Masjid Roudhotul Jannah

Masjid Roudhotul Jannah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Roudhotul Jannah, Mosque, Jalan KK Ibrahim, Tawau.

Alhamdulillah.. telah berlangsung Majlis khatam Al-Quran anjuran biro muslimah Masjid Raudhotul Jannah Kg. Kinabutan Bes...
07/03/2026

Alhamdulillah.. telah berlangsung Majlis khatam Al-Quran anjuran biro muslimah Masjid Raudhotul Jannah Kg. Kinabutan Besar Tawau yang diadakan pada 07 Mac 2026 bersamaan 17 Ramadan 1447H.

Tahniah kepada semua peserta yg terlibat menjayakan majlis ini. Semoga Allah swt merahmatinya...

Bagi mana2 muslimah yang berminat untuk mengikuti kelas mengaji, pihak biro muslimah sangat mengaku-alukan. Boleh pm Admin ya. InsyaAllah 😊

Sebanyak hampir 1700 tapau bubur lambuk telah diedarkan petang tadi.. Alhamdulillah 🤲🏻Pengagihan secara “Drive thru” jug...
01/03/2026

Sebanyak hampir 1700 tapau bubur lambuk telah diedarkan petang tadi.. Alhamdulillah 🤲🏻

Pengagihan secara “Drive thru” juga dilaksanakan oleh pihak Masjid Roudhatul Jannah, Kg.Kinabutan Besar, Tawau dengan kerjasama Anggota polis.

Terima kasih seramai 15 orang pegawai polis yang membantu memudahkan dan melancarkan pengagihan kepada kenderaan yang lalu lalang di jalan utama, Batu 5 Jalan Apas.

Tahniah AJK Masjid yang dipengerusikan oleh Cikgu Dzulkarnain Mali dengan kerjasama Kumpulan Selawat Wanita Kg. Kinabutan Besar kerana berjaya melaksanakan program menyediakan dan mengagihkan bubur lambuk sempena mengimarahkan bulan mulia, bulan Ramadan kali ini.

Semoga setiap yang terlibat menerima ganjaran pahala berlipat ganda dan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang. 🤲🌙

Suasana penyediaan bubur lambuk. Pengedaran bubur lambuk ini akan bermula seawal jam 2.30 petang di jalan utama Batu 5 J...
01/03/2026

Suasana penyediaan bubur lambuk. Pengedaran bubur lambuk ini akan bermula seawal jam 2.30 petang di jalan utama Batu 5 Jalan Apas, Tawau 😊

Stay tune para pengguna Jalan Raya.. harap sudi Terima sumbangan tulus Ikhlas daripada Masjid Roudhatul Jannah, Kg.Kinabutan Besar 🤲🏻

PERSIAPAN AWAL PROGRAM BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADAN 1447HSebentar lagi… sesi gotong-royong menyediakan bubur lambuk akan...
28/02/2026

PERSIAPAN AWAL PROGRAM BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADAN 1447H

Sebentar lagi… sesi gotong-royong menyediakan bubur lambuk akan diadakan anjuran Ahli Jawatankuasa Masjid Roudhatul Jannah dengan kerjasama penduduk Kg. Kinabutan Besar, Tawau, Sabah.

Tahun ini merupakan tahun ke-2, pihak masjid menganjurkan aktiviti ini sebagai mengimarahkan bulan Ramadan dengan amalan bersedekah hasil sumbangan ke dalam tabung masjid. Alhamdulillah.. terima kasih para penyumbang 🤲🏻😊

Bubur lambuk ini selain diedarkan kepada orang Kampung, pihak masjid juga akan mengedarkan bubur lambuk ini secara “drive thru” di jalan utama Jalan Apas ini. InsyaAllah..

Suasana berbuka puasa hari pertama ramadan 2026M/1447H di Masjid Raudhotul Jannah, Kg kinabutan besar tawau.Alhamdulilla...
21/02/2026

Suasana berbuka puasa hari pertama ramadan 2026M/1447H di Masjid Raudhotul Jannah, Kg kinabutan besar tawau.

Alhamdulillah.. Terima kasih kepada penyumbang makanan berbuka. Semoga Allah swt melipatgandakan lagi rezeki kalian 🤲🏻😊

16/02/2026
BAKUL MAKANAN SEMPENA RAMADHANPenyerahan bakul makanan kepada 93 orang penerima yang terdiri daripada warga emas, ibu tu...
16/02/2026

BAKUL MAKANAN SEMPENA RAMADHAN

Penyerahan bakul makanan kepada 93 orang penerima yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, OKU, muallaf dan orang yg kurang berkemampuan.

Sumbangan ini diberikan melalui tabung kebajikan Masjid Raudhotul Jannah Kg. Kinabutan Besar Tawau menjelang Ramadan 2026M/1447H yang telah berlangsung pada 15 Februari 2026 bersamaan 27 Syaaban 1447H

Terima kasih kepada para penyumbang yang tidak putus-putus menyumbang untuk dimanfaatkan kepada yang memerlukan. Semoga menjadi amal jariah dan saham akhirat kelak dengan pahala kebaikan berpanjangan biar jasad kita suda sampai ke liang lahad.

InsyaAllah.

Address

Jalan KK Ibrahim
Tawau
91000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Roudhotul Jannah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category