Surau Haji Mansor

Surau Haji Mansor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surau Haji Mansor, Religious organisation, Jalan Ratapan, Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang.

HEBAHAN INFĀQ KERUSI TRAINING CHAIR DAN PANEL DIVIDER UNTUK KEGUNAAN ANAK-ANAK TAHSIN SOLAT & PARA JEMAAH SURAU HAJI MAN...
26/01/2025

HEBAHAN INFĀQ KERUSI TRAINING CHAIR DAN PANEL DIVIDER UNTUK KEGUNAAN ANAK-ANAK TAHSIN SOLAT & PARA JEMAAH SURAU HAJI MANSOR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Pihak Surau Haji Mansor dengan rendah hati membuka peluang kepada para dermawan untuk berinfāq dalam pembelian kerusi Training Chair dan Panel Divider bagi kegunaan anak-anak yang mengikuti kelas Tahsin Solat serta kemudahan para jemaah surau.

📌 Keperluan: Pembelian 20 unit kerusi Training Chair dan 10 unit Panel Divider

💰Anggaran Harga Kerusi 20 unit:RM2780

Anggaran harga Panel 10 unit 4x6' Divider:RM5500

Kami mengalu-alukan infāq seikhlas hati daripada para jemaah dan masyarakat bagi merealisasikan usaha ini. Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi saham akhirat dan mendapat ganjaran berlipat ganda daripada Allah SWT.

Cara Menyumbang:
🔹 Secara Tunai: Boleh diserahkan terus kepada AJK surau.

🔹 Secara Pemindahan melalui QR Code (Sila berikan resit pada Pengerusi atau Setiausaha)

💵 Tabung surau

📞 Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
*Pengerusi surau:Ahmad Yusri 0163529825*
*Setiausaha surau:Cikgu Izat:0133605461*

Jom sama-sama menyumbang..Semoga Allah memberkati dan menerima amal jariah kita semua

Jazakumullah khairan Kathira.

PROGRAM MAULIDUR RASUL SURAU HAJI MANSOR 2024Surau Haji Mansor, Sijangkang dengan sukacitanya menjemput seluruh warga ka...
19/09/2024

PROGRAM MAULIDUR RASUL SURAU HAJI MANSOR 2024

Surau Haji Mansor, Sijangkang dengan sukacitanya menjemput seluruh warga kariah untuk menghadiri *Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H* yang akan diadakan seperti berikut:

📅 Tarikh: 20 September 2024 (Jumaat)
🕰️ Masa: Selepas Solat Maghrib hingga 10.00 malam
📍 Tempat: Surau Haji Mansor, Jalan Ratapan, Sijangkang.

Seluruh ahli kariah dijemput hadir bagi menyemarakkan majlis ini dan merapatkan ukhuwah sesama kita. Kehadiran anda semua amatlah dialu-alukan.Jamuan turut disediakan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

📞 Ustaz Husnaini bin Mongin (Penyelaras Program) di talian 018-220 6759.

*PROGRAM UKHUWAH SURAU HAJI MANSOR BIL 8/2024*🔥⚡️📢Assalamualaikum WBT.Semua ahli kariah/warga Sijangkang adalah dijemput...
21/06/2024

*PROGRAM UKHUWAH SURAU HAJI MANSOR BIL 8/2024*
🔥⚡️📢

Assalamualaikum WBT.

Semua ahli kariah/warga Sijangkang adalah dijemput ke Program Ukhuwah SHM Bil 8: 2024 seperti ketetapan berikut :

🗓️ *23 Jun 2024 (Ahad)*
⏰ *6.30 pagi - Selepas Subuh*
📍 *Surau Haji Mansor*
*📝Penceramah:Ustaz Amirul Anwar*
☕ *Sarapan Disediakan*

Ayuh semua ahli kariah sama-sama kita memeriahkan program yg dianjurkan oleh pihak surau di samping dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang agama dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita.

* &Program*
*SHM*

Jom pakat2 datang semua ke Surau Haji Mansor Ahad ini..Terima kasih

Sekitar Ibadah Korban 1445H/2024MSyukur alhamdulillah, *Program Korban Surau Haji Mansor* telah berjalan dengan lancar p...
18/06/2024

Sekitar Ibadah Korban 1445H/2024M

Syukur alhamdulillah, *Program Korban Surau Haji Mansor* telah berjalan dengan lancar pada hari ini.Terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa, Ahli Kariah, muslimin dan muslimat, anak2 muda kariah yang sama2 membantu dalam menjayakan program korban pada hari ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua penginfak makanan, minuman, sepanjang program berlangsung..Pihak pentadbiran surau juga mengalu2 kan semua ahli kariah utk datang ke surau bagi sama-sama *mengimarahkan solat lima waktu* di surau.

Lelah berjalan ditengah pekan,
Singgah sebentar di warung Siti,
Terima kasih kami ucapkan,
Atas segala jasa dan bakti.

*Terima Kasih.*

*Makluman Imam, Bilal, dan Khatib bertugas Solat Sunat Aidil Adha 1445H/ 2024M Surau Haji Mansor*📆Tarikh: 17 Jun 2024🎯Ha...
16/06/2024

*Makluman Imam, Bilal, dan Khatib bertugas Solat Sunat Aidil Adha 1445H/ 2024M Surau Haji Mansor*

📆Tarikh: 17 Jun 2024
🎯Hari: Isnin
🕗Masa: 8:00 pagi

*Imam: Ustaz Husnaini bin Mongin*
*Bilal: Sdr. Ahmad Amaluddin bin Ahmad Yusri*
*Khatib: Tn. Ahmad Yusri bin Ahmad*

Jawatankuasa Surau Haji Mansor mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 2024

16/06/2024

Lafaz Takbir Raya

16/06/2024

Kaifiyat Solat Sunat Hari Raya Aidiladha

*MAJLIS JAMUAN HARI RAYA SURAU HAJI MANSOR,JALAN RATAPAN 2024*‎بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ Assalamualaikum w...
29/04/2024

*MAJLIS JAMUAN HARI RAYA SURAU HAJI MANSOR,JALAN RATAPAN 2024*

‎بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ

Assalamualaikum wbt

Dengan segala hormatnya dijemput *SEMUA* Ahli Kariah Surau Haji Mansor ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2024 pada ketetapan berikut;

▶️Tarikh: 4/05/2024 (Sabtu)
▶️Masa: 8.00 malam
▶️Tempat: Perkarangan Surau Haji Mansor

Antara menu yang akan disediakan adalah Sate, Sup Tulang,Nasi Impit, Bihun, Rendang,air sejuk dan air panas,kuih muih dan lain-lain.

*Jemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan suasana dengan pelbagai juadah yang kami disediakan.*

Pihak surau juga mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin menginfak makanan/bahan masakan/ atau duit boleh la menghubungi AJK surau.

*SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN.*

Daripada:
*Seluruh Ahli Jawatankuasa SHM*

Sunnah Menghidupkan malam raya dengan takbirAlhamdulillah..Jemaah Surau Haji Mansor melaungkan takbir rumah ke rumah(bar...
09/04/2024

Sunnah Menghidupkan malam raya dengan takbir

Alhamdulillah..Jemaah Surau Haji Mansor melaungkan takbir rumah ke rumah(baraan) yang menjadi tradisi namun terhenti seketika akibat covid. Tahun ini kami memulakan balik tradisi tersebut dan sambutan amat menggalakan……Alhamdulillah

Semoga ibadah ramadan tahun ini diterima oleh Allah

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

*ASSALAMUALAIKUM W.B.T**MAKLUMAN**GOTONG-ROYONG PERDANA AMBANG RAMADAN SURAU HAJI MANSOR*📆  10/03/2024📌  Ahad🕤 8.30 Pagi...
08/03/2024

*ASSALAMUALAIKUM W.B.T*

*MAKLUMAN*

*GOTONG-ROYONG PERDANA AMBANG RAMADAN SURAU HAJI MANSOR*

📆 10/03/2024
📌 Ahad
🕤 8.30 Pagi Sehingga Selesai
🍞 Makanan disediakan oleh pihak surau
🍵 Makanan secara *potluck* juga turut dialu2 kan.

🪚*Dialu-alukan membawa alatan gotong-royong masing-masing*

📌 Semua ahli kariah di jemput hadir

فاستبقوا الخيرات

Dari Aisyah ra, ia berkata,

أمَرَ رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليِه وسلَّمَ بِبِناءِ المساجِدِ في الدُّورِ ، وأنْ تُنظَّفَ وتُطَيَّبَ

“Rasulullah saw memerintahkan untuk membangun masjid di perkampungan, membersihkan dan memberinya wangian.”
(HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

*Assalamualaikum w.b.t*Alhamdulillah Surau Haji Mansor akan mengadakan *Program Ceramah Ambang Ramadan* pada ketetapan b...
07/03/2024

*Assalamualaikum w.b.t*
Alhamdulillah Surau Haji Mansor akan mengadakan *Program Ceramah Ambang Ramadan* pada ketetapan berikut:

🗓️ 08 Mac 2024 (Jumaat)
🕢 7.30 Malam
🕌 Surau Haji Mansor Sijangkang.

🌹 *Jangan lupa hadir bersama keluarga*.
🌹Kedatangan Semua Ahli Kariah sangat dialu-alukan
📌Menu khas disediakan untuk semua.

Address

Jalan Ratapan, Kampung Sijangkang
Telok Panglima Garang
42500

Telephone

+60172428456

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Haji Mansor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share