Surau Haji Ali

Surau Haji Ali Surau Kampung Parit 310 & Parit Lebai Akhir

Bismillahirrahmanirrahim Penghujung 5 Syawal.. Ramai yang dah balik ke kediaman masing² meninggalkan kampung halaman. Bu...
25/03/2026

Bismillahirrahmanirrahim
Penghujung 5 Syawal.. Ramai yang dah balik ke kediaman masing² meninggalkan kampung halaman. Buat warga kampung, acara kebendang dah kembali meriah. Walaupun tahun ni nampak gaya air untuk pertanian terlalu kekurangan. Tapi usaha tetap dilakukan demi mencari rezeki dalam meneruskan kehidupan.
Terima kasih buat semua penderma, penyumbang untuk tabung membangunkan semula surau Haji Ali. Tabung akan terus dibuka sehingga berdirinya surau baru. Update untuk jumlah terkumpul setakat hari ini...

Jumlah Terkumpul Tabung Membangunkan Semula Surau Haji Ali.
ID: JAIPK PBM S PB 09 05
Kemaskini data bank :
Tarikh : 25/03/2026
Masa : 5.21 pm
Baki di Bank Muamalat: RM 115,469.33

Alhamdulillah...terima kasih sekali lagi buat semua penyumbang.

Allahuakbar.... Allahuakbar....Allahuakbar....Bila takbir bergema makan berakhirlah sudah Ramadhan Al Mubarak. Tibalah S...
21/03/2026

Allahuakbar....
Allahuakbar....
Allahuakbar....
Bila takbir bergema makan berakhirlah sudah Ramadhan Al Mubarak. Tibalah Syawal ... Bulan kejayaan buat semua umat Islam yang berjaya melalui dengan Ramadhan dengan penuh amalan..
Alhamdulillah... Masih beri peluang kita bersama sama berselawat dan Solat Aidilfitri pagi ini di surau kenangan kita.
Alhamdulillah.
Tabung Kutipan Membangunkan semula Surau Haji Ali akan terus berjalan buat para penyumbang yang ingin menyumbang wakaf/derma.
Jumlah terkumpul sehingga
Tarikh : 21 Mac 2026
Jam : 7.45 pagi
Jumlah : rm109,254.33

Bismillahirrahmanirrahim Dah memasuki 28 Ramadan... Atas kalendar tinggal 2 hari ja lagi sebelum menjelmanya 1 Syawal. D...
17/03/2026

Bismillahirrahmanirrahim
Dah memasuki 28 Ramadan... Atas kalendar tinggal 2 hari ja lagi sebelum menjelmanya 1 Syawal. Dan pastinya hari ini ramai anak² rantau yang mula bergerak untuk kembali ke kampung halaman. Semoga semuanya selamat dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing.
Alhamdulillah... Kutipan derma/wakaf dan infak untuk membangunkan semula Surau Haji Ali, Parit 310 masih terbuka buat semua. Buat yang ingin merebut peluang di Bulan Ramadhan ini... Masih ada ruang masa lagi untuk menyumbang.
Kita update sedikit jumlah sumbangan semasa buat hari ni..:
Dana Membangunkan Semula Surau Haji Ali

ID: JAIPK PBM S PB 09 05

Kemaskini data bank :
Tarikh : 17/03/2026
Masa : 9.06 am
Jumlah sumbangan terkumpul : RM105,871.33

Alhamdulillah. Terima kasih buat semua penyumbang.

Bismillahirrahmanirrahim...Salam penghulu segala hari. Seminggu terakhir Ramadhan. Semoga kita semua terus istiqamah dal...
13/03/2026

Bismillahirrahmanirrahim...
Salam penghulu segala hari. Seminggu terakhir Ramadhan. Semoga kita semua terus istiqamah dalam menjalankan ibadah harian di bulan yang mulia ni.
Jom pakat rebut peluang dalam berwakaf/infak untuk membangunkan semula Surau Hj Ali yang dalam proses mengumpul dana.
Kita update sikit kutipan semasa:
Dana Pembangunan Surau Haji Ali.
ID: JAIPK PBM S PB 09 05

Kemaskini data bank :
Tarikh : 13/03/2026
Masa : 11.05 pg
Jumlah semasa : RM 95,883.33

Alhamdulillah...
Terima kasih buat semua penyumbang.

11/03/2026

Bismillahirrahmanirrahim
Salam 21 Ramadhan...
Lebih kurang 9 hari ja lagi Syawal bakal menjelang... Minggu mengejar lailatulqadar. Semoga kita beroleh kejayaan.
Update semasa jumlah kutipan wakaf/derma/infak untuk Dana Pembangunan Baharu Surau Haji Ali.
ID: JAIPK PBM S PB 09 05

Kemaskini data bank :
Tarikh : 11/03/2026
Masa : 6.27
Jumlah terkumpul : RM 83. 043. 33

Terima kasih buat semua yang menghulurkan.... Semoga segala kebaikan sentia bersama tuan/puan.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍMeniti minggu terakhir Ramadhan. Masing² m...
10/03/2026

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Meniti minggu terakhir Ramadhan. Masing² menghitung hari mengira waktu untuk bercuti, kembali ke kampung halaman. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.
Update semasa untuk Dana Pembangunan Semula Surau Haji Ali.
ID: JAIPK PBM S PB 09 05
Kemaskini data bank :
Tarikh : 10/03/2026
Hari : Isnin
Masa : 10.50 pm
Jumlah sumbangan terkumpul : RM 81. 920.33

Terima kasih di atas dokongan dan sokongan anda. InsyaAllah akan terdirilah surau baru Haji Ali.
Insyaallah..

Bismillahirrahmanirrahim..Pecutan 10 malam terakhir Ramadhan bermula esok. Jom berwakaf untuk pembangunan semula Surau k...
08/03/2026

Bismillahirrahmanirrahim..
Pecutan 10 malam terakhir Ramadhan bermula esok.
Jom berwakaf untuk pembangunan semula Surau kami.. terima kasih YB atas review dan ziarah surau serta menjadi imam terawih beberapa malam yang lepas.

Bismillahirrahmanirrahim Sudah memasuki separuh Ramadan.. semoga kita semua diberikan kecairan yang baik dalam menjalani...
05/03/2026

Bismillahirrahmanirrahim
Sudah memasuki separuh Ramadan.. semoga kita semua diberikan kecairan yang baik dalam menjalani ibadah Puasa tahun ni.

Alhamdulillah...
Dana Pembangunan Semula Surau Haji Ali, Parit 310, Bagan Tiang,
ID: JAIPK PBM S PB 09 05
Kemaskini data bank :
Tarikh : 05/03/2026
Hari : Khamis :
Masa : 3.00 pg
Baki Bank Muamalat: RM 76,925.13.

Alhamdulillah,Terima kasih di atas dokongan dan sokongan anda. InsyaAllah akan terdirilah hendaknya surau baru Haji Ali nanti. Aaamiiin.

Berbaki lebih kurang 2minggu lagi bulan Ramadan tahun ni, jom pakat berwakaf, menderma di Bulan yg mulia ini.
Assalamualaikum.

Harmain bin Wahab.
Setiausaha.
Surau Haji Ali.

Bismillahirrahmanirrahim...Ya Ramadhan...10 hari yang penuh gemilang dan kejayaan dilalui... Lebih kurang 20 hari sahaja...
28/02/2026

Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Ramadhan...
10 hari yang penuh gemilang dan kejayaan dilalui... Lebih kurang 20 hari sahaja lagi yang tinggal sebelum tibanya Syawal. Bulan yg penuh barokah, penuh dengan kemuliaan dengan berlipat kali ganda segala amalan.....
Alhamdulillah
DANA PEMBANGUNAN SEMULA SURAU BAHARU.
SURAU HAJI ALI.
PARIT 310, BAGAN TIANG.
---------------------------------------

Jumlah Baki Wang di Bank Muamalat.
TERKINI.

Tarikh : 28hb Feb 2026
Hari : Sabtu
Jam : 10.30 malam
Jumlah : RM 73,328.51
ID: JAIPK/PBM/S/PB/09/05

Terima kasih di atas sumbangan anda
Semoga Allah merahmati sekelian kita
yang berinfak, berwakaf dan menyumbang derma.

Bismillahirrahmanirrahim..Ramadhan Al Mubarak memasuki hari ketiga. Alhamdulillah solat tarawikh berjalan lancar dengan ...
20/02/2026

Bismillahirrahmanirrahim..
Ramadhan Al Mubarak memasuki hari ketiga. Alhamdulillah solat tarawikh berjalan lancar dengan apa yang ada dan semampunya.
Pelan perancangan pembangunan semula surau kita insyaallah akan bermula dalam bulan Syawal nanti. Perancangan pembangun semula berdasarkan design anak kariah Surau Haji Ali dan terbahagi dalam 4 peringkat pembinaan. Pembinaan dianggarkan rm400k.
Hasil sumbangan/wakaf/infak setakat 20 Feb 2026 jam 4 ptg dah terkumpul sebanyak RM71,675.81. Alhamdulillah.
Dan di bulan Ramadhan yg mulia ini, buat yang ingin menderma, wakaf dan infak bolehlah terus membuat sumbangan ke akaun Surau Gaji Ali di
Nombor Akaun : 08010002347710
Bank : Muamalat
Nama : Surau Gaji Ali
Didahului dengan terima kasih dari kami anak kariah Surau Gaji Ali.

Bismillahirrahmanirrahim...Ramadhan ya Ramadhan...Mintak maaf semua, admin lama tak update sebab kalut dengan kerja haki...
20/02/2026

Bismillahirrahmanirrahim...
Ramadhan ya Ramadhan...
Mintak maaf semua, admin lama tak update sebab kalut dengan kerja hakiki..
Late update untuk kali ni...
- Alhamdulillah pada Isnin 16 Feb 2026, TNB telah memasang meter baru.
- Selasa 17 Feb 2026, gotong royong pembersihan kawasan surau sebagai penyediaan ruang untuk solat terawih.
- Rabu 18 Feb 2026, view dan antara jemaah yg hadir untuk solat tarawikh.
Alhamdulillah dan terima kasih buat semua jemaah...

Salam penghulu segala hari..Salam Jumaat yang barokah.. Jumaat terakhir sebelum menjelangnya Ramadhan. Jom kita pakat² m...
13/02/2026

Salam penghulu segala hari..
Salam Jumaat yang barokah.. Jumaat terakhir sebelum menjelangnya Ramadhan. Jom kita pakat² menambahkan sedekah dan wakaf.
Update semasa untuk derma dan wakaf pembangunan semula Surau Haji Ali setakat hari ni 12/Februari 2026 jam 1200 tgh hari... Jumlah terkumpul sebanyak RM64,460.81. Terima kasih buat semua yang menyumbang derma, wakaf dalam misi mengumpul dana sebanyak RM400k buat pembangunan semula surau kami.
Alhamdulillah...

Address

Parit 310, Bagan Tiang
Tanjung Piandang
34250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Haji Ali posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category