24/05/2024
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Kehadapan Ahli Kariah yang dihormati,
Dukacita dimaklumkan bahawa Surau Nurul Sham telah menerima notis untuk berpindah keluar sebelum 21 Jun 2024. Sehubungan dengan itu, kami dengan penuh rendah diri memohon bantuan serta sumbangan ikhlas daripada tuan-tuan dan puan-puan untuk melaksanakan pembinaan Surau Sementara di tapak Surau At-Taqarrub.
Untuk tujuan ini, kami membuka sebanyak 320 lot di mana setiap lot bernilai RM50, berjumlah keseluruhan RM16,000. Dana yang dikumpulkan melalui lot-lot ini adalah khusus untuk pemasangan siling Surau Sementara dan juga pendaftaran bekalan elektrik TNB.
Kami berharap agar ahli kariah yang budiman dapat menyumbang dengan hati yang ikhlas demi kemudahan kita bersama untuk beribadah. Sumbangan tuan-tuan dan puan-puan amatlah kami hargai dan semoga segala usaha ini diberkati oleh Allah SWT.
Sekian, terima kasih.