Masjid At-Taqwa Proton City

Masjid At-Taqwa Proton City Masjid ini dibina pada tahun 2006. Ia dirasmikan oleh Almahrum Sultan Azlan Shah Muhibbudin Shah. Masjid ini dibina diatas keluasan tanah 0.96 ekar.

SEJARAH

Pada asalnya masjid ini dibina atas kapasiti sebagai surau. Ianya merupakan salah satu program sumbangan sosial kepada komuniti Proton City oleh Proton City Development. Ianya siap sepenuhnya pada bulan Jun 2006 dan telah mendapat kekukusan CF dari Majlis Daerah Tanjong Malim pada bulan Ogos 2009. Oleh sebab keperluan yang mendesak untuk penduduk menunaikan solat Jumaat, maka Pengerusi da

n Ahli Jawatankuasa Surau membuat permohonan bagi menukar taraf surau ke masjid diri Jumaat. Alhamdulilah, permohonan dan permintaan ini diluluskan atas usaha, doa dan harapan semua penduduk di sini. Akhiarnya surau ini dinaik taraf kepada Masjid Al Hidayah Proton City pada hari Jumaat 16 Januari 2009. Bermulalah detik bersejarah apabila penduduk di sini buat pertama kalinya mendirikan solat Jumaat di masjid ini. Pada 18 Disember 2009 (1 Muharram 1431H) sempena dengan sambutan Maal Hijrah peringkat Negeri Perak, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan telah berkenan untuk merasmikan Masjid ini dan memperkenankan nama baru Masjid At Taqwa

Tahniah diucapkan kepada seluruh anak-anak ahli kariah Masjid At-Taqwa yang telah menerima keputusan SPM 2025 pada hari ...
31/03/2026

Tahniah diucapkan kepada seluruh anak-anak ahli kariah Masjid At-Taqwa yang telah menerima keputusan SPM 2025 pada hari ini.

Sesungguhnya kejayaan ini adalah hasil usaha gigih, doa yang berterusan serta sokongan padu daripada ibu bapa, guru-guru dan masyarakat sekeliling. Semoga pencapaian yang diraih menjadi pemangkin untuk terus melangkah lebih jauh dalam menuntut ilmu dan membina masa depan yang cemerlang.

Kepada yang memperoleh keputusan yang membanggakan, teruskan kecemerlangan. Bagi yang belum mencapai sasaran, jangan berputus asa—setiap perjalanan mempunyai hikmah dan peluang tersendiri.

Semoga kalian semua menjadi generasi berilmu, berakhlak mulia dan mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Ikhlas daripada
Pengurusan Masjid At-Taqwa

🌙 Solat Sunat Aidilfitri 1447H 🌙Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Sukacita dimaklumkan bahawa Masjid At-Taqwa P...
20/03/2026

🌙 Solat Sunat Aidilfitri 1447H 🌙

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Sukacita dimaklumkan bahawa Masjid At-Taqwa Proton City akan mengadakan Solat Sunat Aidilfitri seperti ketetapan berikut:

🗓 1 Syawal 1447H (Sabtu)
🕣 8.30 pagi

👳🏻‍♂️ Imam: Sdr. Muhammad Khalil Husory bin Khaidzir
🕌 Khatib: Prof. Madya Dr. Ibrahim bin Hashim

Sehubungan itu, seluruh ahli kariah dan umat Islam dijemput hadir bagi bersama-sama menghidupkan pagi Syawal dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

✨ Marilah kita meraikan hari kemenangan ini dengan memperbanyakkan takbir, tahmid dan tahlil serta mengeratkan silaturrahim sesama kita.

📌 Nota: Hadirlah lebih awal bagi melancarkan urusan dan menjaga keselesaan bersama.

🌸 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin 🌸

Ikhlas daripada,
Pihak Pengurusan Masjid At-Taqwa Proton City

🌙 Salam Aidilfitri 1447H 🌙Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, pihak...
20/03/2026

🌙 Salam Aidilfitri 1447H 🌙

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, pihak Masjid At-Taqwa Proton City ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh ahli kariah serta umat Islam di mana jua berada.

Sesungguhnya, Syawal yang menjelma adalah tanda kemenangan setelah kita menempuh madrasah Ramadan dengan penuh kesabaran, keikhlasan dan pengorbanan. Semoga segala amal ibadah kita diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

✨ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para dermawan, penyumbang, sukarelawan serta semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa dan harta demi kemakmuran Masjid At-Taqwa Proton City sepanjang Ramadan yang lalu. Sumbangan dan keprihatinan anda amat besar maknanya dalam menjayakan pelbagai program serta membantu mereka yang memerlukan.

Semoga segala kebaikan yang dicurahkan dibalas dengan ganjaran berlipat ganda oleh Allah SWT.

Akhir kata, semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita.

🌸 Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin 🌸

Ikhlas daripada,
Pihak Pengurusan Masjid At-Taqwa Proton City

04/09/2025
Selamat menunaikan ibadat haji kepada 8 orang ahli kariah Masjid At-Taqwa Proton City.Semoga Allah SWT membekalimu sekal...
30/04/2025

Selamat menunaikan ibadat haji kepada 8 orang ahli kariah Masjid At-Taqwa Proton City.

Semoga Allah SWT membekalimu sekalian dengan ketaqwaan, mengampuni dosamu, dan memudahkanmu di mana sahaja kamu berada dan mendapat haji yang mabrur.

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah SWT, pada pagi Jumaat yang penuh dengan kemuliaan ini, masjid kita dikunjungi oleh s...
08/11/2024

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah SWT, pada pagi Jumaat yang penuh dengan kemuliaan ini, masjid kita dikunjungi oleh seorang hamba Allah yang pemurah iaitu Tuan Hj Abdul Rahman (sahabat Pak Ngah) dan isterinya dari Bandar Baru Bangi dan telah menyumbangkan satu naskah Al Quran besar dan 'stand' bagi kegunaan imam dan juga jemaah masjid kita.

Semoga Allah memberkati sumbangan ini dan Allah gantikan ianya dengan sebaik-baik ganjaran kepada Tuan Hj Abdul Rahman sekeluarga dunia dan akhirat.

Terima kasih juga kepada AJK masjid dan jemaah-jemaah yang hadir pada majlis penyerahan tadi.

Van jenazah Masjid At-Taqwa Proton City kini berwajah baharu setelah di”tinted”. Pemasangan “tinted” ini telah ditaja se...
27/10/2024

Van jenazah Masjid At-Taqwa Proton City kini berwajah baharu setelah di”tinted”. Pemasangan “tinted” ini telah ditaja sepenuhnya Kedai Dr Tinted.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pemilik perniagaan ini iaitu En Din dan para pekerjanya.

Ahli kariah Proton City yang bercadang nak pasang “tinted” boleh la ke kedai ini yang terletak di Behrang Residence.

Address

Jalan Kempas 7
Tanjung Malim
35900

Telephone

0195737731

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid At-Taqwa Proton City posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share