Masjid Jamiatul Islamiah Kg Medan - MJIKM

Masjid Jamiatul Islamiah Kg Medan - MJIKM Masjid adalah sebuah pusat komuniti yang dinamik bukan sekadar tempat bersolat jemaah, menadah kitab atau mengkafan jenazah sahaja.

Pihak Masjid Jamiatul Islamiah dengan rendah hati ingin memohon sumbangan dan keprihatinan para dermawan sekalian bagi m...
08/02/2026

Pihak Masjid Jamiatul Islamiah dengan rendah hati ingin memohon sumbangan dan keprihatinan para dermawan sekalian bagi membantu menjayakan kerja-kerja naik taraf tempat basuh tangan serta ruang mencuci pinggan mangkuk di dewan makan masjid.

Kemudahan sedia ada memerlukan penambahbaikan segera demi keselesaan para jemaah, khususnya menjelang ketibaan bulan Ramadan yang mulia. Dewan makan masjid akan digunakan secara aktif untuk majlis berbuka puasa, moreh dan pelbagai program kebajikan.
Sehubungan itu, kami amat berharap agar orang ramai dapat menyumbang seikhlas hati bagi memastikan kerja-kerja penaiktarafan ini dapat disiapkan sebelum Ramadan tiba.

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang berterusan pahalanya di sisi Allah SWT.

Sumbangan boleh disalurkan terus melalui akaun Bank islam Masjid Jamiatul Islamiah 12010010002162. Tuliskan Reference sebagai Projek Singki.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Setiusaha Masjid 0162092815, SUK / Pejabat Masjid 012-9738578 atau Ketua Lujnah Pembangunan & Penylengaraan Masjid 016-2184976.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ya...
08/02/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah meluangkan masa, tenaga dan komitmen hadir menjayakan Program Gotong-Royong Perdana Tanah Perkuburan Kariah Kg Medan pada pagi ini.

Kehadiran dan semangat kerjasama tuan-tuan dan puan-puan amatlah kami hargai. Alhamdulillah, kerja yang berat menjadi ringan, yang jauh menjadi dekat – semuanya atas semangat kebersamaan dan keprihatinan kita terhadap kebersihan serta penghormatan kepada kawasan perkuburan kariah kita.

Semoga segala usaha, penat lelah dan sumbangan tenaga yang diberikan hari ini menjadi amal jariah yang berpanjangan serta diberkati Allah SWT.
Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Moga ukhuwah terus erat, kariah terus berkat.

Sekian, terima kasih. 🤝🌿



20/01/2026

Seperti rutin setiap tahun sebelum menjelang ramadan. Kerja² service pendingin hawa Masjid Jamiatul Islamiah Bt 9 Kg.Medan Telok Panglima Garang Kuala Langat sedang giat dijalankan.

SUMBANGAN ATAP BOCOR & BENCANA SIRI 2.0 (19/01/2026)Program Lujnah Kebajikan Masjid Jamiatul Islamiah Bt 9 Kg.Medan Telo...
20/01/2026

SUMBANGAN ATAP BOCOR & BENCANA SIRI 2.0 (19/01/2026)

Program Lujnah Kebajikan Masjid Jamiatul Islamiah Bt 9 Kg.Medan Telok Panglima Garang Kuala Langat menyampaikan sumbangan dari orang ramai dan Masjid Jamiatul Islamiah kepada asnaf juga anak kariah khas untuk mereka yang mengalami kebocoran & kerosakkan bumbung yang serius

Majlis 2 Hari 1 Malam anjuran Lujnah Dakwah, Lujnah Pemuda dan Lujnah Pendidikn sempena Israk Mekraj peringkat Masjid Ja...
20/01/2026

Majlis 2 Hari 1 Malam anjuran Lujnah Dakwah, Lujnah Pemuda dan Lujnah Pendidikn sempena Israk Mekraj peringkat Masjid Jamiatul Islamiah Bt 9 Kg.Medan Telok Panglima Garang Kuala Langat yang diadakan bermula dari 17 January 2026 dan berakhir pada 18 Jan 2026 (Ahad).

Majlis dimulai dengan ceramah perdana Israk Mekraj oleh AF Ust Jais bin Komus, Ketua Penolong M***i Negeri Selangor diikuti program qiammullail dari pelajar² sekolah sekitar Kg. Medan dan diakhiri dengan cermah kuliah subuh oleh AF Ustaz Khairudin bin Haiyon.

MAJLIS SERAHAN TUGAS DARI MANTAN NAZIR SESI 2023-2025 AF USTAZ Mohd Rizal Moktar KEPADA NAZIR BAHARU SESI 2025-2030 IMAM...
01/01/2026

MAJLIS SERAHAN TUGAS DARI MANTAN NAZIR SESI 2023-2025 AF USTAZ Mohd Rizal Moktar KEPADA NAZIR BAHARU SESI 2025-2030 IMAM AHMAD PAIZAL BIN MOHD UNUS yang berlangsung pada Khamis 01/01/2026 di dewan solat Masjid Jamiatul Islamiah selepas solat maghrib. Majlis disaksikan oleh semua jemaah maghrib.

TAHNIAH dan selamat datang diucapkan kepada Tn Imam Ahmad Paizal bin Mohd Unus di atas pelantikan sebagai Nazir Masjid J...
01/01/2026

TAHNIAH dan selamat datang diucapkan kepada Tn Imam Ahmad Paizal bin Mohd Unus di atas pelantikan sebagai Nazir Masjid Jamiatul Islamiah Bt 9 Kg.Medan Telok Panglima Garang Kuala Langat sesi 2026-2030 berkuatkuasa Khamis, 01 January 2026.

Dengan itu juga Masjid Jamiatul Islamiah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Nazir sesi 2023-2025 yang lepas AF Ust. Mohd Rizal Moktar dan semua mantan Pegawai dan Ahli Jawatankuasanya di atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Tugasan terakhir Setiausaha, Tuan Hj Tamziz Sardi  bersama Ketua Lujnah Pendidikan Masjid Jamiatul Islamiah sebelum sesi...
01/01/2026

Tugasan terakhir Setiausaha, Tuan Hj Tamziz Sardi bersama Ketua Lujnah Pendidikan Masjid Jamiatul Islamiah sebelum sesi 2023–2025 melabuhkan tirainya, mereka telah menyampaikan baki sumbangan mangsa ribut kepada sekolah-sekolah di sekitar Kampung Medan, Kuala Langat.

PENYERAHAN TUGAS AHLI JAWATANKUASA MASJID JAMIATUL ISLAMIAH SESI 2023–2025Pada tarikh Rabu, 31 Disember 2025, telah berl...
31/12/2025

PENYERAHAN TUGAS AHLI JAWATANKUASA MASJID JAMIATUL ISLAMIAH SESI 2023–2025

Pada tarikh Rabu, 31 Disember 2025, telah berlangsung majlis simbolik penyerahan kunci masjid dan pejabat pentadbiran Masjid Jamiatul Islamiah Bt 9 Kg.Medan Telok Panglima Garang Kuala Langat.

Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Bendahari, Tuan Haji Amir Najib dan Setiausaha, Tuan Hj Tamziz Sardi kepada Setiausaha Kerja (SUK) Masjid Jamiatul Islamiah sebagai tanda rasmi berakhirnya tempoh perkhidmatan mereka sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid bagi sesi 2023–2025.

Sehubungan itu, pihak pengurusan masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua mantan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid sesi 2023–2025 atas segala jasa, komitmen serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan dalam mengimarahkan dan mengurus perjalanan masjid.

Semoga segala keikhlasan dan pengorbanan yang telah diberikan diterima oleh Allah SWT sebagai amal kebajikan dan diberkati di dunia serta akhirat.

Alhamdulillah selesai majlis sumbangan awal persekolahan kepada anak-anak yatim kariah Masjid Jamiatul Islamiah Bt 9 Kg....
25/12/2025

Alhamdulillah selesai majlis sumbangan awal persekolahan kepada anak-anak yatim kariah Masjid Jamiatul Islamiah Bt 9 Kg.Medan Telok Panglima Garang Kuala Langat yang dilangsungkan pada Khamis 25/12/2025.

TAHNIAH dan selamat menjalankan amanah yang diberikan kepada semua pegawai dan Ahli Jawatankuasa baharu sesi 2026-2030 y...
12/12/2025

TAHNIAH dan selamat menjalankan amanah yang diberikan kepada semua pegawai dan Ahli Jawatankuasa baharu sesi 2026-2030 yang baru diumumkan. Semoga Allah memberkati dan mempermudahkan urusan tuan puan yang terpilih.

Terima kasih kepada semua barisan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa sesi 2023-2025 yang akan berkahir pada 31/12/2025 ini. Semoga jasa baik dan keikhlasan tuan puan sepanjang berkhidmat pada sesi lepas mendapat ganjaran kebaikan dariNya

12/12/2025

Majlis pengumuman dan pengisytiharan barisan pentadbir baharu Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid Jamiatul Islamiah Bt 9 Kg.Medan Telok Panglima Garang Kuala Langat bagi sesi 2026-2030. TAHNIAH kepada semua pegawai dan AJK yang telah berjaya terpilih sebagai pentadbir Masjid Jamiatul Islamiah sesi hadapan.

Address

Batu 9 Kampung Medan
Telok Panglima Garang
42500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamiatul Islamiah Kg Medan - MJIKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Jamiatul Islamiah Kg Medan - MJIKM:

Share