Masjid Sirotol Mustaqim Batu 4

Masjid Sirotol Mustaqim Batu 4 Masjid Sirotol Mustaqim

Assalamu'alaikum...slmt menyambut maulidurrasul,jgn lupa temujanji kita muslimin muslimat di jemput hadir...
05/09/2025

Assalamu'alaikum...slmt menyambut maulidurrasul,jgn lupa temujanji kita muslimin muslimat di jemput hadir...

Assalamualaikum Wbt PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISAmalan Di Hari Rayaعَنْ حَفْصَةَ عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ قَالَتْ كُنَّا نُؤْم...
30/03/2025

Assalamualaikum Wbt

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amalan Di Hari Raya

عَنْ حَفْصَةَ عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ قَالَتْ كُنَّا نُؤْمَرُ أَنْ نَخْرُجَ يَوْمَ الْعِيدِ حَتَّى نُخْرِجَ الْبِكْرَ مِنْ خِدْرِهَا حَتَّى نُخْرِجَ الْحُيَّضَ فَيَكُنَّ خَلْفَ النَّاسِ فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيرِهِمْ وَيَدْعُونَ بِدُعَائِهِمْ يَرْجُونَ بَرَكَةَ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَطُهْرَتَهُ

Daripada Hafshah RA daripada Ummu Athiyyah berkata, "Pada hari Raya kami diperintahkan untuk keluar sehingga kami mengajak anak-anak gadis dari biliknya dan juga para wanita yang sedang haid. Mereka duduk di belakang barisan laki-laki dan mengucapkan takbir mengikuti takbir laki-laki, dan berdoa mengikuti doanya laki-laki dengan mengharap barakah dan kesucian hari raya tersebut." (Sahih Bukhari No: 298) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Hari Raya Eid Fitri perlu disambut dengan kegembiraan bersama seluruh isi keluarga

2. Antara amalan yang diperintahkan oleh Rasulullah kepada para sahabat pada pagi hari raya ialah bersama anak isteri (termasuk wanita walaupun dalam haid) untuk sama-sama berada di tempat perhimpunan seluruh kaum muslimin menyambut hari raya.

3. Meskipun solat adalah amalan utama dalam menyambut hari raya, doa dan takbir juga merupakan cara untuk meraih keberkatan. Hari raya adalah masa untuk meningkatkan ibadah dan berdoa kepada Allah, berharap agar diberi kebaikan, keberkatan, dan kesucian dalam hidup. Setiap lelaki dan wanita Islam diperintahkan bertakbir dan turut sama berdoa (walaupun dalam keadaan haid).

4. Antara amalan lain Rasulullah di pagi hari raya adalah bersedekah.

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى يَوْمَ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهَا وَلَا بَعْدَهَا ثُمَّ أَتَى النِّسَاءَ وَمَعَهُ بِلَالٌ فَأَمَرَهُنَّ بِالصَّدَقَةِ فَجَعَلْنَ يُلْقِينَ تُلْقِي الْمَرْأَةُ خُرْصَهَا وَسِخَابَهَا

Daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW melaksanakan solat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat dan tidak solat sebelum atau sesudahnya. Kemudian baginda mendatangi para wanita dan memerintahkan mereka untuk bersedekah. Maka para wanita memberikan sedekah hingga ada seorang wanita yang memberikan anting dan kalungnya." (Sahih Bukhari No: 921). Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

5. Saling bersedekah sebagai tanda keperihatinan terhadap orang yang kurang berada terutama ketika kita bergembira dengan pelbagai juadah raya. Teruskan sumbangan kita walaupun sebaik-sebaik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadan. Dengan sedekah yang diberi akan menggembirakan orang lain. Termasuklah pemberian duit raya kepada orang yang lemah serta kanak-kanak.

KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

31hb Mac 2025

𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗝𝗔𝗧 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗚𝗨𝗥𝗨 𝗞𝗔𝗠𝗜 𝗨𝗦𝗧𝗔𝗭 𝗔𝗕𝗗𝗨𝗟 𝗥𝗔𝗛𝗜𝗠 𝗕𝗜𝗡 𝗢𝗟𝗢 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗟𝗔𝗠𝗜 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗥𝗔𝗬𝗔Firman Allah didalam Surah al-Gh...
21/01/2025

𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗝𝗔𝗧 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗚𝗨𝗥𝗨 𝗞𝗔𝗠𝗜 𝗨𝗦𝗧𝗔𝗭 𝗔𝗕𝗗𝗨𝗟 𝗥𝗔𝗛𝗜𝗠 𝗕𝗜𝗡 𝗢𝗟𝗢 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗟𝗔𝗠𝗜 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗥𝗔𝗬𝗔

Firman Allah didalam Surah al-Ghafir :60

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

Malam ini selepas solat isyak, seluruh Sahabat & jemaah Masjid Al Amin telah mengadakan Solat Hajat dan Munajat memohon kesembuhan buat Murabbi kami AF Ustaz Abd Rahim

Ayuh sama - sama kita teruskan berdoa agar Ustaz Abdul Rahim bin Olo kembali sembuh seperti sedia kala serta dapat menyambung tugasan beliau melaksanakan kerja-kerja dakwah di bumi Sabah ini dan menyampaikan ilmu yang bermanfaat buat kita semua.

InsyaAllah…💚💚💚
Sahalallah... 🤲🤲🤲

Kredit: Masjid Al-Amin kampung payas-payas

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته**اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ**JEMPUTAN ...
20/01/2025

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*
*اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ*

*JEMPUTAN KE KULIAH MAGHRIB BERSAMA USTAZ MUKMIN AMIN JAAPAR*

*🗓️ 27 Januari 2025 *
*🕰 SELEPAS MAGHRIB*
*📚 UMUM*

مَنْ خَرَجَ فِي طَلَبِ العِلْمِ فَهُوَ فِي سَبِيْلِ اللَّهِ حَتَّى يَرْجِعَ

Artinya:"Barang siapa keluar untuk mencari ilmu, maka ia berada di jalan Allah sampai ia kembali." (HR Tirmidzi).


&ulama


🥀🌹🌻🪷💐🪻🌷🌹🥀

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِٱلسَّلَامُ عَلَيْكُم*Jemputan Kuliah Maghrib*Dengan Penuh Ta'zim K...
25/12/2024

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُم

*Jemputan Kuliah Maghrib*

Dengan Penuh Ta'zim Kami Menjemput Kepada Yang Berkelapangan Muslimin/Muslimat Untuk Hadir Ke Majlis Ilmu Pada Ketetapan Berikut : -

📆 *Tarikh:* 25hb.Dec .2024 (Rabu)
⏰ *Jam:* 6:06 petang
🕌 *Lokasi:* Masjid Sirotol Mustaqim kg Air Batu 4 Tawau
👳🏻‍♀️ *Pengkuliah/Ustaz:* Al Fadhil Ustaz Mukmin Amin Jaapar
📚 *Kitab*:Pengajian umum

_*PERINGATAN MESRA*_
Sila Bawa:-
🖊 Pen
📚 Buku
Untuk Catatan 📝
👉 Jangan lupa bila masuk masjid :
1 - Niat *Iktikaf*
2 - Solat sunat *Tahiyatul* Masjid
😊😊

❗❗❗Ambil maklum kpd seluruh masjid & surau d negeri sabah❗❗❗
02/08/2024

❗❗❗Ambil maklum kpd seluruh masjid & surau d negeri sabah❗❗❗

Muslimin muslimat di Jemput hadir
16/06/2024

Muslimin muslimat di Jemput hadir

Alhamdulillah kuliah subuh d sampaikan oleh ustaz hamka.  #2024
06/04/2024

Alhamdulillah kuliah subuh d sampaikan oleh ustaz hamka.


#2024

Firman Allah SWT:(۲)إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿۱﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ  لَيْلَةُ الْ...
02/04/2024

Firman Allah SWT:

(۲)إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿۱﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ



Maksudnya: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.”

(Surah al-Qadr: 1-3)

pada bulan-bulan yang lain”

Riwayat Ahmad

Imam Sufyan al-Thauri Rahimahullah berkata:
أحب إلي إذا دخل العشر الأواخر أن يتهجد بالليل و يجتهد فيه و ينهض أهله و ولده إلى الصلاة إن أطاقوا ذلك

Maksudnya: “Apabila masuknya sepuluh akhir Ramadan, aku lebih s**a untuk melakukan tahajjud pada waktu malam dan bersungguh-sungguh melakukannya. Sufyan al-Thauri Rahimahullah juga akan mengejutkan ahli keluarganya untuk mendirikan solat seandainya mereka mampu melakukannya.” Lihat Lathaif al-Maarif (hal. 160).

Paling kurang pastikan solat fardhu kita dilakukan secara berjemaah.

Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah menyatakan. Sebahagian ulama mazhab Syafie menakalkan riwayat daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma bahawa:
يصلي العشاء في جماعة و يعزم على أن يصلي الصبح في جماعة و قال مالك في الموطأ بلغني أن ابن المسيب قال : من شهد ليلة القدر ـ يعني في جماعة فقد أخذ بحظه منها و كذا قال الشافعي في القديم : من شهد العشاء و الصبح ليلة القدر فقد أخذ بحظه منها

Maksudnya: “Menghidupkan malam Lailatul Qadar akan terhasil apabila seseorang mendirikan solat ‘Isya’ secara berjemaah dan berazam untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah jua. Imam Malik merekodkan dalam al-Muwatta’ bahawa Imam Ibn al-Musayyib berkata: Sesiapa yang bertemu dengan Lailatul Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) dalam berjemaah (pada malam tersebut), maka dia akan memperolehi kebaikan malam itu. Begitu jualah yang dikatakan oleh Imam asy-Syafie rahimahullah dalam pendapat lamanya: Sesiapa yang mendirikan solat Isya’ dan Subuh pada malam Lailatul Qadar, maka dia akan memperoleh kebaikannya.” Lihat Lathaif al-Maarif (hal. 159).



Semoga kita semua meraih malam Lailatulqadar. Amin.





Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

M***i Wilayah Persekutuan

20 Ramadan 1436H bersamaan 07 Julai 2015

Alhamdulillah 18 ramadhan.
29/03/2024

Alhamdulillah 18 ramadhan.

24/03/2024

Address

Tawau
91000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Sirotol Mustaqim Batu 4 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Sirotol Mustaqim Batu 4:

Shortcuts

Share