Masjid Islahiyah, Tawar

Masjid Islahiyah, Tawar Laman Rasmi Masjid Islahiyah Pekan Tawar

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir ke Majlis Sambutan Maulidurrasul peringkat Masjid Islahiyah Pekan Tawar, Bali...
03/09/2025

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir ke Majlis Sambutan Maulidurrasul peringkat Masjid Islahiyah Pekan Tawar, Baling, Kedah pada hari Ini, 3 September 2025 selepas solat Maghrib. Majlis akan diisi dengan pengisian ilmu oleh Ustaz Hairul Nizam Mat Hussain Al-Azhari. Marilah kita bersama-sama memeriahkan majlis ilmu dan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir ke Majlis Sambutan Maulidurrasul peringkat Masjid Islahiyah Pekan Tawar, Bali...
26/08/2025

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir ke Majlis Sambutan Maulidurrasul peringkat Masjid Islahiyah Pekan Tawar, Baling, Kedah pada hari Rabu, 3 September 2025 selepas solat Maghrib. Majlis akan diisi dengan pengisian ilmu oleh Ustaz Hairul Nizam Mat Hussain Al-Azhari. Marilah kita bersama-sama memeriahkan majlis ilmu dan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

25/08/2024

Assalamualaikum,

*KULIAH MINGGUAN MASJID ISLAHIYAH, TAWAR*

Tarikh : 25/8/2024
Hari : Ahad
Masa : Lepas Magrib
Ustaz : Abdullah bin Majid
Kitab : Bakuratul Amani Lisyaratil' Awami

Sebarkan kepada semua anak qariah...

13/08/2024

Assalamualaikum,

*KULIAH MINGGUAN MASJID ISLAHIYAH, TAWAR*

Tarikh : 13/8/2024
Hari : Selasa
Masa : Lepas Magrib
Pengkuliah : Ust. Yusof bin Hamid
Kitab : Tafsir Nurul Ehsan

Sebarkan kepada semua anak qariah...

12/08/2024

Assalamualaikum,

*KULIAH MINGGUAN MASJID ISLAHIYAH, TAWAR*

Tarikh : 12/8/2024
Hari : Isnin
Masa : Lepas Magrib
Pengkuliah : Ust. Aminuddin Alias
Kitab : Tafsir Fi Zilalil Quran

sebarkan kepada semua anak qariah...

11/08/2024

Assalamualaikum,

*KULIAH MINGGUAN MASJID ISLAHIYAH, TAWAR*

Tarikh : 11/8/2024
Hari : Ahad
Masa : Lepas Magrib
Pengkuliah : Ust. Norashan
Kitab : Syarah Hadis 40 Imam Nawawi

Semua muslimin & muslimat dijemput hadir

BAYAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT JENIS BERAS YANG KITA MAKAN Tahun ini terdapat tiga kadar zakat fitrah di seluruh negeri Ked...
03/04/2024

BAYAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT JENIS BERAS YANG KITA MAKAN

Tahun ini terdapat tiga kadar zakat fitrah di seluruh negeri Kedah mengikut jenis beras yang dimakan oleh diri dan tanggungan kita.

i. RM 7.00 (Beras Super Spesial Tempatan (5% hancur)

ii. RM 14.50 (Beras Super Import / Beras Perang / Beras Pulut / Herba Ponni / Beras Wangi)

iii. RM 22.00 (Beras Basmathi / Beras Jepun / Beras Merah)

𝐓𝐮𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐙𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐅𝐈𝐓𝐑𝐀𝐇 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐝𝐢 :
https://jom.zakatkedah.com.my?QRF=QUZCTE0wMDMzLTIxfDExMTA=


Jom berselawat
17/11/2023

Jom berselawat

01/11/2023

📌Tazkirah Ringkas.

📑 BERIMAN BERTAQWA DAN JANGAN KAMU SYIRIK KEPADA ALLAH

Firman Allah SWT :

مُنِیبِینَ إِلَیۡهِ وَٱتَّقُوهُ وَأَقِیمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَلَا تَكُونُوا۟ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِینَ
[Surah Ar-Rūm: 31]
Terjemahan :
"Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik"

24/10/2023

📌Tazkirah Ringkas.

📑 ALLAH BERI KEMENANGAN KEPADA SESIAPA YANG DIA KEHENDAKI

Firman Allah SWT :

بِنَصۡرِ ٱللَّهِۚ یَنصُرُ مَن یَشَاۤءُۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِیزُ ٱلرَّحِیمُ

[Surah Ar-Rūm: 5]
Terjemahan :
"Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani."

Jangan Malu Untuk Bertakbir=====1. Sebagai Muslim, jangan kita malu untuk bertakbir. Takbir membesarkan Allah merupakan ...
23/10/2023

Jangan Malu Untuk Bertakbir
=====
1. Sebagai Muslim, jangan kita malu untuk bertakbir. Takbir membesarkan Allah merupakan syiar yang dilafazkan oleh Muslim dalam acara kebesaran Islam. Malah lafaz takbir merupakan ungkapan yang menggerunkan musuh.

2. Perhatikan dialog yang berlaku di antara Rasulullah dan Adi bin Hatim saat sebelum beliau memeluk Islam. Rasulullah menyebutkan: Wahai Adi, apakah engkau lari dari menyebutkan takbir sedangkan Allah itu lebih besar (urusan berkenaanNya) berbanding perkara lain. Sabda Rasulullah:

إِنَّمَا تَفِرُّ أَنْ تَقُولَ اللَّهُ أَكْبَرُ، وَتَعْلَمُ شَيْئًا أَكْبَرُ مِنَ اللَّهِ؟

“Sesungguhnya engkau lari dari menyebutkan (kalimah takbir) Allahu Akbar sedangkan apakah engkau tahu adakah perkara yang lebih besar selain Allah?” (HR al-Tirmizi)

3. Dialog Rasulullah bersama Adi bin Hatim ini menunjukkan ketinggian lafaz takbir sehingga dijadikan hujah pengukuh untuk menjemput keimanan dan menenangkan hati Adi agar menerima Islam Adi. Hairannya ada dalam kalangan Muslim hari ini yang takut untuk bertakbir.

4. Lafaz takbir merupakan ungkapan yang kita ucapkan sebagai syiar kita saat kita menyambut kemenangan hari raya. Apakah takbir raya ini juga akan kita hentikan semata-mata untuk menjaga hati orang kafir?

5. Lafaz takbir merupakan ungkapkan pembukaan solat saat kita ingin bermunajat kepada Allah. Malah lafaz takbir ketika azan dilaungkan merupakan lafaz yang mengusir syaitan. Sabda Rasulullah:

إِذَا أُذِّنَ بِالصَّلاَةِ أَدْبَرَ الشَّيْطَانُ لَهُ ضُرَاطٌ حَتَّى لاَ يَسْمَعَ التَّأْذِينَ

“Apabila dilaungkan azan untuk mendirikan solat, syaitan lari berpaling dalam keadaan mengeluarkan kentut sehinggalah tidak kedengaran azan.” (Sahih al-Bukhari)

6. Begitu mulia lafaz takbir di dalam agama ini. Adalah amat menyedihkan andai ada dalam kalangan Muslim sendiri bersikap apologetic sehingga malu dan takut untuk mengungkapkan lafaz yang membesarkan Allah, Tuhan Yang Maha Agung.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Address

Mukim Tawar
Tawar
09310

Telephone

+60194564859

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Islahiyah, Tawar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share