Surau Kampung Simpang Empat

Surau Kampung Simpang Empat Surau Kampung Simpang Empat, Tg Malim

*MAKLUMAN PENYERTAAN IBADAH KORBAN 2026 SURAU KG SIMPANG EMPAT*💰 Kadar satu bahagian: RM850Kepada yang berminat untuk me...
31/03/2026

*MAKLUMAN PENYERTAAN IBADAH KORBAN 2026 SURAU KG SIMPANG EMPAT*
💰 Kadar satu bahagian: RM850

Kepada yang berminat untuk menyertai, sila hubungi Hj Fakrul 019-3331037.
Tempat adalah terhad. Penyertaan akan ditutup apabila kuota penuh.

Sekian, terima kasih.

🟢 MORNING WALK BERMULA MINGGU INI! 🟢Assalamualaikum wbt!Jom kita keluar pagi-pagi bermula minggu ni, pihak surau ajak se...
10/09/2025

🟢 MORNING WALK BERMULA MINGGU INI! 🟢

Assalamualaikum wbt!

Jom kita keluar pagi-pagi bermula minggu ni, pihak surau ajak semua buat Morning Walk.

Kita jalan santai-santai, sambil hirup udara segar, borak dengan jiran-jiran, kenali jiran yang baharu.

Badan sihat, minda pun ceria!

Tarikh: 13 September 2025, Sabtu
Masa: Lepas Subuh, 7.00 pagi
Tempat kumpul: Surau Kg Simpang Empat

Jangan lupa ajak suami, isteri, anak2 & jiran sekali ya!

Biar komuniti kita meriah! ❤️

05/09/2025

Kontinjen Surau Kampung Simpang Empat sempena Perarakan Maulidur Rasul 1447/2025 Peringkat Masjid Jamek Tanjong Malim

05/09/2025

Sambutan Hari Kemerdekaan 68 Surau Kampung Simpang Empat

Pengumuman Sambutan Hari Kebangsaan 2025Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Sempena Hari Kebangsaan Malaysia ke-68, semu...
18/08/2025

Pengumuman Sambutan Hari Kebangsaan 2025
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sempena Hari Kebangsaan Malaysia ke-68, semua penduduk Kampung Simpang Empat dijemput hadir ke Program Sambutan Hari Kebangsaan pada:

Tarikh: 31 Ogos 2025 (Ahad)
Masa: 7.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Perkarangan Surau Kampung Simpang Empat

Antara acara menarik yang bakal diadakan ialah Perarakan dan Laungan Merdeka, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Pakaian Bertema Kebangsaan, Timbang Bola Takraw, Cabutan Bertuah, dan Jamuan Merdeka. Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah kotak misteri!

Mari bersama-sama kita menyemarakkan semangat perpaduan dan menjiwai erti kemerdekaan. Kehadiran anda sekeluarga amat dihargai.

Makluman Gotong-Royong Amal Jama'iAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Semua ahli kariah dijemput hadir ke program...
18/08/2025

Makluman Gotong-Royong Amal Jama'i

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Semua ahli kariah dijemput hadir ke program Gotong-Royong Amal Jama‘ie untuk membersihkan dan menceriakan Surau Kampung Simpang Empat.

Butiran program:
Tarikh: 24 Ogos 2025 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi

Sarapan pagi akan disediakan. Sila bawa peralatan pembersihan sewajarnya.

Jom bersama-sama kita membersihkan surau, menyucikan hati, dan mengeratkan ukhuwah!

[ALHAMDULILLAH – TERIMA KASIH SEMUA!]Assalamualaikum semua!Alhamdulillah, dengan izin Allah, Majlis Raya Surau Kampung S...
27/04/2025

[ALHAMDULILLAH – TERIMA KASIH SEMUA!]

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, dengan izin Allah, Majlis Raya Surau Kampung Simpang Empat malam tadi berjalan lancar, penuh tawa, ukhwah dan keberkatan.
Syukur tak terhingga!

Terima kasih yang tak terhingga kepada:
❤️ Semua penyumbang – tunai, makanan, hadiah, bunga api
❤️ Semua AJK yang bertungkus-lumus dari pagi sampai malam
❤️ Semua ahli kariah yang hadir, memeriahkan & menyokong

Setiap sumbangan, setiap senyuman, setiap peluh yang mengalir, semuanya Allah kira, insya-Allah!

Semoga Allah SWT membalas jasa kalian semua dengan keberkatan rezeki, kesihatan, dan kasih sayang tanpa henti.
Sampai jumpa lagi di program akan datang!
Kita kekalkan semangat ini, insya-Allah!

09/03/2025

🍲Alhamdulillah, rezeki Ramadan lebih bermakna bila dikongsi! Hari ini, surau jadi meriah—ada yang kupas ubi, ada yang kacau bubur, ada yang jadi ‘pemerhati tetap’ dan paling untung, tukang rasa! 😆Aroma bubur yang mendidih, gelak tawa gotong-royong, dan semangat memberi—itulah nikmat sebenar Ramadan. Bubur siap, hati pun tenang, ukhuwah semakin erat! 🤍Semoga setiap suapan membawa keberkatan dan pahala berpanjangan. Ramadan, bulan memberi—jom teruskan tradisi berkongsi! ✨

TAJAAN IHYA’ RAMADAN 1446HSurau Kampung Simpang Empat membuka peluang kepada para jemaah dan dermawan untuk menyumbang b...
21/01/2025

TAJAAN IHYA’ RAMADAN 1446H
Surau Kampung Simpang Empat membuka peluang kepada para jemaah dan dermawan untuk menyumbang bagi menjayakan program Ihya’ Ramadan tahun ini.

Sumbangan tuan/puan akan digunakan untuk:
✅ Penyediaan iftar dan moreh berjemaah
✅ Aktiviti solat sunat terawih, solat sunat tasbih, tahlil arwah.
✅ Tadarus dan khatam Al Quran
✅ Sumbangan kepada kanak-kanak
✅ Sumbangan kepada golongan asnaf

Mari kita rebut peluang ini untuk melipatgandakan pahala di bulan mulia!

Sekalung tahniah diucapkan kepada YBhg Brig Jen Dato’ Zulkiffli Haji Musa di atas pengurniaan Darjah Kebesaran DIMP
03/12/2024

Sekalung tahniah diucapkan kepada YBhg Brig Jen Dato’ Zulkiffli Haji Musa di atas pengurniaan Darjah Kebesaran DIMP

✨SAMBUTAN HARI TERBUKA AIDILFITRI KAMPUNG SIMPANG EMPAT TAHUN 2024✨Surau Kampung Simpang Empat, JPKK Kg Berop, Persatuan...
26/04/2024

✨SAMBUTAN HARI TERBUKA AIDILFITRI KAMPUNG SIMPANG EMPAT TAHUN 2024✨

Surau Kampung Simpang Empat, JPKK Kg Berop, Persatuan Kebajikan Komuniti Islam Kampung Simpang Empat (PKKIKSE) dan PETRON Hulu Bernam akan menganjurkan sambutan hari terbuka aidilfitri seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 28 April 2024 (Ahad)
Masa : Selepas Isyak
Tempat : Surau Kampung Simpang Empat
Tema Pakaian : Baju Hari Raya

TENTATIF PROGRAM
8.00 malam : Tazkirah Maghrib oleh penceramah jemputan
8.30 malam : Solat Isyak secara berjemaah di surau
9.00 malam : Ahli Kariah dan jemputan mengambil tempat masing-masing
: Ucapan Pengarah Program
: Jamuan makan
: Pemberian duit raya kepada kanak-kanak
: Cabutan bertuah 1
: Pengumuman pemenang best costume
: Cabutan bertuah 2
: Gotong royong mengemas kawasan
11.30 malam : Bersurai

Semua dijemput hadir beramai-ramai😍😍😍😍

Ihya Ramadan Surau Kampung Simpang Empat 2024 Memasak bubur 2/2024 Sabtu, 7 April 2024 telah dilaksanakan gotong royong ...
07/04/2024

Ihya Ramadan Surau Kampung Simpang Empat 2024

Memasak bubur 2/2024

Sabtu, 7 April 2024 telah dilaksanakan gotong royong memasak bubur biji nangka di Surau Kampung Simpang Empat. Terima kasih kepada ahli kariah yang memberi sumbangan harta, tenaga dan masa dalam menjayakan program ini.

Berikut dikongsikan resepi untuk rujukan masa hadapan.

Bubur Biji Nangka

‌Tepung Pulut 10kg
‌Tepung Beras 1kg (ikut keperluan)
‌Tepung Gandum 1kg
‌Gula 9kg
‌Halia Muda1/2 kilo
‌Halba 15gram
‌Garam segenggam (secukupnya)
‌Daun Pandan
‌Santan Kotak 10kg
‌200 bekas

Bancuh tepung pulut, campur tepung gandum, air, garam sket.. gentel jadi saiz biji nangka.

Rebus sehingga timbul

*Kuah.*
Rebus air, masuk daun pandan, gula bila dah mendidih.

Masukkan halba, halia.

Masukkan santan, garam.

Masukkan biji nangka

Masak lama dan masukkan bancuhan tepung beras ikut kepekatan.

Address

Kampung Simpang 4
Tanjung Malim
35900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Kampung Simpang Empat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share