Surau An-Nur, Taman Seri Menerong

Surau An-Nur, Taman Seri Menerong Dahulunya dikenali dengan Surau Taman Seri Menerong (STSM). Kini telah didaftarkan dengan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dengan nama Surau An-Nur

Surau An-Nur Taman Seri Menerong terletak lebih kurang 5km dari Pekan Tasek Gelugor dan 10km dari Pekan Kepala Batas. Bangunan asal yang digunakan merupakan sebuah rumah contoh yang diserahkan oleh PERDA pada tahun 1987 untuk dijadikan surau sementara berada dalam keadaan yang cukup uzur dan bahaya kerana kebocoran dan pada bahagian atas yang dibina menggunakan papan. Alhamdulillah, kertas kerja bagi merobohkan dan membina surau baru yang dibentang di Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah diluluskan melalui surat daripada Pejabat Agama Daerah Kepala Batas bertarikh 15 April 2011 (No. Rujukan : PADKB/PQ/10.000/1 (2)). Namun begitu, tiada dana diluluskan bagi pembinaan surau baru berkenaan. Menggunakan tabung wakaf sedia ada berjumlah lebih kurang RM10,000.00, kerja-kerja merobohkan dan membina surau baru yang memerlukan RM250,000.00 (Dua Ratus Lima Puluh Ribu) dimulakan pada 9 Jun 2014 dimana HANYA bergantung kepada SUMBANGAN/WAKAF daripada individu dan organisasi. Alhamdulillah, kerja pembinaan telah selesai pada September 2014. Solat jemaah pertama diadakan pada 5 Oktober 2014, iaitu Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 1435H. Namun begitu, Pihak Jawatankuasa Pembinaan Surau Baru Taman Seri Menerong masih mempunyai baki tertunggak RM100,000.00 (Seratus Ribu Sahaja) kepada kontraktor.

Address

Taman Seri Menerong
Tasek Gelugor
13300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau An-Nur, Taman Seri Menerong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau An-Nur, Taman Seri Menerong:

Shortcuts

Share