Ribath Al Ghazali

Ribath Al Ghazali Ribath Al Ghazali (Ribath Darussalam)
Pusat Pengajian Tahfiz, kitab-kitab dan Fardhu Ain Kelas Pengajian Talaqi Bersanad dan Maulid Nabi Saw

πŸ“Œ*Program Cuti Sekolah* πŸ“ŒMaahad Tahfiz Darussalim SijangkangπŸ”—Daftar Segera sebab TERHAD ni ❕❕❕*Kem Back To Sunnah*❀️Memb...
16/08/2026

πŸ“Œ*Program Cuti Sekolah* πŸ“Œ
Maahad Tahfiz Darussalim Sijangkang
πŸ”—Daftar Segera sebab TERHAD ni ❕❕❕

*Kem Back To Sunnah*
❀️Membina Akhlak Nubuwah saw❀️
-Kem ini bertujuan untuk mendidik dalam kehidupan seharian sebagai pelajar madrasah,menghidupkan sunnah Baginda Nabi saw.

πŸ“Umur: 5 - 17 Tahun
πŸ“Lelaki & Perempuan
πŸ“Tarikh : 1 - 5 September 2026
πŸ“Ulang alik & Bermalam
πŸ“Tempat : Maahad Tahfiz Darussalim,Sijangkang

πŸ“Pengisian
πŸ”—Praktik Solat & Wudhu’ πŸ”—Doa & Ibadah πŸ”—Adab & Akhlak πŸ”—Syamail Muhammadiah πŸ”—Zikir &Selawat πŸ”—Qasidah πŸ”—Qiamulail πŸ”—Aktiviti Yang Menarik

Pengisian TambahanπŸ•‹πŸ•ŒπŸ›–
Model 3 Kota Suci
(Bina Generasi,Pimpin Dunia)

*Bayaran Mahar Kem*
βœ…RM 150 Seorang
Apa Yang Anda Akan Dapat❕❕
-Makan Minum,Sijil,File,Lanyard,Serban(Lelaki) Ridak(Perempuan),Tasbih,Siwak

πŸ“Sangat tidak rugi jika hantar anak anda ke KEM ini kerana ia akan dapat pendedahan tentang kehidupan Baginda Nabi Saw🌹
πŸ“Maahad Tahfiz Darussalim ini berdaftar rasmi dengan JAIS

Ustazah Fatin : 011 5876 3643
U.Daud : 0111 430 2806

Bantu sebarkan🌼🌼🌼

03/08/2026
Ilmu & Akhlak : Kompas Kehidupan Anak Anda Dunia kini penuh cabaran. Ilmu dan akhlak adalah kompas paling utama untuk me...
30/06/2026

Ilmu & Akhlak : Kompas Kehidupan Anak Anda

Dunia kini penuh cabaran. Ilmu dan akhlak adalah kompas paling utama untuk memandu anak-anak kita kekal di jalan yang diredhai.

Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja. Jom, berikan mereka "kompas" yang tepat melalui Modul Tiga Kota Suci!

Dalam tempoh 3 HARI SAHAJA LAGI sebelum kem bermula, anak-anak (10–13 tahun) akan dibawa menelusuri perjalanan bermakna.

πŸ“… Tarikh: 4 Julai 2026 (Sabtu)
πŸ“ Tempat: Taman Rekreasi Paya Bakau, Sijangkang
πŸ’° Yuran: RM50 sahaja

⚠️ Slot sangat terhad! Kami mahu memastikan setiap anak mendapat bimbingan yang berkualiti.

Pastikan anak anda tidak terlepas peluang untuk membina jati diri yang kental ini.

πŸ“ž Hubungi kami segera untuk pendaftaran.
Klik sini untuk WhatsApp:

πŸ‘‰ Kak Su Izah: 013-368 8809
πŸ‘‰ Kak Ayu Nurul: 013-259 7866

Bina Generasi, Pimpin Dunia.




Di sebalik dunia moden yang serba pantas, membentuk peribadi anak-anak menjadi tanggungjawab yang paling besar buat kita...
28/06/2026

Di sebalik dunia moden yang serba pantas, membentuk peribadi anak-anak menjadi tanggungjawab yang paling besar buat kita. Menanam benih keimanan dan keberanian di dalam jiwa mereka adalah pelaburan masa depan yang paling bernilai.

Membina akar, menuai masa depan.

Melalui Modul Tiga Kota Suci, anak-anak akan dibawa mengembara menelusuri sejarah dan nilai murni :

πŸ•‹ Makkah – Mengenal Allah & memperkukuh tauhid.
πŸ•Œ Madinah – Mencintai Rasulullah ο·Ί & meneladani akhlak baginda.
πŸ•Œ Baitulmaqdis – Membina amanah, keberanian, dan jiwa perjuangan.

Lebih daripada itu, mereka akan menikmati pengalaman yang tidak dapat dilupakan melalui aktiviti berkumpulan, modul kepimpinan, obstacle course (laluan berhalangan) dan eksplorasi alam yang menyeronokkan.

Bina generasi, pimpin dunia.

MAKLUMAT PROGRAM:
πŸ“… Tarikh: 4 Julai 2026 (Sabtu)
πŸ“ Tempat: Taman Rekreasi Paya Bakau, Sijangkang
πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ‘¦πŸ‘§ Umur: 10 – 13 tahun
πŸ’° Yuran: RM50 sahaja
Daftar Sekarang! Hubungi :
πŸ“ž Kak Su Izah (013-368 8809)
πŸ“ž Kak Ayu Nurul (013-259 7866)


π—žπ—˜π—‘π—¬π—”π—§π—”π—”π—‘ π—₯π—œπ—‘π—šπ—žπ—”π—¦π—¦π—˜π—žπ—₯π—˜π—§π—”π—₯π—œπ—”π—§ π—•π—¨π—žπ—œπ—§ π—•π—œπ—‘π—§π—”π—‘π—š π—•π—˜π—₯π—¦π—˜π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧 (𝗕𝗕𝗕 𝟯.𝟬)Alhamdulillah, selepas berlangsungnya Bukit Bintang Berse...
18/05/2026

π—žπ—˜π—‘π—¬π—”π—§π—”π—”π—‘ π—₯π—œπ—‘π—šπ—žπ—”π—¦
π—¦π—˜π—žπ—₯π—˜π—§π—”π—₯π—œπ—”π—§ π—•π—¨π—žπ—œπ—§ π—•π—œπ—‘π—§π—”π—‘π—š π—•π—˜π—₯π—¦π—˜π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧 (𝗕𝗕𝗕 𝟯.𝟬)

Alhamdulillah, selepas berlangsungnya Bukit Bintang Berselawat 3.0 (BBB 3.0), kami melihat pelbagai reaksi, video, komentar dan pandangan daripada masyarakat. Ada yang hadir sendiri, ada yang mengikuti melalui live dan media sosial.

Untuk makluman bersama, sebahagian perkara yang dijelaskan dalam kenyataan ini sebenarnya telah pun diwar-warkan lebih awal melalui hebahan rasmi di Telegram Channel rasmi, Facebook rasmi serta dipanjangkan oleh pelbagai pihak melalui live media sosial di TikTok, Facebook, WhatsApp dan lain-lain sebelum dan semasa program berlangsung.

Namun kami memahami bahawa tidak semua masyarakat mengikuti keseluruhan perjalanan program secara penuh dan ada yang hanya melihat potongan video atau beberapa sudut tertentu di media sosial.

Maka kami dari pihak Sekretariat Bukit Bintang Berselawat ingin berkongsi sedikit penjelasan secara ringkas supaya mesej sebenar program ini dapat difahami dengan lebih adil dan menyeluruh.

βΈ»

π“π„πŒπ€ 𝐁𝐁𝐁 πŸ‘.𝟎

β€œMuhammad For All”
β€œHiburan Beradat, Budaya Diangkat”

BBB 3.0 membawa mesej bahawa Rasulullah ο·Ί diutuskan untuk seluruh manusia merentas bangsa, agama dan budaya.

Dalam masa yang sama, kami ingin mengetengahkan bahawa hiburan juga boleh dibawa dalam bentuk yang beradat, berbudaya setempat dan mempunyai nilai kemanusiaan.

βΈ»

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍

BBB 3.0 dianjurkan oleh Sekretariat Bukit Bintang Berselawat yang terdiri daripada gabungan NGO, komuniti, aktivis seni budaya dan sukarelawan masyarakat.

Program ini bukan program parti politik dan tidak mewakili mana-mana agenda politik tertentu.

Mana-mana individu yang hadir termasuk tokoh masyarakat, selebriti, agamawan, pempengaruh, menteri atau rakyat biasa, hadir atas kapasiti individu dan solidariti rakyat.

βΈ»

πŒπŽπ“πˆπ… & 𝐓𝐔𝐉𝐔𝐀𝐍

β€’ Menghidupkan selawat dan cinta kepada Nabi Muhammad ο·Ί
β€’ Mengangkat budaya Malaysia yang beradat dan harmoni
β€’ Membawa dakwah dengan pendekatan rahmah dan kasih sayang
β€’ Meraikan sambutan Hari Guru dengan Rasulullah ο·Ί sebagai guru agung umat
β€’ Membuktikan perpaduan masyarakat majmuk masih wujud walaupun berbeza latar belakang

βΈ»

𝐓𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 ππ„π‘π’π„πŒππ€π‡π€π ππ”πƒπ€π˜π€

Antara pengisian BBB3.0 :

β€’ Perarakan Selawat (8 checkpoint)
β€’ Keretapi Berselawat
β€’ Silat Tari Melayu
β€’ Dendang Budaya Beradat bertajuk β€œHiburan Beradat, Pahlawan Bangsa”
β€’ Gendang Tabla India
β€’ Tarian Singa (Lion Dance)
β€’ Street Dakwah
β€’ Agihan bunga, hadiah & aktiviti
β€’ β€œHijab Challenge”
β€’ β€œBusana Challenge”

Konsep ini selari dengan tema β€œBudaya Diangkat”, meraikan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia dalam suasana harmoni dan beradab.

Ia bukan ritual agama lain, tetapi persembahan budaya masyarakat majmuk Malaysia dalam konteks keharmonian rakyat.

βΈ»

𝐓𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 β€œπ’π„π‹π€π–π€π“ π’π„πŠπ„π‰π€πβ€

Mungkin ada yang melihat video di lokasi utama dan menyangka program berlangsung singkat.

Namun sebenarnya, aktiviti BBB 3.0 telah bermula lebih awal sekitar jam 6.30 petang melalui checkpoint sekitar Bukit Bintang, termasuk sesi selawat, gathering dan perarakan menuju lokasi utama.

Disebabkan kehadiran yang sangat ramai, beberapa pengisian juga perlu dipendekkan serta disesuaikan mengikut arahan keselamatan dan kawalan pihak berkuasa demi keselamatan semua pihak.

βΈ»

πŠπ„π‡π€πƒπˆπ‘π€π π“π„π‘ππ”πŠπ€ π”ππ“π”πŠ π’π„πŒπ”π€

BBB 3.0 terbuka kepada semua rakyat Malaysia, pelbagai kaum dan agama, anak muda, keluarga, warga asing dan sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang.

Semua hadir sebagai rakyat biasa atas semangat keamanan, budaya dan cinta.

βΈ»

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐈𝐍𝐈 πŽπ‘π†π€ππˆπŠ

BBB 3.0 digerakkan majoritinya oleh anak muda, NGO, sukarelawan, komuniti kreatif dan rakyat biasa secara organik.

Ramai yang hadir atas inisiatif sendiri selepas melihat hebahan media sosial, ajakan sahabat dan rasa ingin bersama dalam suasana selawat dan budaya masyarakat.

βΈ»

𝐓𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 π‰π”πŒπ‹π€π‡ πŠπ„π‡π€πƒπˆπ‘π€π

Pihak penganjur sendiri tidak menjangka kehadiran yang begitu besar sehingga beberapa laluan dan checkpoint menjadi terlalu padat.

Namun Alhamdulillah, pihak Polis dan kawalan trafik telah memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program berlangsung.

Mereka turut berpuas hati dengan perjalanan program serta pematuhan masa yang ditetapkan kerana melibatkan penutupan dua jalan utama di ibu negara, iaitu Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail (Lintasan Pejalan Kaki Shibuya Bukit Bintang).

βΈ»

πŠπ„ππ„π‘π’πˆπ‡π€π & πƒπˆπ’πˆππ‹πˆπ

Walaupun jumlah kehadiran sangat ramai, para peserta turut membantu menjaga kebersihan kawasan dan memberi kerjasama kepada petugas.

Pasukan kebersihan, sukarelawan dan peserta sendiri turut bersama-sama memastikan kawasan dikemaskan selepas program tamat.

β€œKita bukan sekadar mahu hidupkan budaya berselawat, tetapi juga budaya bertanggungjawab terhadap ruang awam.”

βΈ»

πƒπ€πŠπ–π€π‡ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 πŠπ€π’πˆπ‡ π’π€π˜π€ππ†

BBB 3.0 memilih pendekatan dakwah yang lebih mesra masyarakat melalui senyuman, hadiah bunga, selawat, seni budaya dan interaksi santai bersama masyarakat kota.

Kerana tidak semua orang akan datang ke masjid dahulu kadang-kadang kita yang perlu mendekati mereka dengan akhlak dan kasih sayang.

βΈ»

ππ”πŠπˆπ“ ππˆππ“π€ππ† π’π„ππ€π†π€πˆ π’πˆπŒππŽπ‹

Pemilihan Bukit Bintang bukan untuk mencari kontroversi, tetapi sebagai simbol bahawa dakwah, budaya baik dan cinta Nabi ο·Ί juga boleh hadir di tengah kota dan ruang awam masyarakat.

βΈ»

𝐓𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 ππ„π‹ππ€π†π€πˆ πŠπŽπŒπ„ππ“π€π‘

Kami memahami bahawa setiap orang mempunyai pandangan dan pendekatan masing-masing dalam berdakwah dan berkesenian.

BBB 3.0 tidak memaksa sesiapa untuk bersetuju, namun kami berharap masyarakat dapat menilai keseluruhan usaha ini secara adil dan menyeluruh.

Segala teguran yang membina kami terima dengan hati terbuka sebagai ruang penambahbaikan.

βΈ»

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PDRM, DBKL, NGO, sukarelawan, pasukan media & kebersihan, pengamal seni budaya, semua petugas serta seluruh rakyat Malaysia yang hadir dan berhimpun dalam suasana aman, harmoni dan penuh adab.

βΈ»

𝐀𝐏𝐀 π’π„π“π„π‘π”π’ππ˜π€?

BBB 3.0 bukan penamat.

Ia mungkin hanya permulaan kepada cita-cita yang lebih besar :

β€œπ— π—˜π—‘π—¨π—π—¨ π—žπ—’π—§π—” π—•π—˜π—₯π—¦π—˜π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧”

Semoga tanah air kita terus dihidupkan dengan nilai kasih sayang, seni budaya yang mendidik, dan semangat perpaduan rakyat Malaysia.






HARI INI βœ¨β€œBarangsiapa berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.”— Riwayat Muslim 🌹Har...
16/05/2026

HARI INI ✨

β€œBarangsiapa berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.”
β€” Riwayat Muslim 🌹

Hari ini…
kita berkumpul bukan kerana nama,
tetapi kerana cinta kepada Rasulullah ο·Ί.

Selawat menyatukan hati,
adab memuliakan manusia,
dan kasih sayang menghidupkan peradaban.

Jumpa malam ini di tengah kota.
Bersama kita hidupkan Bukit Bintang dengan selawat, akhlak dan rahmah.

πŸ“ Bukit Bintang, Kuala Lumpur
πŸ—“ 16 Mei 2026 β€’ Sabtu






πŸ“Œ _Segala maklumat berkaitan *Bukit Bintang Berselawat 3.0* boleh diakses melalui Linktree rasmi kami._Di sana, anda bol...
12/05/2026

πŸ“Œ _Segala maklumat berkaitan *Bukit Bintang Berselawat 3.0* boleh diakses melalui Linktree rasmi kami._

Di sana, anda boleh mendapatkan info terkini berkaitan program, pengisian, lokasi, checkpoint serta hebahan penting yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

⚠️ _Sebarang maklumat adalah tertakluk kepada perubahan mengikut keperluan semasa bagi memastikan kelancaran program._

Mohon para peserta dan sahabat semua sentiasa merujuk Linktree rasmi untuk mendapatkan informasi yang paling terkini.

Scan QR code atau
Klik di sini https://linktr.ee/bukitbintangberselawat2

🌹
🌹
🌹
🌹

Bukit Bintang Berselawat 3.0 kembali menyatukan masyarakat dari pelbagai latar dan perjalanan hidup.Di tengah hiruk-piku...
10/05/2026

Bukit Bintang Berselawat 3.0 kembali menyatukan masyarakat dari pelbagai latar dan perjalanan hidup.

Di tengah hiruk-pikuk kota,
kita memilih untuk hadir membawa kasih sayang, hikmah dan harapan.

Kerana dakwah bukan menjauhkan manusia,
tetapi memimpin hati kembali kepada Allah dengan adab dan rahmah.

β€œMudahkanlah dan jangan menyusahkan. Berilah khabar gembira dan jangan membuat orang lari.”
β€” Riwayat al-Bukhari & Muslim

16 Mei 2026 β€’ Sabtu
Bukit Bintang, Kuala Lumpur




Address

Lot 1929, Ribath Al Ghazali, Jalan Kampung Medan
Telok Panglima Garang
42500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ribath Al Ghazali posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Ribath Al Ghazali:

Shortcuts

Share