Surau At-Taqwa Taman Desa Mawar

Surau At-Taqwa Taman Desa Mawar Surau is an Islamic assembly building in some regions of Sumatra and the Malay Peninsula used for worship and religious instruction.

Generally smaller physical structures, its ritual functions are similar to a mosque.

Tarbiyah dan Ukhuwah ...selesai kuliah subuh..sarapan pagi bersama ahli kariah...
30/07/2022

Tarbiyah dan Ukhuwah ...selesai kuliah subuh..sarapan pagi bersama ahli kariah...

Bicara Khutbah Jumaat 17 Jun 2022 Bersamaan 17 Zulka'edah 1443,Ialah Bicara Tentang Hati.
17/06/2022

Bicara Khutbah Jumaat 17 Jun 2022 Bersamaan 17 Zulka'edah 1443,
Ialah Bicara Tentang Hati.

IBADAH Korban dan FadhilatnyaBILA masuk bulan Zulhijjah umat Islam di seluruh dunia berlumba-lumba untuk menunaikan ibad...
17/06/2022

IBADAH Korban dan Fadhilatnya

BILA masuk bulan Zulhijjah umat Islam di seluruh dunia berlumba-lumba untuk menunaikan ibadah korban iaitu dengan menyembelih binatang seperti unta, lembu, kerbau dan kambing pada Hari Raya Adha iaitu tanggal 10 Zulhijjah dan hari-hari Tasyrik semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ibadah korban atau dalam bahasa arabnya disebut Udhiyah telah disyariatkan pada tahun kedua Hijrah berdasarkan kepada Al Quran, As Sunnah dan ijmak ulama.

Firman Allah yang bermaksud; “Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhan mu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” (Al Kauthar: 2)

Dan firman-Nya lagi yang bermaksud: “Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin di Mekah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu pada menyembelih unta yang tersebut ada kebanyakannya pada kamu,” (Al Haj: 36)

Dan hadis daripada Anas r.a di berkata bahawa Nabi Muhammad SAW telah menyembelih dua ekor kambing berwarna putih yang mempunyai dua tanduk. Saya melihat Baginda SAW meletakkan kambing itu di bawah dua kakinya dengan menyebut Allah dan bertakbir dan Baginda menyembelih dengan tangannya.” (Nailul Awtar jilid 5 129-130)

Dan seluruh ulama telah sampaikan tentang persyaritan ibadah korban ini. Antara kelebihan ibadah korban ialah seperti hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah radhiallahu anha Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya; “Tidak ada amalan anak Adam daripada amal di hari Raya Udhiyah yang lebih disukai oleh Allah daripada mengalirkan darah binatang korban. Sesungguhnya ianya akan datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya dan rambutnya serta kuku-kukunya dan sesungguhnya darah korban akan diterima oleh Allah sebelum daripada menitisnya darah korban di bumi.” (Diriwayatkan oleh At Tarmidzi)

Hikmah di sebalik pensyariatan ibadah korban ialah tanda kesyukuran atas nikmat Allah yang tidak terkira banyaknya dikurniakan sepanjang tahun dan juga dengan menunaikan ibadah korban boleh menghapuskan dosa-dosa kecil serta ibadah korban juga sedikit sebanyak boleh meringankan beban orang yang dalam kesempitan.

Selain dari itu ibadah korban diadakan untuk mengingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s yang hendak mengorbankan anaknya Nabi Ismail sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Nabi Ibrahim berkata; “Wahai anak kesayanganku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelih mu maka fikirkanlah apa pandangan mu. Anaknya menjawab; “Wahai ayah jalankan apa yang diperintahkan kepada mu, insya Allah ayah akan mendapati aku dari orang-orang yang sabar.” (Ash Shaffat: 102)

Hukum-hukum berkaitan ibadah korban

Kebanyakan ulama berpendapat bahawa menunaikan ibadah korban adalah sunat muakad maka makruh orang yang ada kemampuan untuk tidak melakukannya berdasarkan kepada hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Bahawasanya Nabi telah menyembelih dua ekor kambing berwarna putih yang mempunyai dua tanduk yang mana Nabi SAW menyembelih sendiri dengan tangannya.” (Bukhari dan Muslim)

Dan hadis daripada Ummu Salamah yang bermaksud: “Jika kamu melihat bulan Zulhijjah dan jika kamu hendak menyembelih binatang korban hendaklah kamu tidak memotong kuku dan rambutnya.” (Muslim)

Dalam Mazhab Syafie bahawa hukum menyembelih seekor binatang korban itu adalah sunat kifayah iaitu memadai bagi ketua rumah dan seisinya berdasarkan kepada hadis Mihnaf Sulaim katanya; “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda; “Wahai sekalian manusia bagi tiap-tiap ahli keluarga dan tiap-tiap tahun itu satu binatang korban.” (Ibnu Majah dan At Tarmidzi)
Adalah diriwayatkan bahawa Syadina Abu Bakar dan Syadina Umar Al Khattab r.a tidak menyembelih korban kerana bimbang orang ramai akan menganggap ianya wajib.

Pada dasarnya hukum menyembelih korban itu adalah sunat muaakad tetapi boleh bertukar menjadi wajib dalam dua keadaan: Pertama jika ianya dinazarkan kerana sabda Rasulullah SAW maksudnya; “Barangsiapa yang bernazar untuk mentaati Allah dan Rasul-Nya maka hendaklah dia mentaati-Nya walaupun jika dia mati hendak dia menggantikan apa yang telah dinazarkan.”

Yang kedua jika binatang korban itu telah ditentukan umpama dia berkata, lembu itu untuk dikorbankan atau yang kambing ini kerana Allah.

Waktu penyembelihan korban ianya selepas terbit matahari pada Hari Raya Adha dan selepas selesai solat sunat Aidil Adha sekalipun ke tanggal 13 hari Tasyrik. (Hadis diriwayat Al Barra’)

Sampai Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya perkara yang mula-mula kami lakukan pada hari ini (hari Aidil Adha) bahawa kami lakukan solat Aidil Adha kemudian kami balik rumah dan lepas itu kami sembelih korban. Barang siapa yang lakukan demikian ia telah menepati sunahku dan siapa yang menyembelih korban sebelum itu maka dagingnya menjadi daging yang diberikan kepada ahlinya dan bukan dari daging korban.

Kepada mereka yang melakukan ibadah korban disunatkan menyembelih binatang korbannya dengan membawa Bismillah, Allahu Akhbar, Allahuma Haza An Falan, maksudnya; “Dengan Nama Allah, Allah Yang Maha Besar binatang korban ini daripada si fulan bin fulan maka terimalah amalan korban kami. Kepada yang tidak pandai menyembelih sebaik-baiknya dia datang menyaksikannya.”

Sabda Rasulullah maksudnya; “Kepada Fatimah r.a, Ya Fatimah bangun dan saksikan binatang korban kamu maka sesungguhnya Allah mengampunkan dosa kamu ketika darah korban mula menitis ke bumi, bagi tiap dosa yang kamu lakukan.”

Disunatkan bagi orang yang menunaikan korban untuk makan sedikit daripada daging korbannya dan menghadiahkan bakinya kepada kaum kerabat dan yang bahagiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Sabda Rasulullah SAW maksudnya; “Makanlah dan berilah makan kepada (fakir miskin) dan simpan sedikit”.



Perkara dan pemandangan palin sedih bila pi ziarah orang meninggal bila tiada waris dok teman simayat ...
17/06/2022

Perkara dan pemandangan palin sedih bila pi ziarah orang meninggal bila tiada waris dok teman simayat ...

Assalamualaikum wbt tuan2 dan puan2.Makluman Zakat Fitrah Tahun 20221. Masa kutipan selepas solat tarawih dan selepas so...
03/04/2022

Assalamualaikum wbt tuan2 dan puan2.

Makluman Zakat Fitrah Tahun 2022

1. Masa kutipan selepas solat tarawih dan selepas solat Jumaat di surau.
2. Masa lain di rumah amil fitrah - maklumkan lebih awal (No 10 Jln 1/1 - 0134310923)
3. Kadar zakat fitrah masih sama - RM7.00
4. Kempen galakan bayar zakat mengikut jenis beras dimakan masih berjalan - RM7.00 atau RM14.00 atau RM21.00
5. Bawa duit secukupnya mengikut bilangan tanggungan yang hendak dibayar.
6. Penting untuk bawa kad pengenalan bagi urusan pengecualian cukai (maklumat bayaran terus terhubung kepada LHDN).
7. Patuhi semua SOP semasa melakukan bayaran.

Jazakallahu khairal jaza'.

Alhamdulillah.Solat Jumaat Minggu Kedua di Surau Jumaat At-Taqwa Taman Desa Mawar.
06/08/2021

Alhamdulillah.

Solat Jumaat Minggu Kedua di Surau Jumaat At-Taqwa Taman Desa Mawar.

📌 SIRI KULIAH SUBUH👳🏻 USTAZ ZULKIFLI MAT YATIM🗓 AHAD 16/8/2020⏰ SELEPAS SOLAT FARDHU SUBUH📚 PENGAJIAN KITAB : KEPERIBADI...
15/08/2020

📌 SIRI KULIAH SUBUH
👳🏻 USTAZ ZULKIFLI MAT YATIM
🗓 AHAD 16/8/2020
⏰ SELEPAS SOLAT FARDHU SUBUH
📚 PENGAJIAN KITAB : KEPERIBADIAN MUSLIM
*Jemput hadir & sebarkan seluasnya*

23/03/2020

Kelebihan duduk di rumah ketika wabak bahaya melanda

من جلس في بيته في وقت وقوع الطاعون فله أجر الشهيد وإن لم يمت
_______
عن عائشة أم المؤمنين رضي الله عنها قالت : سألتُ رسولَ اللهِ ﷺ عن الطاعونِ ، فأخبَرَني رسولُ اللهِ ﷺ: أنَّه كان عَذابًا يَبعَثُه اللهُ على مَن يَشاءُ، فجعَلَه رَحمةً للمُؤمِنينَ، *فليس مِن رَجُلٍ يَقَعَ الطاعونُ فيَمكُثُ في بَيتِه صابرًا مُحتَسِبًا يَعلَمُ أنَّه لا يُصيبُه إلّا ما كَتَبَ اللهُ له إلّا كان له مِثلُ أجْرِ الشَّهيدِ.

إسناده صحيح على شرط البخاري • أخرجه البخاري (٣٤٧٤)، والنسائي في «السنن الكبرى» (٧٥٢٧)، وأحمد (٢٦١٣٩) واللفظ له........................
قال ابن حجر : "اقتضى منطوق الحديث أن من اتصف بالصفات المذكورة يحصل له أجر الشهيد وإن لم يمت "
[فتح الباري (194/10)]

Barangsiapa yang duduk di rumahnya disebabkan wabak maka baginya pahala seumpama mati syahid sekalipun tidak mati.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Tidaklah seorang lelaki yang ditimpa sakit taun (wabak termasuk Covid 19), lalu dia menahan diri duduk di rumah dengan penuh kesabaran dan mengharap ganjaran Allah, padahal dia tahu bahawa tiada yang akan menimpanya kecuali yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t kepadanya, dia mendapat ganjaran pahala seperti pahala orang mati syahid."
[Hadis Riwayat Bukhari]

Ini merangkumi sesiapa sahaja yang boleh bersabar, berharap dan bertawakkal kepada Allah, samada mati atau tidak akibat jangkitan situasi wabak yang sedang melanda kini dan duduk di rumah.

Assalamualaikum wbt.Kerja-kerja pembersihan surau telah dijalankan seperti arahan pihak berwajib. (gambar)Sebarang aktiv...
20/03/2020

Assalamualaikum wbt.

Kerja-kerja pembersihan surau telah dijalankan seperti arahan pihak berwajib. (gambar)

Sebarang aktiviti surau termasuk solat berjamaah ditangguhkan mulai 17 Mac hingga 17 April 2020
Arahan: JAIS

Address

Surau At-Taqwa, Jalan Desa Mawar 2, Taman Desa Mawar
Tanjung Karang
45500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau At-Taqwa Taman Desa Mawar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share