Masjid Ar Rahmah Kg Selamat

Masjid Ar Rahmah Kg Selamat Akaun Facebook, laman sosial rasmi Masjid Ar-Rahmah Kampung Selamat, 13300 Tasek Gelugor, Pulau Pinang

15/04/2026
15/04/2026
15/04/2026

Rasulullah SAW sangat kerap memohon perlindungan daripada 4 perkara yang sering kita pandang ringanโ€ฆ tetapi sebenarnya boleh menjauhkan kita daripada ketenangan dan keberkatan hidup:

๐Ÿ“Œ Ilmu ada, tapi tidak membawa kita dekat kepada Allah
๐Ÿ“Œ Hati hidup, tetapi kosong dari rasa khusyuk
๐Ÿ“Œ Banyak nikmat, tetapi tetap rasa tidak cukup
๐Ÿ“Œ Berdoa, tetapi tidak bersungguh dan tidak terasa hubungan dengan-Nya

Sumber: Sahih Muslim (Hadis daripada Zaid bin Arqam RA)

Sama-sama kita muhasabah diriโ€ฆ
Yang mana satu paling dekat dengan diri kita hari ini?
Semoga kita semua diberi kekuatan untuk mengamalkan doa ini dan dijauhkan daripada perkara yang sia-sia.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
๐Ÿ”ดIkuti media sosial Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan:
๐…๐š๐œ๐ž๐›๐จ๐จ๐ค : https://www.facebook.com/jheainsofficial
๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐š๐ ๐ซ๐š๐ฆ : https://www.instagram.com/jheains.official
๐“๐ข๐ค๐ญ๐จ๐ค : https://www.tiktok.com/
๐˜๐จ๐ฎ๐“๐ฎ๐›๐ž : https://www.youtube.com/
๐‹๐š๐ฆ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฌ๐š๐ฐ๐š๐ง๐  : https://jheains.ns.gov.my/



15/04/2026
*โœจ PERISTIWA NUZUL AL-QURAN โœจ**17 Ramadan 1447H*Pada malam yang penuh keberkatan ini, Allah SWT telah menurunkan wahyu p...
07/03/2026

*โœจ PERISTIWA NUZUL AL-QURAN โœจ*
*17 Ramadan 1447H*

Pada malam yang penuh keberkatan ini, Allah SWT telah menurunkan wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibrail AS di Gua Hira, Jabal Nur. Peristiwa agung ini menjadi titik permulaan turunnya Al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat kepada seluruh umat manusia.

๐Ÿ“– Wahyu pertama yang diturunkan ialah โ€œIqraโ€ (Bacalah) yang mengingatkan kita tentang kepentingan ilmu, membaca dan memahami Al-Quran dalam kehidupan.

Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun sebagai panduan hidup, sumber hidayah serta pedoman dalam membentuk akhlak dan masyarakat yang beriman.

Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Quran) pada malam yang penuh berkat."
(Surah Ad-Dukhaan: 3)

Sempena Nuzul Al-Quran, marilah kita:
๐Ÿคฒ Memperbanyakkan membaca Al-Quran
๐Ÿคฒ Menghayati makna dan pengajarannya
๐Ÿคฒ Mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian

Semoga kita semua tergolong dalam kalangan Ahlul Quran, iaitu insan yang sentiasa dekat dengan Al-Quran.

*MARKS| Masjid Hidup, Ummah Bersatu*

24/02/2026

Alhamdulillah ๐Ÿค๐ŸŒฟ

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) โ€“ Servis Prihatin Penyaman Udara telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Ar-Rahmah Kg Selamat.

Melalui Mesyuarat Jawatankuasa MARKS Bil.3/2026 yang lalu, mesyuarat mencadangkan agar kerjasama di antara komuniti setempat diluaskan melalui pelbagai jaringan dan program bersama.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Kolej Komuniti Tasek Gelugor yang hadir bersama 15 orang pelajar dan 7 orang pensyarah pengiring dalam menjayakan servis penyaman udara di masjid ini.

Komitmen, kepakaran dan semangat kerjasama yang ditunjukkan amat kami hargai. Semoga ilmu yang dicurahkan dan tenaga yang disumbangkan menjadi amal jariah yang berpanjangan ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Pihak masjid juga menyediakan sedikit juadah sebagai tanda penghargaan buat para tetamu yang diraikan.

Terima kasih atas kesudian berkhidmat dan menyantuni rumah Allah.
Semoga ukhwah ini terus mekar dan diberkati ๐ŸŒธ

๐Ÿ“ SESI FGD BERSAMA WAKIL PENDUDUK BAGI KAJIAN PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA) CADANGAN PEMBANGUNAN BERCAMPUR bagi cadangan ...
22/02/2026

๐Ÿ“ SESI FGD BERSAMA WAKIL PENDUDUK BAGI KAJIAN PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA) CADANGAN PEMBANGUNAN BERCAMPUR bagi cadangan pembangunan perniagaan dan perumahan beserta kemudahan masyarakat di Mukim Sidam Kanan dan Bandar Padang Serai.

Sesi ini diwakili oleh Encik Abdullah bin Ismail (Pengerusi) dan Encik Ahmad Solehin Silah Hudian (Timbalan Pengerusi), Masjid Ar-Rahmah Kampung Selamat pada 21 Februari 2026 (Sabtu) di Dewan Haji Abdullah, Kg Guar Lobak, Padang Serai, Kulim.

Moga sedikit idea dan pandangan yang disalurkan dapat memberi sedikit impak kepada kepentingan masyarakat terutama penduduk Kampung Selamat. Aaamminn Ya Rabbal Alamin.

Jom pakat bantu naikkan followers Tiktok masjid dengan Follow, Like dan Share posting2 masjid โœ…๐Ÿคฒ๐Ÿป



Check out Masjid Ar-Rahmah Kg Selamatโ€™s video.

Address

Kg Selamat
Tasek Gelugor
13300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Ar Rahmah Kg Selamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share