Masjid Al-Amin Bt15

Masjid Al-Amin Bt15 Halaman Facebook rasmi Masjid Al-Amin Bt15 Tawau, Sabah.

CERAMAH KHAS ISRAK MIKRAJ MASJID AL-AMIN 17/01/2026M/ 27 REJAB 1447H Alhamdulillah selesai sudah program sambutan Israk ...
20/01/2026

CERAMAH KHAS ISRAK MIKRAJ MASJID AL-AMIN 17/01/2026M/ 27 REJAB 1447H

Alhamdulillah selesai sudah program sambutan Israk Mikraj dengan meriahnya. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Alwin bin Andi Pandi.
Terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini.

(Antara ibrah terbesar daripada Israk Mikraj ialah penegasan tentang kepentingan solat. Solat bukan sekadar ibadah rutin, tetapi hubungan langsung antara hamba dan Pencipta)

Pada asalnya, Allah mewajibkan 50 waktu solat sehari semalam, namun dikurangkan kepada lima waktu dengan ganjaran tetap sama.

Ini adalah bukti kasih sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya.

Firman Allah: إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا yang bermaksud, “Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang beriman.”



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Dengan penuh rasa syukur. kami dari pihak pengurusan Masjid Al-Amin memohon ...
18/01/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Dengan penuh rasa syukur. kami dari pihak pengurusan Masjid Al-Amin memohon doa dan sumbangan daripada saudara-saudari untuk menjayakan projek pembangunan tandas dan tempat wuduk yang lebih selesa.Kemudahan ini amat penting bagi keselesaan jemaah yang datang beribadah.Marilah kita bersama-sama hulurkan sumbangan sikit atau banyak ia tetap bermakna bagi kami. “Tidak ada balasan untuk kebaikan selain kebaikan (p**a)” Surah Ar-Rahman ayat 60.




30/09/2024

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL MASJID AL-AMIN BT15 1446H 20 SEPTEMBER 2024

Alhamdulillah telah berlangsung dengan meriahnya sambutan Maulidur Rasul Masjid Al-Amin. Terima kasih diucapkan kepada penceramah Ustz Hasbi Haji Muh.Ali atas ceramah yang sangat menarik. ceramah yang disampaikan ini diharapkan dapat menyemaikan benih cinta ke atas Junjungan Nabi Muhummad S.A.W dan keluarga Baginda. Turut diucapkan kepada anak2 yang menang dalam kategori yang dipertandingkan. Terima kasih juga kepada semua kariah Masjid Al-Amin sama2 menjayakan program ini. Semoga ikatan persaudaraan ini kekal selama lamanya.

Salam ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhummad S.A.W .



ALLAHUMMA SOLLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD🤲💚Acara Kemuncak Sambutan Maulidur Rasul Masjid Al-A...
20/09/2024

ALLAHUMMA SOLLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD🤲💚

Acara Kemuncak Sambutan Maulidur Rasul Masjid Al-Amin Bt15 1446H🕌💚

20/09/2024 (Jumaat Berkah)

Jom ramaikan🔥🔥



ALLAHUMMA SOLLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD🤲💚Sambutan Maulidur Rasul Masjid Al-Amin Bt15  1446H...
19/09/2024

ALLAHUMMA SOLLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD🤲💚

Sambutan Maulidur Rasul Masjid Al-Amin Bt15 1446H 🕌💚

Seputar sambutan hari kedua (19/09/2024) diteruskan dgn Pertandingan Hafazan Lelaki & Perempuan (Tahap 1 & 2) serta Pertandingan Hafazan Menengah Campuran

Pertandingan Hafazan ini sememangnya mnjadi acara kegemaran dn dinantikan para anak kariah Masjid Al-Amin kerana dpat melatih & mengasah kemahiran mereka dlm melantunkan ayat-ayat Al- Quran dgn betul skaligus memperlancar Hafazan Al-Quran mereka smua. 🔥💪

Pertandingan ini disertai seramai 17 org anak-anak kariah Masjid Al-Amin di mana anak-anak ini rutin mengikuti kelas mengaji setiap minggu dibawah pimpinan Ust Zubair dn dilaksanakan di Masjid Al-Amin Bt15 🕌

Pertandingan ini juga dilengkapi dn d sempurnakan dgn barisan hakim bertauliah yg dijemput khas bgi memberi penilaian utk stiap pertandingan yg diadakan. Barisan hakim terdiri oleh:

Hakim 1 : Ust Julkifli Amir
Hakim 2 : Ust Mujahid Abdul Haq

Selain itu, acara ini turut dibantu oleh:

Penyelia : Ust Zubair
Multimedia /Live :
Mohd Shah (Timb.Pengerusi)
Sarina (Setiausaha)
M.C : Masrurah
Fatih/ Munabih : Ahmad Fauzi
Juru Kira : Zulfadhli

Tahniah & syabas buat semua peserta & ahli yg tlibat dlm smua proses pertandingan. 👏🏻👏🏻

Semoga semua anak-anak kariah Masjid Al-Amin kelak akn menjadi Hafiz & Hafizah yg soleh & solehah serta cmerlang dlm semua bidang yg ditekuni khususnya dlm memperdalam dn memahami ayat-ayat suci Al-Quran.

Seterusnya semua kita menjadi ummat Nabi Muhammad SAW yg mengamalkan ajaran Al-Quran dn semua mencontohi sunnah-sunnah Nabi Muhammad SAW melalui hadis-hadis Baginda.😌🤲

ALLAHUMMA SOLLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD🤲💚



ALLAHUMMA SOLLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD🤲💚Sambutan Maulidur Rasul Masjid Al-Amin Bt15  1446H...
19/09/2024

ALLAHUMMA SOLLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD🤲💚

Sambutan Maulidur Rasul Masjid Al-Amin Bt15 1446H 🕌💚

Suasana sambutan hari pertama (18/09/2024) dimulakan dgn Pertandingan Azan (Tahap 1 & 2) serta Pertandingan Bercerita (Kisah - Kisah Nabi)

Pertandingan Azan (Tahap 1 & 2) disertai oleh 7 org peserta & Pertandingan Bercerita p**a diwakili oleh 4 org peserta.

Tahniah & syabas buat semua peserta yg berani mencuba & melalui proses pertandingan dgn sangat baik.

Semoga semua anak-anak kariah yg mnyertai kedua-dua pertandingan ini dpat mndpat pengalaman yg berharga khususnya dpat melaungkan seruan azan dgn baik di Masjid Al-Amin sendiri serta menjadi pelapis bilal yg tbaik di mana pun berada satu hari nanti. Di samping itu, dpat meningkatkan keyakinan diri utk tampil dihadapan ramai org sperti yg dilakukan dlm proses pertandingan bercerita.

ALLAHUMMA SOLLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD🤲💚




Address

Batu 15, Jalan Apas
Tawau
91000

Telephone

+60195215153

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Amin Bt15 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Al-Amin Bt15:

Shortcuts

Share

Category