Surau Al Ikhlas Residensi Prima Ranggu

Directions

Surau Al Ikhlas Residensi Prima Ranggu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surau Al Ikhlas Residensi Prima Ranggu, Religious organisation, Jalan Residensi Ranggu, Tawau.

🕌 Surau Al-Ikhlas
💬 Dakwah • Sosial • Kesatuan
📍 [ Residensi Prima Ranggu,Tawau ]
💡 Tempat belajar,berkawan,dan berbuat baik.
🤝 Tumbuh bersama,sebarkan kebaikan,jadi bagian dari perubahan!

📲 Follow kami untuk update mendatang.

Kuliah MagribDi Surau Al Iklash Residensi Prima Ranggu“Rezeki Allah Telah jamin”
25/09/2026

Kuliah Magrib
Di Surau Al Iklash Residensi Prima Ranggu

“Rezeki Allah Telah jamin”

06/09/2026

Progrqm Maulidur Rasul..

Penceramah Ustaz Mohd Sopian

06/09/2026

Progrqm Maulidr Rasul..

Penceramah Ustaz Mohd Sopian

22/08/2026

JEMPUT DATANG..

🌙 PROGRAM MAULIDUR RASUL ﷺ 🌙
Peringkat Surau Al-Ikhlas, Residensi Prima Ranggu

📅 Ahad | 6 September 2026

Assalamualaikum WBT.

Dengan penuh rasa syukur dan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, seluruh penduduk Residensi Prima Ranggu dan masyarakat sekitar dijemput hadir bersama-sama memeriahkan Program Maulidur Rasul ﷺ anjuran Surau Al-Ikhlas.

🕌 TENTATIF PROGRAM

🕕 6.00 – 6.30 pagi
Masyarakat berkumpul di Surau Al-Ikhlas

🚶 6.45 – 7.00 pagi
Perarakan Maulidur Rasul ﷺ bermula

🍽️ 7.30 pagi
Sarapan pagi

📿 7.45 pagi
Bacaan Berzanji & Selawat

🎙️ 8.45 pagi
Ucapan alu-aluan

🎤 9.00 pagi
Ceramah Maulidur Rasul ﷺ

🍛 10.30 pagi
Jamuan makan

🤲 Sehingga selesai
Majlis bersurai

📢 INFO TAMBAHAN

👶 MAJLIS GUNTING RAMBUT BAYI
Kepada ibu bapa atau keluarga yang berhajat untuk mengadakan majlis gunting rambut bayi bersempena program ini, amat dialu-alukan untuk turut serta. Mohon membawa gunting serta kelengkapan yang diperlukan mengikut adat dan keperluan masing-masing.

🍱 JUADAH / POTLUCK
Penduduk dan masyarakat yang ingin menyumbang atau membawa juadah secara potluck juga amat dialu-alukan. Sama-sama kita berkongsi rezeki dan memeriahkan majlis dalam suasana penuh ukhuwah.

🥚🌸 PERTANDINGAN BUNGA TELUR
Turut diadakan Pertandingan Bunga Telur – Kategori Individu.
🏆 Hadiah disediakan untuk Tempat Pertama, Kedua & Ketiga.

Jom hadir bersama keluarga, jiran dan sahabat. Bukan sekadar meraikan sebuah majlis, tetapi bersama-sama menghidupkan rasa cinta kepada Rasulullah ﷺ serta mengeratkan silaturahim sesama kita.

“Menyemai Cinta Kepada Rasulullah ﷺ, Menyuburkan Ukhuwah Sesama Ummah.”

🤍 Semua dijemput hadir. Jumpa kita di Surau Al-Ikhlas!

AJK Surau Al-Ikhlas, Residensi Prima Ranggu

Jemput hadir bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul.
22/08/2026

Jemput hadir bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul.

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ  Khairunnās anfa‘uhum linnās.“Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling banya...
18/08/2026

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
Khairunnās anfa‘uhum linnās.

“Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.”

Tak semestinya kita perlu kaya untuk berbuat baik.
Kadang-kadang tenaga yang kita beri, masa yang kita luangkan, ilmu yang kita kongsi, bahkan doa yang kita titipkan… semuanya boleh menjadi jalan pahala.

Jadilah manusia yang apabila hadir, membawa manfaat.
Apabila pergi, meninggalkan kebaikan.

ajksurau..

Alhamdulillah, Jumaat yang penuh keberkatan. 🤲🏻Terima kasih kepada seluruh penduduk taman dan kawasan sekitar yang sudi ...
14/08/2026

Alhamdulillah, Jumaat yang penuh keberkatan. 🤲🏻

Terima kasih kepada seluruh penduduk taman dan kawasan sekitar yang sudi meluangkan masa hadir bersama-sama menunaikan Solat Jumaat di surau kita.

Kehadiran tuan-tuan bukan sekadar memeriahkan rumah Allah, tetapi menguatkan lagi silaturahim dan semangat berjemaah dalam komuniti kita.

Semoga setiap langkah menuju rumah Allah dicatat sebagai pahala, setiap doa diangkat dan setiap urusan kita dipermudahkan.

Ya Allah, berkatilah penduduk taman dan seluruh jemaah kami. Murahkan rezeki mereka, lindungi keluarga mereka, berikan kesihatan yang baik dan satukan hati-hati kami dalam kebaikan.

Insya-Allah, kita terus sama-sama hidupkan rumah Allah.
Bukan sekadar tempat kita bersolat, tetapi TEMPAT HATI KEMBALI. 🤍

Salam Jumaat daripada kami,
AJK Surau Al-Ikhlas

Terima kasih yg infaq jumaatSemoga Allah swt membalasnya dgn segala kebaikan🙏ajksurau
14/08/2026

Terima kasih yg infaq jumaat
Semoga Allah swt membalasnya dgn segala kebaikan🙏

ajksurau

JUMAAT — PANGGILAN UNTUK KEMBALI 🤍“Sesibuk mana pun kita mengejar dunia,  jangan sampai terlupa satu panggilan  yang mem...
14/08/2026

JUMAAT — PANGGILAN UNTUK KEMBALI 🤍

“Sesibuk mana pun kita mengejar dunia,
jangan sampai terlupa satu panggilan
yang membawa kita kembali kepada Allah.”

Selamat menunaikan Solat Jumaat.
Semoga setiap langkah menuju masjid menjadi pahala, setiap doa diangkat, dan setiap dosa diampunkan.

Jumaat Mubarak 🌿
Tempat Hati Kembali.

ajk surau

Address

Jalan Residensi Ranggu
Tawau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al Ikhlas Residensi Prima Ranggu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share