05/03/2025
Mengikut tradisi Gereja Anglikan sebagaimana termaktub dalam Buku Doa Umum, suatu kebaktian yang digelarkan "Amang" akan diadakan pada Hari Pertama Musim Pra-Paskah ataupun yang dikenali sebagai "Hari Rabu Abu". Kebaktian Amang ini adalah khusus untuk mengingatkan semua kita tentang bahayanya jika kita tidak bertaubat di samping memberi kelegaan kepada sesiapa benar-benar taubat selepas mendengar kutukan Tuhan terhadap sesiapa yang tidak bertaubat.
Antara kandungan tulisan, "SEKARANG melihat bahawa semua orang yang sombong dan menyimpang daripada perintah-perintah Allah dilaknati [Maz. 119: 21], mari kita kembali kepada TUHAN [Hos. 6:1] dengan hati yang hancur dan sesal [Maz. 51:17], menangisi dan meratapi kehidupan kita yang berdosa, mengetahui dan mengakui kesalahan kita, berusaha untuk buktikan dengan perbuatan bahawa kita telah bertaubat [Lukas 3:8]. Sebab kapak sudah terletak pada akar umbi pokok. Setiap pokok yang tidak menghasilkan buah yang baik akan ditebang dan dihumbankan ke dalam api [Mat. 3:10].
Buanglah daripada dirimu segala pelanggaran yang kamu lakukan, milikilah hati yang baru serta roh yang baru. Mengapa kamu harus mati, wahai keturunan kaum Israel? Sesungguhnya, Aku tidak menyukai kematian yang harus ditanggung seseorang, demikianlah firman Tuhan ALLAH. Oleh sebab itu bertaubatlah dan hiduplah. [Yeh. 18:30-32].” Jika sesiapa berbuat dosa, kita mempunyai seorang Pembela ke hadirat Bapa, iaitu Yesus Kristus Yang Benar itu. Dialah korban pendamaian bagi dosa kita [1 Yoh. 2:1b-2], kerana Dia terluka oleh sebab segala pelanggaran kita, Dia dihancurkan oleh sebab segala kesalahan kita [Yes. 53:5a].
Oleh itu, marilah kita berpaling kepada-Nya, yang merupakan penerima semua pendosa yang benar-benar bertaubat dengan berbelas kasihan, dan meyakinkan diri kita bahawa Dia sudah bersedia untuk menerima kita, dan paling rela untuk mengampuni kita. Jika kita pergi kepada-Nya dengan pertaubatan yang setia, jika kita menyerahkan diri kepada-Nya, dan bermula untuk berjalan dalam jalan-Nya; jika kita memikul kuk-Nya dan beban ringan-Nya kepada kita, untuk mengikuti-Nya dengan kerendahan hati, kesabaran, dan kasih, dan dipimpin oleh pemerintahan Roh Kudus-Nya, selalu mencari kemuliaan-Nya, dan melayani-Nya dengan benar dalam panggilan kita, dengan kesyukuran. Sekiranya kita melakukannya, Kristus akan membebaskan kita daripada kutukan hukum-hukum, dan daripada laknat yang berat, yang akan menerangi mereka yang akan berada di sebelah kiri dan dia akan meletakkan kita di sebelah tangan kanan-Nya dan mengurniakan kita karunia Bapa yang diberkati, memerintahkan kita untuk mewarisi kerajaan-Nya yang termulia, iaitu tempat yang Dia janji untuk membawa kita semua, atas belas kasihan-Nya yang tak terhingga. Amin."
Selepas mendengar teks yang diatas, ahli jemaah akan melafazkan Mazmur 51 sebagai respon untuk mengakui dosa mereka. Diharapkan semua akan menggunabaik musim ini untuk merenungkan diri dengan mendalami Firman Allah agar kita menjadi seorang umat yang selalunya takut dan taat kepada Allah.