14/07/2026
SEJARAH BAHARU TERUS TERCIPTA DI FELDA UMAS 04!!!
Alhamdulillah, FELDA Umas 04 sekali lagi mengukir kejayaan dengan mengekalkan kedudukan No. 1 peratusan BTS Muda paling rendah selama 12 bulan berturut-turut, bermula Julai 2025 hingga Jun 2026, dalam kalangan 272 rancangan FELDA di seluruh negara.
Lebih membanggakan, JUN 2026 merupakan kali ketiga FELDA Umas 04 mencatatkan 0.00% BTS Muda – satu pencapaian yang membuktikan tahap disiplin, komitmen dan kecemerlangan operasi yang luar biasa.
Mencipta kejayaan mungkin boleh dilakukan sekali, tetapi mengekalkan kejayaan secara konsisten adalah cabaran sebenar. Rekod ini bukan tercipta kerana nasib, tetapi hasil kesungguhan, kerjasama dan komitmen padu seluruh warga kerja yang sentiasa meletakkan kecemerlangan sebagai budaya.
12 bulan mendominasi carta bukan sekadar satu rekod, tetapi satu sejarah yang membuktikan bahawa FELDA Umas 04 mampu mengekalkan prestasi terbaik walaupun berdepan persaingan sengit daripada 272 rancangan FELDA di seluruh Malaysia.
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga FELDA Umas 04. Semoga kejayaan ini terus dipertahankan.