Masjid Jamek Padang Menora

Masjid Jamek Padang Menora JARAK BAWAH

19/03/2026

Solat & Khutbah Hari Raya Aidilfitri 2026
Bersama Ustaz Aiman Subri
Jom ke Masjid Jamek Padang Menora

15/03/2026
15/03/2026
Sedekah 10 malam terakhir , semoga sedekah kita diterima 🤲
12/03/2026

Sedekah 10 malam terakhir , semoga sedekah kita diterima 🤲

Assalamualaikum...Peluang ‼️ Peluang ‼️Pihak *Masjid Jamek Padang Menora* dengan ini membuka peluang kepada seluruh anak...
20/02/2026

Assalamualaikum...
Peluang ‼️ Peluang ‼️

Pihak *Masjid Jamek Padang Menora* dengan ini membuka peluang kepada seluruh anak qaryah dan para jemaah yang ingin berinfaq bagi menampung bayaran bil elektrik (TNB) dan bil air (PBA) masjid.

Inisiatif ini bertujuan memberi ruang kepada para jemaah untuk bersama-sama menyumbang dalam penyelenggaraan kemudahan asas masjid demi kelangsungan dan keselesaan urusan ibadah.

Setiap titisan air untuk wuduk dan setiap cahaya yang menerangi rumah Allah menjadi saham pahala yang berterusan buat para penyumbang.

Sumbangan boleh dibuat secara terus ke akaun Tenaga Nasional Berhad dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang.
Semoga setiap infaq yang diberikan diterima dan diganjari dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT. 🤲

Imam Terawih 1447H malam 1 & 2Bersama Ustaz Aiman Subri ✅Jom Ke Masjid Jamek Padang Menora...
17/02/2026

Imam Terawih 1447H malam 1 & 2
Bersama Ustaz Aiman Subri ✅
Jom Ke Masjid Jamek Padang Menora...

🌙 SELAMAT PULANG ANAK QARYAH 🌙SEMPENA CUTI SEKOLAH & AWAL RAMADHANPihak Masjid Padang Menoradengan penuh rasa syukur dan...
14/02/2026

🌙 SELAMAT PULANG ANAK QARYAH 🌙

SEMPENA CUTI SEKOLAH & AWAL RAMADHAN

Pihak Masjid Padang Menora
dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan
mengalu-alukan kepulangan anak-anak qaryah
ke kampung halaman tercinta.

Semoga kepulangan ini dapat:
✨ Mengeratkan silaturahim
✨ Mengimarahkan masjid
✨ Menyemarakkan ibadah di awal Ramadhan

Marilah kita bersama-sama menghayati keberkatan
bulan Ramadhan yang mulia dengan memperbanyakkan
ibadah, amal kebajikan dan ukhuwah sesama kita.

“Selamat pulang ke pangkuan qaryah,
moga Ramadhan kali ini lebih bermakna.”

Ikhlas daripada:
AJK & Pengurusan
Masjid Padang Menora

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, program go...
08/02/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, program gotong-royong kubur pada hari ini dapat dijalankan dengan jayanya.

Pihak Masjid ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang hadir - para penduduk, ahli kariah, belia, serta pihak-pihak yang turut sama membantu menjayakan program ini.

Kerjasama dan semangat gotong-royong yang ditunjukkan hari ini amat membanggakan. Usaha murni ini bukan sahaja membersihkan kawasan perkuburan, tetapi juga menyuburkan ukhuwah sesama kita serta menanam nilai prihatin terhadap tempat persemadian insan-insan yang pernah menjadi sebahagian daripada sejarah, kasih dan perjuangan kita yang telah pergi mendahului kita.

Semoga setiap helai daun yang dikutip, setiap rumput yang dibersih dan segala tenaga serta masa yang dicurahkan menjadi amal jariah yang diberkati Allah SWT buat kita semua dan sebagai tanda kasih abadi kepada ahli kubur. Mudah-mudahan kita semua terus istiqamah dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan seperti ini pada masa akan datang.

Sekali lagi, terima kasih dan tahniah kepada semua peserta. Semoga Allah membalas jasa baik tuan-tuan dan puan-puan dengan ganjaran yang berlipat ganda.

🌙 Syaaban: Pecutan Terakhir Menuju Ramadan!🌙Hanya tinggal beberapa langkah lagi sebelum kita memasuki bulan Ramadan yang...
07/02/2026

🌙 Syaaban: Pecutan Terakhir Menuju Ramadan!🌙

Hanya tinggal beberapa langkah lagi sebelum kita memasuki bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Inilah masanya tuan puan.. Jom sama-sama kita
perbanyakkan amalan dan bersedekah, mulakan hari ini untuk mempraktikkan amalan kebaikan sebagai persediaan bertemu Ramadan yang dirindui.

BERINFAQ SEKARANG bersama Masjid Jamek Padang Menora agar mendapat pahala berpanjangan.

Tujuan Infaq Karpet ini adalah untuk membeli dan
memasang karpet di ruang solat Masjid Jamek Padang Menora.

Dana yang diperlukan untuk pembelian
dan pemasangan Karpet ini adalah RM 46,900.

Sekiranya terdapat lebihan kutipan sumbangan
Infaq Karpet, lebihan tersebut akan digunakan untuk pembangunan Masjid Jamek Padang Menora.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun “Masjid Jamek Qaryah Padang Menora”
07016010064774 (Bank Islam Malaysia Bhd)

Khutbah Jumaat Jemputan bersama Ustaz Hidayat..jangan lupa hadir ya 💪
06/02/2026

Khutbah Jumaat Jemputan bersama Ustaz Hidayat..jangan lupa hadir ya 💪


Senarai Imam-imam Terawih Masjid Jamek Padang Menora 1447HJemput Hadir ke Masjid ya 💪
03/02/2026

Senarai Imam-imam Terawih Masjid Jamek Padang Menora 1447H
Jemput Hadir ke Masjid ya 💪


Address

Tasek Gelugor

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek Padang Menora posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share