Masjid Jamik Kg PayaMas

Masjid Jamik Kg PayaMas Institusi Keagamaan & Kemasyarakatan

Selamat Hari Raya Eidul Adha 1447H Jika kita belum mampu menyembelih binatang korban, maka sembelihlah sifat sombong dal...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Eidul Adha 1447H

Jika kita belum mampu menyembelih binatang korban, maka sembelihlah sifat sombong dalam diri kita

Jika kita belum mampu melempar di Jamrah Aqabah, maka lemparlah sifat kebencian dan ego dalam hati kita

Jika kita belum mampu mengelilingi kabah, maka kelilingilah sanak saudara, jiran tetangga, dan sahabat handai untuk menjalin ukhuwah dan silaturrahim.

Sebahagian salaf menyebut:

ليس العيد لمن لبس الجديد ، إنما العيد لمن طاعاته تزيد

ليس العيد لمن تجمل باللباس و الركوب ، إنما العيد لمن غفرت له الذنوب

Bukanlah hari raya itu pada orang yang memakai pakaian baru, tetapi sebenarnya hari raya itu adalah bagi orang yang ketaatannya bertambah.

Bukanlah hari raya itu bagi orang yang kelihatan cantik pada pakaian dan kenderaan, tetapi hari raya itu sebenarnya adalah bagi orang yang telah diampunkan baginya segala dosa.

Imam Hasan Al-Basri rahimahullah berkata;

كل يوم لا يُعصى الله فيه فهو عيد

Setiap hari yang padanya tidak dilakukan derhaka kepada Allah maka ia adalah hari raya.

*Selamat Menyambut Hari Raya Eiduladha* buat seluruh Muslimin dan Muslimat. Semoga segala pengorbanan yang kita lakukan diterima Allah SWT dan menjadikan kita lebih dekat kepada-Nya.

تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ

PERHATIAN: WAKTU MUSTAJAB DOA HARI ARAFAH 🌙🇲🇾 Waktu Malaysia📆 26 Mei 2026 • Selasa • 9 Zulhijjah 1447H🕰 Anggaran waktu: ...
25/05/2026

PERHATIAN: WAKTU MUSTAJAB DOA HARI ARAFAH 🌙

🇲🇾 Waktu Malaysia

📆 26 Mei 2026 • Selasa • 9 Zulhijjah 1447H
🕰 Anggaran waktu: 5:18 petang – 11:57 malam

DOA YANG TERBAIK PADA HARI ARAFAH..

✔1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

✔2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

✔3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

✔4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

✔5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

✔6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

✔7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

✔8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

✔9. Ya Allah, apabila aku telah meninggal, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

✔10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

✔11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

✔12. Ya Allah, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam
✔13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

✔14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

✔15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

✔16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

✔17. Ya Allah, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

✔18. Ya Allah, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

✔19. Ya Allah, Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

✔20. Ya Allah,Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

✔21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

✔22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

✔23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

✔24. Ya Allah, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

✔25. Ya Allah, tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

✔26. Ya Allah, selamatkan aku dari kemunafikan.

✔27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

✔28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

✔29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

✔30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur,putus asa, salah laku dan syirik.

✔31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh
setiap hari.

✔32. Ya Allah, lembutkan hati kami untuk sentiasa mencintai Al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya.

✔33. Ya Allah, permudahkan segala urusan hutang kami dan kurniakan rezeki yang halal lagi berkat.

✔34. Ya Allah, jauhkan kami daripada penyakit hati seperti hasad dengki, riak, ujub dan fitnah.

✔35. Ya Allah, jadikan anak-anak kami anak yang soleh dan solehah, penyejuk mata dan hati kami.

✔36. Ya Allah, kurniakan ketenangan dalam rumah tangga kami dan jauhkan perselisihan serta perpecahan.

✔37. Ya Allah, jangan Engkau tarik nikmat iman dan Islam daripada kami walau sesaat.

✔38. Ya Allah, permudahkanlah kami untuk istiqamah dalam solat, sedekah dan melakukan amal soleh.

✔39. Ya Allah, lindungilah kami daripada segala musibah, kemalangan dan bencana yang tidak kami mampu hadapi.

✔40. Ya Allah, jadikan pengakhiran hidup kami dalam husnul khatimah dan dalam keadaan Engkau reda kepada kami.

✔41. Ya Allah, berikan kami hati yang tenang, jiwa yang sabar dan kehidupan yang penuh keberkatan.

✔42. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami yang lalu, yang tersembunyi mahupun yang nyata.

✔43. Ya Allah, murahkan rezeki kami tanpa hisab dan jauhkan kami daripada kesempitan hidup.

✔44. Ya Allah, jadikan kami insan yang sentiasa bersyukur di waktu senang dan bersabar di waktu susah.

✔45. Ya Allah, peliharalah lidah kami daripada berkata buruk, mengumpat dan menyakiti hati orang lain.

✔46. Ya Allah, kurniakan kepada kami sahabat-sahabat yang membawa kami semakin dekat kepada Mu.

✔47. Ya Allah, makbulkan segala doa dan hajat kami yang baik di dunia dan akhirat.

✔48. Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk terus berbuat baik walaupun dalam keletihan dan kesusahan.

✔49. Ya Allah, jadikan hari Arafah ini asbab untuk Engkau mengampunkan seluruh dosa kami.

✔50. Ya Allah, temukan kami kembali dengan Ramadan dan Hari Arafah pada tahun-tahun akan datang dalam keadaan sihat dan beriman.

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin 🤲

Semoga kita semua menjadi penghuni SYURGA FIRDAUS. Hapuskan dosa kami, Ya Allah.

Tutup dgn selawat.

Sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda “Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat.”

Ya Allah, siapa pun juga yang komen Aamiin dan menekan butang Share LIMPAHKANLAH REZEKI Kepadanya, SIHATKANLAH Badannya, PANJANGKANLAH Umurnya.

Kun Fayakun. Balaslah dengan menulis Aamiin 🤲

KHUTBAH JUMAAT  📌MASJID JAMEK KAMPUNG PAYAMAS 🕌TAJUK : PEWARIS NABI, PEMBIMBING UMATTarikh : 15 Mei 2026M / 27 Zulkaedah...
15/05/2026

KHUTBAH JUMAAT 📌
MASJID JAMEK KAMPUNG PAYAMAS 🕌
TAJUK : PEWARIS NABI, PEMBIMBING UMAT
Tarikh : 15 Mei 2026M / 27 Zulkaedah 1447H

Firman Allah SWT di dalam Surah Ali Imran ayat ke 104 yang bermaksud :
" Dan hendaklah di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kebajikan (mengembangkan islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada perkara yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya "

KHUTBAH JUMAAT  📌MASJID JAMEK KAMPUNG PAYAMAS 🕌TAJUK : SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADANTarikh : 8 Mei 2026M / 20 Zulkaedah 1...
08/05/2026

KHUTBAH JUMAAT 📌
MASJID JAMEK KAMPUNG PAYAMAS 🕌
TAJUK : SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN
Tarikh : 8 Mei 2026M / 20 Zulkaedah 1447H

Firman Allah SWT di dalam Surah Luqman ayat ke 14 yang bermaksud :
" Dan kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik ) kepada kedua orang tuanya. Ibunya mengandungkannya dalam keadaan lemah yang tersangat-sangat, dan menyapihnya ketika usia 2 Tahun. Bersyukurlah kepada-ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu "

📢 MAKLUMAN RASMI: PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI JOHOR 🐄🕌Dimaklumkan kepada seluruh umat Islam di Negeri Johor bahawa ...
30/04/2026

📢 MAKLUMAN RASMI: PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI JOHOR 🐄🕌

Dimaklumkan kepada seluruh umat Islam di Negeri Johor bahawa pelaksanaan ibadah korban hendaklah dilaksanakan hanya di lokasi yang dibenarkan, iaitu:

✅ Rumah sembelihan yang berdaftar; atau
✅ Masjid dan surau yang mempunyai kemudahan serta telah mendapat kelulusan pihak berkuasa berkaitan.

Bagi masjid dan surau yang ingin melaksanakan ibadah korban, permohonan hendaklah dibuat kepada Kadi Daerah dan tertakluk kepada pematuhan kriteria yang telah ditetapkan termasuk kelulusan daripada Pejabat Veterinar.

⚠️ Kerjasama semua pihak amatlah dihargai bagi memastikan pelaksanaan ibadah korban berjalan dengan teratur, selamat dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

📲 Sila rujuk poster yang dilampirkan atau imbas kod QR untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.
Semoga ibadah korban kita diterima Allah SWT.

Unit Pengurusan Masjid dan Surau
Pejabat kadi Daerah Tangkak

KHUTBAH JUMAAT  📌MASJID JAMEK KAMPUNG PAYAMAS 🕌TAJUK : NIKMAT KEBERKATAN PADA USIATarikh : 17 April 2026M / 28 Syawal 14...
17/04/2026

KHUTBAH JUMAAT 📌
MASJID JAMEK KAMPUNG PAYAMAS 🕌
TAJUK : NIKMAT KEBERKATAN PADA USIA
Tarikh : 17 April 2026M / 28 Syawal 1447H

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Ankabut ayat ke 64 yang bermaksud :
" Dan (ingatlah bahawa) kehidupan didunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilai dengan kehidupan di akhirat ) hanyalah ibarat hiburan dan permainan. Dan Sesungguhnya negeri akhirat itu adalah kehidupan yang sebenarnya. Jika mereka mengetahui (Hakikat ini nescaya mereka tidak akan melupakan hari akhirat ) "

Majlis tahlil, doa selamat & marhaban 2026Cikgu Uminurain & Ustaz Haffi
27/03/2026

Majlis tahlil, doa selamat & marhaban 2026
Cikgu Uminurain & Ustaz Haffi

Adab Dan Sunnah Menyambut Hari Raya
20/03/2026

Adab Dan Sunnah Menyambut Hari Raya

🌙 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 🌙✨ Mohon Maaf Zahir & Batin ✨Pergi ke kebun memetik serai,Singgah sebentar membeli kelapa...
20/03/2026

🌙 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 🌙
✨ Mohon Maaf Zahir & Batin ✨

Pergi ke kebun memetik serai,
Singgah sebentar membeli kelapa.
Syawal tiba penuh berseri,
Masjid mengucap salam sejahtera.

Semoga segala amalan diterima Allah SWT,
dan ukhwah sesama kita terus diberkati.

Ikhlas daripada:
Pengerusi & Ahli Jawatankuasa
Masjid Jamek Kampung PayaMas

KHUTBAH JUMAAT 📌TAJUK : MENDIDIK JIWA DI HARI KEMENANGANTarikh : 20 Mac 2026M / 30 Ramadan 1447HDi antaranya ialah yang ...
20/03/2026

KHUTBAH JUMAAT 📌
TAJUK : MENDIDIK JIWA DI HARI KEMENANGAN
Tarikh : 20 Mac 2026M / 30 Ramadan 1447H

Di antaranya ialah yang hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah Al-Bahili :

مَنْ قَامَ لَيْلَتَيْ الْعِيدَيْنِ مُحْتَسِبًا لِلَّهِ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ

Maksudnya :” Sesiapa yang menghidupkan dua malam hari raya (aidiladha dan aidilfitri) kerana mengharapkan ganjaran kerana Allah. Maka hatinya tidak akan mati pada hari di mana matinya hati-hati (manusia).”
Riwayat Ibnu Majah

Address

Batu 18
Tangkak
84900

Telephone

+60183807735

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamik Kg PayaMas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share