Surau Al-Mohsin, Sijangkang

Surau Al-Mohsin, Sijangkang SURAU AL-MOHSIN
(Ibadah • Ilmu • Ukhuwah)

Solat berjemaah, tadarus, majlis ilmu & aktiviti komuniti.

Hidupkan surau bersama kami!
“Ibadah Bersama, Ukhuwah Terjalin”

25/05/2026

Salam Hari Tarwiyah
& Salam Hari Arafah 1447H

SUMBANGAN CANVAS KHEMAHAssalamualaikum wbt,Tuan/Puan yang dihormati,Dimaklumkan bahawa khemah Surau Al Mohsin telah meng...
27/04/2026

SUMBANGAN CANVAS KHEMAH

Assalamualaikum wbt,

Tuan/Puan yang dihormati,

Dimaklumkan bahawa khemah Surau Al Mohsin telah mengalami kerosakan akibat bencana ribut yang berlaku baru-baru ini. Keadaan ini sedikit sebanyak menjejaskan keselesaan aktiviti jemaah di surau.

Sehubungan itu, pihak surau ingin membuka sumbangan ikhlas daripada tuan/puan bagi tujuan baik pulih canvas khemah tersebut. Anggaran kos pembaikan adalah sekitar RM1,200.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:

Akaun Agro Bank Surau Al-Mohsin
No. Akaun: 1005541000008349
(Ref: sumbangan canvas khemah)

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang berterusan dan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

Segala jasa baik dan keprihatinan tuan/puan amat kami hargai.

Terima kasih.

Majlis Tahlil dan Jamuan Hari RayaSurau Al Mohsin batu 7 SijangkangAssalamualaikum wbt...Kepada semua ahli kariah.Jemput...
15/04/2026

Majlis Tahlil dan Jamuan Hari Raya
Surau Al Mohsin batu 7 Sijangkang

Assalamualaikum wbt...
Kepada semua ahli kariah.

Jemputan ke Majlis Tahlil dan Jamuan Hari Raya Surau Al Mohsin seperti butiran berikut:

📆Tarikh: 16/4/2026
🌄Hari: Khamis
🕌Tempat: Surau Al Mohsin

⏰Tentatif:
❇️ 7.30mlm solat maghrib
❇️ 8.00mlm yasinan & tahlilan
❇️ 8.30mlm solat isya
❇️ 9.00mlm jamuan hari raya
sehingga makanan habis

♨️🔥Menu istimewa🔥♨️
Kepada yang berhajat menaja/menyumbang menu, boleh hubungi bendahari, Hj @⁨Za'aIsmail Zahari⁩

👕👚Tema Pakaian : BAJU RAYA

💥Semua dijemput hadir 🔥
🔥bersama keluarga !!!💥

09/04/2026
𝐉𝐎𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐐𝐔𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 𝐀𝐋-𝐌𝐎𝐇𝐒𝐈𝐍, 𝐒𝐈𝐉𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐍𝐆Rebutlah peluang beribadah di bulan Zulhijjah yang penuh keberkatan.Setiap t...
06/04/2026

𝐉𝐎𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐐𝐔𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 𝐀𝐋-𝐌𝐎𝐇𝐒𝐈𝐍, 𝐒𝐈𝐉𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐍𝐆

Rebutlah peluang beribadah di bulan Zulhijjah yang penuh keberkatan.
Setiap titisan darah qurban adalah tanda ketaatan dan keikhlasan kita kepada Allah SWT.

Mari bersama-sama mengimarahkan Surau Al-Mohsin Sijangkang
dengan ibadah qurban yang penuh makna.

"Bersama Ibadah, Menjalin Ukhuwah"

Untuk pendaftaran terus tekan salah satu link dibawah :

🔹 Khalid
https://wa.me/60133180873

🔹 Zaid
https://wa.me/60176178414

🔹 Za'aismail
https://wa.me/60192196059

🔹 Mubasyir
https://wa.me/60136433064

🔹 Masita
https://wa.me/601133968594

JOM DAFTAR SEGERA!

MAJLIS YASINAN & TAHLILANSurau Al-Mohsin, Sijangkang📅 Tarikh: 2 April 2026🗓 Hari: Khamis🕰 Masa: Selepas Solat Maghrib📍 T...
02/04/2026

MAJLIS YASINAN & TAHLILAN
Surau Al-Mohsin, Sijangkang

📅 Tarikh: 2 April 2026
🗓 Hari: Khamis
🕰 Masa: Selepas Solat Maghrib
📍 Tempat: Surau Al-Mohsin, Sijangkang

"Marilah kita bersama-sama mengimarahkan surau dengan bacaan Yasin dan doa, semoga diberkati dan dirahmati Allah."

SEMUA DIJEMPUT HADIR!

💰 Sumbangan / Infaq boleh disalurkan ke:
AGRO BANK
1005541000008349


31/03/2026

PROGRAM ZIARAH MAHABBAH @ BARAAN IDULFITRI KARIAH SURAU AL-MOHSIN 1447H

Aidilfitri bukan sekadar sambutan…
tetapi peluang untuk kita menghidupkan ukhuwah, menyambung silaturrahim dan mengeratkan kasih sayang sesama kariah.

✨ Dari rumah ke rumah, dari hati ke hati…
kita zahirkan kasih, saling bermaafan dan menghidupkan sunnah kebersamaan dalam suasana penuh keberkatan.

🤲 Moga setiap langkah ziarah kita menjadi asbab turunnya rahmat, diangkat dosa dan dipanjangkan hubungan persaudaraan kerana Allah.

📢 Kepada ahli kariah yang berhajat untuk menjadi tuan rumah Program Ziarah Mahabbah @ Baraan, boleh hubungi:

📞 Tuan Haji Za’a
+6019-2196059

"Bersama Ibadah, Menjalin Ukhuwah"

Surau Al-Mohsin, Sijangkang


𝐊𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 𝐀𝐋-𝐌𝐎𝐇𝐒𝐈𝐍𝐒𝐄𝐌𝐏𝐔𝐑𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 𝐀𝐋-𝐌𝐎𝐇𝐒𝐈𝐍السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ ...
30/03/2026

𝐊𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 𝐀𝐋-𝐌𝐎𝐇𝐒𝐈𝐍

𝐒𝐄𝐌𝐏𝐔𝐑𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 𝐀𝐋-𝐌𝐎𝐇𝐒𝐈𝐍

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Allah SWT memerintahkan ibadah korban sebagaimana firman-Nya dalam Surah Al-Kauthar ayat 2 yang bermaksud:

"Maka kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai tanda syukur)."

Sehubungan itu, pendaftaran Ibadah Korban bagi tahun 1447H / 2026M
*kini dibuka*‼️

Harga satu bahagian:
✨ RM900 SAHAJA
( kos pengurusan)

‼️ Penyertaan adalah terhad ‼️

Untuk pendaftaran, sila hubungi AJK Surau Al-Mohsin:
📞 Khalid: +60 13-318 0873
📞 Zaid: +60 17-617 8414
📞 Mubasyir: +60 13-643 3064
📞 Hj Za'a: +60 19-219 6059
📞 Masita: +60 11-3396 8594

📅 Tarikh tutup pendaftaran:
Sebelum 18 Mei 2026

Kaedah pembayaran:
✔️ Tunai kepada AJK Surau Al-Mohsin
✔️ Atau pindahan ke akaun Agro Bank:
1005541000008349 (Surau Al-Mohsin)
(Ref: korban )

📢 Hubungi kami sekarang untuk tempahan!

𝐒𝐄𝐌𝐏𝐔𝐑𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 𝐀𝐋-𝐌𝐎𝐇𝐒𝐈𝐍السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهAllah SWT ...
21/03/2026

𝐒𝐄𝐌𝐏𝐔𝐑𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 𝐀𝐋-𝐌𝐎𝐇𝐒𝐈𝐍

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Allah SWT memerintahkan ibadah korban sebagaimana firman-Nya dalam Surah Al-Kauthar ayat 2 yang bermaksud:

"Maka kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai tanda syukur)."

Sehubungan itu, pendaftaran Ibadah Korban bagi tahun 1447H / 2026M kini dibuka!

Harga satu bahagian:
✨ RM900 SAHAJA
(Termasuk kos pengurusan)

‼️ Penyertaan adalah terhad ‼️

Untuk pendaftaran, sila hubungi AJK Surau Al-Mohsin:
📞 Khalid: +60 13-318 0873
📞 Zaid: +60 17-617 8414
📞 Mubasyir: +60 13-643 3064
📞 Hj Za'a: +60 19-219 6059
📞 Masita: +60 11-3396 8594

📅 Tarikh tutup pendaftaran: Sebelum 18 Mei 2026

Kaedah pembayaran:
✔️ Tunai kepada AJK Surau Al-Mohsin
✔️ Atau pindahan ke akaun Agro Bank:
1005541000008349 (Surau Al-Mohsin)

📢 Hubungi kami sekarang untuk tempahan!

AMALAN SUNNAH BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW PADA HARI RAYA 'AIDILFITRIMarilah sama-sama kita menghidupkan sunnah baginda Nab...
20/03/2026

AMALAN SUNNAH BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW PADA HARI RAYA 'AIDILFITRI

Marilah sama-sama kita menghidupkan sunnah baginda Nabi Muhammad saw..

Inilah cara hidup yang diredhai Allah swt..

Address

Jalan Batu 7 Kampung Sijangkang
Telok Panglima Garang
42500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Mohsin, Sijangkang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share