpulan As Sakinah (sayap Muslimah Ki-MMTI), Puan Hjh Halimah binti Leman

Majlis turut disaksikan oleh:
1. En Azmi bin Mohd Yusof, Timbalan Pengerusi JK-MMTI dan Tuan Hj Othman bin Sharif, mantan Timbalan Pengerusi
2. En. Mohd Nizam bin Hj Yahaya, Setiausaha JK-MMTI dan Puan Aziah binti Abdul Aziz, mantan Penolong Setiausaha
3. Puan Maimunah binti Hj Othman, Bendahari JK-MMTI dan En Abdul Malek bin Pakeer Mohammad, mantan Bendahari

Serta sebahagian ahli jawatankuasa 2026-2029, iaitu Tuan Hj Idris bin Md Najar, Tuan Imam Hassan bin Namad, En. Mohd Ariff Fikri bin Hj Mohamed Shafie, Puan Robangah binti Mantan, Puan Saripah binti Sarjo dan En Mohd Sani bin Manaf.

Majlis Serah Tugas ini telah dipengerusikan oleh En Muhammad bin Hj Abu Bakar, setiausaha Ki-MMTI

Barisan kepimpinan yang baharu turut menyatakan komitmen untuk meneruskan usaha ke arah menjadikan Masjid Melayu Teluk Intan – masjid warisan di pertemuan antara Sungai Bidor dan Sungai Perak sebagai Pusat Kecemerlangan Kariah (duniawi & ukhrawi) dalam perihal hubungan dengan Allah swt dan juga hubungan sesama manusia

Alhamdulillah, dengan penuh hormat dan takzim yang disampaikan ucapan tahniah daripada YBhg Orang Kaya-kaya Laksamana Ra...
13/05/2026

Alhamdulillah, dengan penuh hormat dan takzim yang disampaikan ucapan tahniah daripada YBhg Orang Kaya-kaya Laksamana Raja Mahkota Mejar (K) Dato' Dr Hj Meor Redwan bin Mahayudin, Orang Besar Jajahan Hilir Perak selaku Penaung Kehormat Kumpulan Imarah Masjid Melayu Teluk Intan (Ki-MMTI) dan seisi keluarga besar Ki-MMTI atas perlantikan semula YB Senator Datuk Seri Profesor Emeritus Dr Awang bin Sariyan sebagai ahli Dewan Negara untuk tempoh sehingga 19 Mac 2029

Dengan iringan doa, semoga dikurniakan keafiatan, sentiasa berasa dalam lindungan dan limpahan kasih Allah swt serta beroleh Innayah dari Nya jua.

Lillahi Ta'ala

Setiausaha Ki-MMTI

✒️ Pada 4 Mei 2026, unit media Kumpulan Imarah Masjid Melayu Teluk Intan (Ki-MMTI) telah memuatnaik kad ucapan Selamat H...
10/05/2026

✒️ Pada 4 Mei 2026, unit media Kumpulan Imarah Masjid Melayu Teluk Intan (Ki-MMTI) telah memuatnaik kad ucapan Selamat Hari Bomba Sedunia 2026.

✒️ Ucapan tersebut adalah sebagai penzahiran penghargaan daripada YBhg Orang Kaya-kaya Laksamana Raja Mahkota Mejar (K) Dato' Dr Hj Meor Redwan bin Mahayudin, Orang Besar Jajahan Hilir Perak selaku Penaung Kehormat Ki-MMTI dan seisi keluarga besar Ki-MMTI kepada para pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan.

✒️ Ia disusuli dengan mesej yang dimuatnaik oleh Tuan Mohd Ismail bin Mohd Yunus, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan di ruangan komen yang antara lainnya berbunyi

🗣️"Saya bagi pihak seluruh pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan amat tersentuh dengan ingatan serta penghargaan yang diberikan"

✒️ Lantaran itu, unit media Ki-MMTI ingin kongsikan rakaman lensa yang memaparkan betapa akrabnya hubungan antara Ki-MMTI dan warga Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan.

✒️ Warga bomba Teluk Intan adalah antara kumpulan utama yang sentiasa menjayakan pelbagai program yang dianjurkan di Masjid Melayu Teluk Intan.

✒️ Mereka bukan sahaja menyumbang tenaga dan keringat untuk program gotong royong ataupun untuk program meraikan anak-anak yang berkhatan, tetapi saban tahun mereka juga setia bersama menjayakan Perarakan Selawat dan Silaturrahim bersempena sambutan Maulidur Rasul.

✒️ Tidak cukup dengan itu, anggota bomba juga telah memperkuatkan skuad FUTSAL Ki-MMTI dalam perlawanan pembukaan semasa sambutan Merdeka 2024 menentang pasukan PerakFM.

✒️ Komitmen mereka amatlah kami sanjung tinggi.

✒️ Dan kerana itu jugalah kami sentiasa cakna terhadap warga bomba Teluk Intan.

✒️ Tatkala Teluk Intan dilanda banjir besar baru-baru ini, kami hadir ke balai bersama YBhg Dato' OBJ menyampaikan kotak-kotak makanan pada pagi pusat perpindahan sementara mula dibuka.

✒️ Begitu juga semasa Ramadhan baru-baru ini, kami juga hadir berkunjung ke balai bersama-sama Puan Pegawai Daerah Hilir Perak mengedarkan juadah untuk bersahur.

✒️Pada pengakhiran mesej nya, Tuan Ismail mengungkapkan

🗣️ "InsyaAllah, kami akan terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik demi keselamatan masyarakat"

✒️ Maka, seisi keluarga besar Ki-MMTI juga ingin sekali merakamkan setinggi penghargaan buat sekelian warga Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan atas segala jasa bakti kalian dan Insha Allah kami akan sentiasa berada bersama kalian dalam ikatan silaturahmi yang erat.

-UNIT MEDIA KI-MMTI-

Assalamualaikum wbtAlhamdulillah, dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah swt, YBhg Orang Kaya-kaya Laksamana Raja Mahk...
06/05/2026

Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah swt, YBhg Orang Kaya-kaya Laksamana Raja Mahkota Mejar (K) Dato' Dr Hj Meor Redwan bin Mahayudin, Orang Besar Jajahan Hilir Perak selaku Penaung Kehormat Kumpulan Imarah Masjid Melayu Teluk Intan (Ki-MMTI) dan seisi keluarga besar Ki-MMTI menzahirkan setinggi ucapan tahniah kepada yang dikasihi Tuan Ir Sudin bin Hasim, Jurutera Daerah JKR Hilir Perak / ahli kehormat Ki-MMTI dan seluruh warga JKR Hilir Perak atas kejayaan muncul sebagai Johan Anugerah Inovasi Pengurusan JKR Daerah Terbaik yang telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Sri Ir. Roslan Bin Ismail sempena Majlis Persidangan Pegawai Kanan JKR Malaysia Tahun 2026 yang bertempat di The Royale Chulan Seremban.

Kejayaan ini adalah manifestasi kecemerlangan budaya kerja serta keakraban hubungan dengan semua pihak yang sentiasa menjadi keutamaan JKR HIlir Perak. Kami semua turut berbangga atas kejayaan ini dan mendoakan agar ia menjadi peransang untuk lebih banyak kejayaan diraih pada masa akan datang, insha Allah

Selamat Hari Bomba 2026 buat sekelian pegawai dan anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia di seluruh negara. Khususnya bua...
03/05/2026

Selamat Hari Bomba 2026 buat sekelian pegawai dan anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia di seluruh negara.

Khususnya buat yang dikasihi Tuan Mohd Ismail bin Mohd Yunus, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan merangkap exco kanan Kumpulan Imarah Masjid Melayu Teluk Intan serta para pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan

Jasa bakti kalian akan sentiasa dikenang dan dihargai. Semoga Allah swt kurniakan keafiatan dan melimpahkan rahmatNya serta menjaubkan sebarang mara bahaya.

Ingatan kasih dan tulus ikhlas daripada:
YBhg Orang Kaya-kaya Laksamana Raja Mahkota Mejar (K) Dato' Dr Hj Meor Redwan bin Mahayudin, Orang Besar Jajahan Hilir Perak selaku Penaung Kehormat Kumpulan Imarah Masjid Melayu Teluk Intan

Dan seisi keluarga Kumpulan Imarah Masjid Melayu Teluk Intan
Penaung Kehormat Kumpulan Imarah Masjid Melayu Teluk Intan

Selamat meraikan ulangtahun kelima Kumpulan Imarah Masjid Melayu Teluk Intan
01/04/2026

Selamat meraikan ulangtahun kelima Kumpulan Imarah Masjid Melayu Teluk Intan

20/03/2026

Takbir Aidilfitri 1447H bersama YBhg Orang Kaya-kaya Laksamana Raja Mahkota Mejar (K) Dato' (Dr) Hj Meor Redwan bin Mahayudin, Orang Besar Jajahan Hilir Perak /Penaung Kehormat Kumpulan Imarah Masjid Melayu Teluk Intan (Ki-MMTI) dan YBrs Dr Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia/Ayahanda Mentor Ki-MMTI yang dipimpin oleh YBrs Tuan Hj Mohamed Shafie bin Abdul Karim, Pengerusi ANGKASA Negeri Perak/Ayahanda Mentor Ki-MMTI.

Ia dirakamkan pada 8 Mac 2026 bersamaan 15 Ramadhan 1447H di dewan solat Masjid Khalifah Umar Abdul Aziz (MKUAA) Taman Desa Bakti Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan dalam Majlis Iftar Perdana Bersama Yayasan Waqaf Malaysia, yang merupakan sebahagian daripada pengisian agenda Program Imarah Ramadhan Edisi #6 Ki-MMTI, bersempena Bulan Waqaf Kebangsaan 2026.

Takbir Aidilfitri 1447H yang mengiringi kehadiran Syawal 1447 ini adalah manifestasi kesyukuran terhadap jalinan silaturahmi yang erat diantara daerah Hilir Perak dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) turut disertai oleh:

1. YDH Toh Bahtera DiRaja Tuan Hj Azmin bin Hj Othman, Orang Besar Negeri Perak Darul Ridzuan

2. En. Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Waqaf Malaysia

3. Tuan Hj Shuib bin Bahari, Pengerusi MKUAA

4. Tuan Hj Ibrahim bin Arshad, Pengerusi Ki-MMTI

Hadir menyaksikan rakaman takbir ini ialah YBrs Puan Hjh Mufidah binti Mahfodz, Pegawai Daerah Hilir Perak/ahli kehormat Ki-MMTI dan yang dikasihi Puan NorAisyah binti Idris (isteri kepada Dr Ridzwan Bakar) serta Cik Haidatul Azia binti Husin, Ketua Komunikasi Korporat YWM yang diiringi oleh Ketua Muslimah MKUAA, Puan Norhayati binti Mohd Salim dan Ketua Muslimah As Sakinah Ki-MMTI, Puan Hjh Halimah binti Leman

Turut bertakbir ialah ahli-ahli kehormat Ki-MMTI, antaranya ialah:

1. YDH ACP Dr Bakri bin Zainal Abidin, Ketua Polis Daerah Hilir Perak / ahli kehormat Ki-MMTI

2. YBrs Tuan Ir Sudin bin Hasim, Jurutera Daerah JKR Hilir Perak / ahli kehormat Ki-MMTI

serta exco-exco kanan Ki-MMTI, antaranya:

1. En Mohd Azmi bin Yusof, Pengerusi Surau Al Ghaibiyyah Kg Terengganu
2. En Mohd Nordinzuhri bin Mohd Lasim, Pengurus PTPTN Teluk Intan

Address

Jalan Selat
Teluk Intan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Melayu Teluk Intan, Masjid Warisan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Melayu Teluk Intan, Masjid Warisan:

Shortcuts

Share