Persatuan Putera Puteri Islam Bahagian Tawau

Persatuan Putera Puteri Islam Bahagian Tawau Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Putera Puteri Islam Bahagian Tawau, Religious organisation, Tawau.

Matlamat Penubuhan PERPPIS ialah Melahirkan Insan yang Bertaqwa, Berilmu, Berakhlak, Berketerampilan dan Cemerlang dalam Kehidupan Bermasyarakat selaras dengan Tuntutan Al Quran dan Hadis.

🌙 1 Rabiulawal 1448H | 14 Ogos 2026 🌙✨ Selamat Datang Bulan Rabiulawal ✨Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan bul...
14/08/2026

🌙 1 Rabiulawal 1448H | 14 Ogos 2026 🌙

✨ Selamat Datang Bulan Rabiulawal ✨

Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh makna, bulan kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW ﷺ.

Marilah kita menyambut bulan Rabiulawal dengan memperbanyakkan selawat, doa dan amalan kebaikan, serta menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW dengan meneladani akhlak dan sunnah Baginda. 🤍

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي خَاتِمَةِ شَهْرِنَا هَذَا، وَأَقْدِمْ عَلَيْنَا رَبِيعَ الأَوَّلِ بِصَلَاحِ البِلَادِ وَالعِبَادِ، وَدَفْعِ البَلَاءِ وَالقَضَاءِ، وَتَفْرِيجِ كُرَبِ أُمَّةِ حَبِيبِكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَا كَرِيمُ يَا جَوَادُ.

Semoga Rabiulawal ini menjadi ruang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperkukuh kecintaan kepada Rasulullah SAW. 🌿

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa PERPPIS Tawau (Persatuan Putera Pu...
12/08/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa PERPPIS Tawau (Persatuan Putera Puteri Islam) akan mengadakan program lawatan ke Rumah Anak Yatim Ar-Raudhoh, Batu 4.

Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon sumbangan bagi membantu menjayakan program ini. Sumbangan yang diberikan amat bermakna dalam memastikan kebajikan dan keperluan anak-anak yatim dapat disantuni dengan sebaiknya.

Butiran program:

Tarikh: Sabtu, 15 Ogos 2026
Masa: 8:30 pagi – selesai
Tempat: Rumah Anak Yatim Ar-Raudhoh, Batu 4
Tujuan: Lawatan dan penyerahan sumbangan kepada anak-anak yatim

Maklumat sumbangan:
Maybank
No. Akaun: 014293461349
Nama: Mohd Noor Fadil
Rujukan: Lawatan
(Penasihat AM PERPPIS Tawau)

Segala bentuk sumbangan, sama ada dalam bentuk wang tunai, barangan keperluan atau bantuan lain, amat kami alu-alukan. Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi saudari Lathifah di talian 017-4395742.

SUMBANGAN DANA & TAJAAN IKHLAS✨Persatuan Mahasiswa Tawau (PERMATA) dengan kerjasama Persatuan Putera Puteri Islam Bahagi...
27/07/2026

SUMBANGAN DANA & TAJAAN IKHLAS✨

Persatuan Mahasiswa Tawau (PERMATA) dengan kerjasama Persatuan Putera Puteri Islam Bahagian Tawau (PERPPIS) akan mengadakan Program Kem Remaja Islam kali ke 18 pada ketetapan berikut:

Tarikh🗓️ : 30 Ogos-2 September 2026
Tempat📍 : SMK Kinabutan II, Tawau
Bilangan peserta 👥 : 220 orang

Oleh itu, Kami memohon sumbangan ikhlas daripada Tuan/Puan/Encik/Cik agar program ini dapat dijayakan dengan sebaiknya.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun💳:

BANK ISLAM
Nur Hamiroh binti Bahar
10025029572584
Reff: KEMREMAJAISLAM18

Sebarang transaksi dan pertanyaan, boleh berhubung dengan:
Saudara Iqbaluddin 👳🏻‍♀️- +601126478305
Saudari Hamiroh🧕🏻 - +601153505080

Dengan ini, segala bantuan dan sumbangan amat dihargai.
Besarlah harapan kami andainya program Kem Remaja Islam ini dilaksanakan dengan jayanya berkat bantuan Tuan/Puan.

مَّثَلُ اْلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِى سَبِيلِ اللهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنْۢبُلَةٍ مّاْئَةُ حَبَّةٍ ۗ واللهُ يُضَاعِفُ لِمَن يشَآءُ ۗ واللهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

"Perumpamaan orang-orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah adalah seperti (orang-orang yang menabur) sebutir biji (benih) yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki. Allah Mahaluas lagi Maha Mengetahui" (Surah al-Baqarah : 261)

Terima kasih atas sumbangan Tuan/Puan mudah-mudahan Allah SWT menggantikan dengan sebaik-baik balasan di dunia dan akhirat


’lim

🕌 KEM REMAJA ISLAM (KRIS) KALI KE-18بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Cuti...
23/07/2026

🕌 KEM REMAJA ISLAM (KRIS) KALI KE-18

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Cuti sekolah kali ini, jom sertai KRIS 18!

Jika anda remaja *berumur 15–18 tahun*, inilah peluang untuk mengisi cuti dengan aktiviti yang menyeronokkan, pengisian rohani yang bermakna, serta membina keyakinan, kepimpinan dan ukhuwah.

Kami *Persatuan Mahasiswa Tawau (PERMATA)* membawa *Kem Remeja Islam (KRIS)* sekali lagi dengan bertemakan *"Generasi Muta'allim"* serta membawakan pelbagai modul dan aktiviti yang membentuk remaja berilmu, berakhlak dan berjiwa pemimpin.

📌 Maklumat Program
📅 Tarikh: 30 Ogos – 2 September 2026
📍 Tempat: SMK Kinabutan 2, Tawau
👥 Penyertaan: Remaja 15–18 tahun
💰 Yuran: RM60 sahaja (termasuk pengangkutan)

🎁 Pakej Penyertaan
Setiap peserta akan menerima:
👕 Baju Program Eksklusif
🎒 Drawstring Bag Eksklusif
🖊️ Set Alat Tulis
📖 Buku Program

✨ Mengapa Anda Perlu Sertai?
- Pengisian rohani yang memberi inspirasi
- Aktiviti yang menyeronokkan dan mencabar
- Peluang membina ukhuwah bersama rakan-rakan baharu
- Modul kepimpinan dan pembentukan sahsiah
- Pengalaman yang bermakna dan kenangan yang tidak akan dilupakan

🔗 Link Pendaftaran:
https://forms.gle/DZ7ah5UkbPjQdSKYA

🚨 PENYERTAAN adalah TERHAD!

Daftar sekarang dan jadilah sebahagian daripada legasi KRIS yang telah melahirkan ramai belia muda berjiwa Islam.

"Menuntut ilmu adalah langkah pertama menuju perubahan. Jadilah Generasi Muta'allim yang menginspirasi."

Sebarang Pertanyaan:
Muslimin -
📞 Saudara Shahrul : https://wa.me/601115547921

Muslimat -
📞 Saudari Syafikah : https://wa.me/60147532054



[SALAM AWAL MUHARRAM 1448H)Awal Muharram merupakan permulaan tahun baharu dalam kalendar Hijrah yang mengingatkan umat I...
16/06/2026

[SALAM AWAL MUHARRAM 1448H)

Awal Muharram merupakan permulaan tahun baharu dalam kalendar Hijrah yang mengingatkan umat Islam tentang peristiwa hijrah Rasulullah SAW serta kepentingan melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Selamat menyambut Awal Muharram 1448H. Semoga kedatangan tahun baharu ini menjadi titik permulaan untuk meningkatkan keimanan, ketakwaan dan amal kebajikan dalam kehidupan seharian.

"Cerdas Minda, Landasan Taqwa"
PERPPIS BAHAGIAN TAWAU SESI 2026/2027

QIAMULLAIL BULANAN PERPPIS KEMBALI!السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهPERPPIS menjemput remaja 14–17 tahun untuk menyertai P...
13/06/2026

QIAMULLAIL BULANAN PERPPIS KEMBALI!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PERPPIS menjemput remaja 14–17 tahun untuk menyertai Program Qiamullail Bulanan Perppis.

Apa yang menarik?
Program ini bertujuan memberi pengisian rohani dan aktiviti bermanfaat bagi membentuk remaja Muslim yang berilmu, berakhlak dan berdisiplin.

*Butiran Program*
• Tarikh: 20-21 Jun 2026
• Tempoh: 2 Hari 1 Malam
• Tempat: Masjid Hidayah al-Mustaqim, Batu 4
• Yuran: RM 10 Seorang
Antara Pengisian Program
- Qiamullail
- Ice Breaking
- Kuliah al-Lail
- Aktiviti yang menarik

*Penyertaan Terhad*
• 50 Peserta Muslimin
• 50 Peserta Muslimat

*Bayaran Yuran*
• Tunai semasa pendaftaran

*Peringatan*
• Borang kebenaran ibu bapa WAJIB
Daftar Sekarang
https://forms.gle/CxPD1jGUHZF3sXFE6

*Sebarang pertanyaan*
Muslimin : Fauzan (01133208507)
Muslimat: Hafizah (013446 1018)

BARISAN SAF KEPIMPINAN PERPPIS SESI 26'27 MENGUCAPKAN JUTAAN TAHNIAH KEPADA SAUDARA AHMAD SAFWAN MURSYID BIN ROSLAN YANG...
28/04/2026

BARISAN SAF KEPIMPINAN PERPPIS SESI 26'27 MENGUCAPKAN JUTAAN TAHNIAH KEPADA SAUDARA AHMAD SAFWAN MURSYID BIN ROSLAN YANG MERUPAKAN AMIR LAJNAH TARBIAH DAN PENGKADERAN PERPPIS BAGI SESI 25'26 ATAS PENCAPAIAN KEPUTUSAN MUMTAZ DALAM SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) 2025.
SEMOGA KECEMERLANGAN MENJADI PEMANGKIT UNTUK TERUS BERGERAK ISTIQOMAH DEMI MENCARI REDHA DAN RAHMAT ALLAH DI DUNIA DAN AKHIRAT.

BARISAN SAF KEPIMPINAN PERPPIS SESI 26'27 MENGUCAPKAN JUTAAN TAHNIAH KEPADA SAUDARI SITI AINUL NAZWAH BINTI MOHAMMAD NAJ...
28/04/2026

BARISAN SAF KEPIMPINAN PERPPIS SESI 26'27 MENGUCAPKAN JUTAAN TAHNIAH KEPADA SAUDARI SITI AINUL NAZWAH BINTI MOHAMMAD NAJEMUDDIN YANG MERUPAKAN SETIAUSAHA HEPI PERPPIS BAGI SESI 25'26 ATAS PENCAPAIAN KEPUTUSAN 8A DALAM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2025.
SEMOGA KECEMERLANGAN MENJADI PEMANGKIT UNTUK TERUS BERGERAK ISTIQOMAH DEMI MENCARI REDHA DAN RAHMAT ALLAH DI DUNIA DAN AKHIRAT.

BARISAN SAF KEPIMPINAN PERPPIS SESI 26'27 MENGUCAPKAN JUTAAN TAHNIAH KEPADA SAUDARI NOR QISTINA AYUNI BINTI NORMAN YANG ...
28/04/2026

BARISAN SAF KEPIMPINAN PERPPIS SESI 26'27 MENGUCAPKAN JUTAAN TAHNIAH KEPADA SAUDARI NOR QISTINA AYUNI BINTI NORMAN YANG MERUPAKAN AMIR LAJNAH AKADEMIK PERPPIS BAGI SESI 25'26 ATAS PENCAPAIAN KEPUTUSAN 8A DALAM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2025.
SEMOGA KECEMERLANGAN MENJADI PEMANGKIT UNTUK TERUS BERGERAK ISTIQOMAH DEMI MENCARI REDHA DAN RAHMAT ALLAH DI DUNIA DAN AKHIRAT.

Address

Tawau
91000

Opening Hours

Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Putera Puteri Islam Bahagian Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share