12/09/2026
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, Program Sumbangan Amal Bantuan Kepada Kumpulan Asnaf dan Fakir Miskin anjuran Pertubuhan Pembangunan Islam Sabah - IDEAS telah berjaya disempurnakan sebentar tadi di Masjid JABAL NUR, Kg Bukit KUKUSAN.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Haji ASDAM Bin Sakka selaku Pengerusi MASJID Jabal Nur merangkap Pengerusi JKKK Kg Bukit Kukusan selaku tuan rumah, turut hadir Ketua Penerangan Pertubuhan Pembangunan Islam Sabah atas kepimpinan dan pengurusan program, serta syarikat Armada Group Of Companies selaku rakan strategik kepada Pertubuhan IDEAS atas sumbangan 50 buah bakul makanan kepada golongan yang memerlukan di sekitar mukim kg Bukit Kukusan.
Program ini bukan sekadar sumbangan semata2 tapi ia melambangkan nilai kebersamaan, kasih sayang dan tanggungjawab sosial dalam masyarakat. Ia menjadi bukti pelbagai pihak berganding bahu-Badan Pertubuhan, Pihak Swasta dan Kepimpinan Masyarakat-maka de lebih banyak kebaikan dapat disampaikan kepada golongan yang memerlukan
Semoga sumbangan ini menjadi asbab meringankan beban para asnaf dan dicatatkan sebagai amal jariah. InsyaAllah.
GROUP OF COMPANIES
MASJID JABAL NUR
KG BUKIT KUKUSAN