Masjid Al Mustaqim Mukim Alor Pasir

Masjid Al Mustaqim Mukim Alor Pasir Juga dikenali sebagai Masjid Alor Pasir 17500 Tanah Merah, Kelantan

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَAl-FatihahDengan penuh rasa dukacita dimaklumkan pemergian:Allahyarham Azmi ...
02/07/2026

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Al-Fatihah

Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan pemergian:

Allahyarham Azmi Bin Jusoh
Mantan Siak Masjid Alor Pasir

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Surah Al-Fatihah dan mendoakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه، وأكرم نزله، ووسع مدخله، واجعل قبره روضة من رياض الجنة. آمين يا رب العالمين.

Semoga ahli keluarga Allahyarham diberi kekuatan, kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah. 🤲

Sabtu, 18 April 2026- Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Jamuan Rakyat dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Masjid Al-...
24/04/2026

Sabtu, 18 April 2026- Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Jamuan Rakyat dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Masjid Al-Mustaqim, Mukim Alor Pasir yang diadakan di pekarangan masjid bermula jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat serta para tetamu yang hadir. Pelbagai juadah hari raya telah disediakan untuk dinikmati bersama, sekali gus mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli kariah dan komuniti sekitar dalam suasana yang meriah dan harmoni, mencerminkan semangat kebersamaan serta perpaduan yang utuh. Pihak masjid ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini serta kepada para penyumbang yang telah memberikan sumbangan sama ada dalam bentuk tenaga, masa mahupun kewangan. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan diberkati dan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha memupuk ukhuwah dan semangat muafakat dalam kalangan masyarakat. Sekian, terima kasih.








20/03/2026

“Dalam gema takbir Aidilfitri, terhimpun rasa syukur dan doa yang mengalir tanpa henti’’. Sorotan rakaman takbir Raya Aidilfitri oleh AJK Masjid Al-Mustaqim Mukim Alor Pasir, Tanah Merah serta Kelab Belia Masjid Al-Mustaqim Mukim Alor Pasir, Tanah Merah.

20/03/2026
20/03/2026

18/03/2026

𝐊𝐇𝐔𝐓𝐁𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌

Kini anda boleh muat turun Teks dan Multimedia Siri Khas - Khutbah Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M di Portal Rasmi MAIK.


12/03/2026

Khutbah Jumaat Minggu ini Siri 11/2026 – 𝐊𝐄𝐈𝐒𝐓𝐈𝐌𝐄𝐖𝐀𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐈𝐋𝐀𝐓𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐀𝐑. Kini anda boleh muat turun Teks Khutbah dan Multimedia Khutbah di Portal Rasmi MAIK.


11/03/2026

Address

Mukim Alor Pasir
Tanah Merah
17500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al Mustaqim Mukim Alor Pasir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category