Masjid Iktikaf Pok Nik Mat

Masjid Iktikaf Pok Nik Mat Terletak di Kg.Gong Batu,Tawang, Bachok,Kelantan.

Kuliah maghrib mingguan (8/7/2024) disampaikan oleh YBHG USTAZ CHE HUSSIN.Tajuk: KEHIDUPAN DUNIA DAN AKHIRAT
09/07/2024

Kuliah maghrib mingguan (8/7/2024) disampaikan oleh YBHG USTAZ CHE HUSSIN.

Tajuk: KEHIDUPAN DUNIA DAN AKHIRAT

Assalamualaikum wbt..JOM BERWAKAF UNTUK SAHAM AKHIRAT KITABERWAKAF UNTUK FASA KE-2  PEMBANGUNAN & PEMBELIAN FASILITI BAG...
15/06/2024

Assalamualaikum wbt..

JOM BERWAKAF UNTUK SAHAM AKHIRAT KITA

BERWAKAF UNTUK FASA KE-2 PEMBANGUNAN & PEMBELIAN FASILITI BAGI MASJID IKTIKAF POK NIK MAT KG GONG BATU TAWANG, BACHOK

"Apabila seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara; Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat dan Doa anak yang soleh"
(HR.Muslim)

Alhamdulillah, FASA PERTAMA iaitu pembelian tanah & proses pembinaan dewan, tandas dan tempat wudhuk telah berjalan lancar dan hampir siap sepenuhnya.

Namun kos untuk pembelian fasiliti didalam dewan masjid yang hampir siap sepenuhnya, bilik pejabat masjid yang baru dan lain - lain keperluan masih belum mencukupi.

Antara keperluan yang masih belum mencukupi ialah:

(Peralatan dewan)
1.PA System
2.kerusi/ meja
3.kelengkapan bilik Imam
4.tempat parking
5.Garaj kereta / motor
6.Aircond
7.Lain2

Tuan²/puan² boleh salurkan sumbangan Wakaf Tunai ke Akaun MAYBANK ISLAMIK 553104612075 atas nama MASJID IKTIKAF POK NIK MAT atau berhubung dengan mana- mana AJK Masjid.

Sila whatsapp slip bank kepada Bendahari Masjid 019-9802433 untuk mendapatkan resit resmi.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Tuan Imam: 0139985048
Pengerusi: 019-2633369
Tim.Pengerusi:013-8761200
Setiausaha: 012-3096345
Pen.s/usaha:017-9601453

TERIMA KASIH

JOM BERWAKAF dan sama² SEBARKAN.

JEMPUT SEMUA UNTUK  HADIR KE KULIAH AMBANG RAMADHAN MALAM NI:💫 10 MARCH 2024💫AHAD MLM ISNIN💫MASJID POK NIK MAT GONG BATU...
10/03/2024

JEMPUT SEMUA UNTUK HADIR KE KULIAH AMBANG RAMADHAN MALAM NI:

💫 10 MARCH 2024
💫AHAD MLM ISNIN
💫MASJID POK NIK MAT GONG BATU.
💫SELEPAS SOLAT MAGHRIB

BERSAMA YB AL FADHIL UST HARUN ISMAIL
(ADUN TAWANG).

KULIAH MAGHRIB BULANAN Masjid Iktikaf Pok Nik Mat.Jemput beramai-ramai mengimarahkan masjid kita malam esok ya.
22/02/2024

KULIAH MAGHRIB BULANAN Masjid Iktikaf Pok Nik Mat.

Jemput beramai-ramai mengimarahkan masjid kita malam esok ya.

Assalamualaikum buat semua ahli qariah Masjid Iktikaf Pok Nik Mat dan jemaah yang berada di sekitar nya.Jemput hadir ber...
28/12/2023

Assalamualaikum buat semua ahli qariah Masjid Iktikaf Pok Nik Mat dan jemaah yang berada di sekitar nya.

Jemput hadir beramai-ramai ke Majlis Kuliah Maghrib bulanan masjid kita malam esok ya! (Jumaat, 29/12/2023).

Penceramah jemputan kita pada malam tersebut merupakan Mudir SMU (A) Darul Anuar, Pulau Melaka, iaitu Ustaz Nik Hamdi bin Abdul Ghani.

Terima kasih 😊.

"Org yg berusaha belajar ilmu supaya memahami kehendak agama Islam dalam kehidupan, ALLAH akan mudahkan jalan ke syurga"...
10/11/2023

"Org yg berusaha belajar ilmu supaya memahami kehendak agama Islam dalam kehidupan, ALLAH akan mudahkan jalan ke syurga".

Dikongsikan gambar-gambar sekitar KULIAH MAGHRIB BULANAN pada 7hb November 2023 yang lepas yang disampaikan oleh Alfadhil Ustaz Harun Ismail (YB Adun Tawang).

Terima kasih YB dan terima kasih juga kepada ahli qariah yang hadir pada malam tersebut.

JEMPUTAN KULIAH MAGHRIB BULANAN MIPNMTarikh: 7 November 2023Hari: SelasaMasa: Selepas Solat MaghribPenceramah: Alfadhil ...
06/11/2023

JEMPUTAN KULIAH MAGHRIB BULANAN MIPNM

Tarikh: 7 November 2023
Hari: Selasa
Masa: Selepas Solat Maghrib
Penceramah: Alfadhil Ust Harun Ismail (Yb Adun Tawang)

Ahli Qariah dan semua jemaah dijemput hadir bagi meramaikan majlis kuliah Maghrib ini.

* Jamuan disediakan.

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); w...
28/09/2023

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

Surah Al Ahzab:Ayat 56

Jom perbanyakkan selawat keatas Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.

Subhanallah, Allahuakbar..syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT dengan izinNya, Majlis Jamuan Laksa Masjid Iktikaf Pok N...
09/09/2023

Subhanallah, Allahuakbar..syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT dengan izinNya, Majlis Jamuan Laksa Masjid Iktikaf Pok Nik Mat & ceramah perdana pada waktu malam nya berjalan dengan lancar.

Terima kasih kepada semua ahli qariah masjid yang bersatu padu, bekerjasama dalam menyediakan juadah & memastikan majlis berjalan dengan sempurna.

Jutaan ucapan terima kasih juga buat semua tetamu yang hadir,samada dari qariah masjid-masjid disekitar, mahupun yang jauh diatas keikhlasan hati memberi sumbangan & wakaf. Alhamdulillah, kutipan derma & wakaf semalam mencecah Rm30,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Ribu).

Moga Allah mewahkan lagi rezeki dan permudah segala urusan tuan puan semua, in sha Allah, aamin.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا، وما تَواضَعَ أحَدٌ لِلَّهِ إلَّا رَفَعَهُ اللَّه.

“Tidak berkurang harta dengan bersedekah, tidaklah orang yang memberi kemaafan itu melainkan Allah akan menambah kemuliaannya dan tidaklah orang yang merendah diri kerana Allah melainkan Allah akan mengangkat kedudukannya.”

Riwayat Muslim (no. 2588) dan al-Tirmizi (no. 2029) daripada hadis Abu Hurairah.

Pengajaran Hadis:

1 - Hadis ini mengandungi anjuran supaya memberi sedekah, memaafkan orang yang menyakiti kita dan merendah diri sesama orang mukmin.

2 - Sedekah tidak mengurangi harta bahkan menjadi sebab harta itu bertambah dan berkembang dengan sebab keberkatan amalan bersedekah.

3 - Memaafkan orang yang menyakiti kita menjadi sebab untuk Allah menambah kemuliaan kita di dunia dan di akhirat.

4 - Kelebihan orang yang merendah diri semata-mata kerana Allah. Allah akan mengangkat darjatnya di dunia serta di akhirat.

Akhir kata,sebarang kekurangan yang terdapat dari pihak kami ahli qariah Masjid Iktikaf Pok Nik Mat, Kg.Gong Batu, Tawang samada secara sedar atau tidak sedar sepanjang perjalanan majlis, kami mohon dimaafkan.

Terima kasih sekali lagi,
AJK MASJID IKTIKAF POK NIK MAT.




Sedang berlangsung di Masjid Iktikaf Pok Nik Mat .Jemput datang beramai-ramai.Moga pahala berpanjangan buat yang memberi...
08/09/2023

Sedang berlangsung di Masjid Iktikaf Pok Nik Mat .Jemput datang beramai-ramai.

Moga pahala berpanjangan buat yang memberi sumbangan, in sha Allah.



Jemput hadir beramai-ramai ke jamuan laksa sambil menderma di Masjid Iktikaf Pok Nik Mat, Gong Batu, Tawang esok ya.10 k...
07/09/2023

Jemput hadir beramai-ramai ke jamuan laksa sambil menderma di Masjid Iktikaf Pok Nik Mat, Gong Batu, Tawang esok ya.

10 kelebihan Sedekah Yang disebutkan Dalam Al-Quran & Hadis:

1.Harta tidak berkurang (HR Muslim 2588)
2.Memperoleh pahala berlipat Kali Ganda (Surah al-Baqarah, 261)
3.Bukti keimanan kepada Allah SWT (HR Muslim, 223)
4.Masuk syurga melalui Pintu Sedekah (Bab As-Sadaqah) (HR Bukhari, 1764)
5.Menghapuskan dosa (HR At-Tirmidzi, 614)
6.Selamat dari musibah (HR Imam Baihaqi, 4/189)
7.Mendapat naungan di hari akhirat (HR Al-Bukhari, 660)
8.Ubat kepada penyakit (HR At-Tabrani, 10198)
9.Menjauhkan seseorang daripada api neraka (HR Al-Bukhari, 3595)
10.Terlindung dari mati dalam keadaan buruk (As-Syuthi, 5126)

Jom suburkan amalan sedekah sebagai sebahagian daripada kehidupan kita semua.

Semoga kita termasuk di kalangan sebahagian hambaNya yang gemar memberi dan mudah-mudahan amal kebajikan yang dilakukan pasti akan dibalas oleh Allah SWT.



Kuliah Maghrib 7/8/2023.Disampaikan oleh YBHG USTAZ CHE HUSSIN
08/08/2023

Kuliah Maghrib 7/8/2023.
Disampaikan oleh YBHG USTAZ CHE HUSSIN



Address

Kg. Gong Batu
Tawang
16020

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Iktikaf Pok Nik Mat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category