Masjid Mukim Lalang Pepuyu Official

Masjid Mukim Lalang Pepuyu Official Page Rasmi Masjid Mukim Lalang Pepuyu

01/06/2026
Di malam yang penuh kegembiraan Allah menguji salah seorang ahli Qaryah kita yang telah dijemput Ilahi pada malam Aidil ...
26/05/2026

Di malam yang penuh kegembiraan Allah menguji salah seorang ahli Qaryah kita yang telah dijemput Ilahi pada malam Aidil Adha
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Kamarudin bin Ilyas atas pemergian beliau ke rahmatullah.

Masjid menjadi saksi bahawa beliau antara jemaah yang istiqamah solat berjemaah di masjid.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, melimpahkan rahmat-Nya, serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga diberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah.

25/05/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dimaklumkan bahawa salah seorang jemaah masjid kita saudara Kamarudin bin Ilyas suami Mok Su Na puyu kini sedang tidak sedarkan diri akibat acsident dan kini berada di hospital Serdang.

Marilah sama-sama kita menadah tangan bersempena hari Tarwiyyah dan Arafah yang mulia memohon doa ke hadrat Allah SWT agar diberikan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan rawatan, dikurniakan kekuatan kepada ahli keluarga serta diangkat segala kesakitan beliau.

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

“Ya Allah Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah kesusahan dan sembuhkanlah, Engkaulah Maha Penyembuh, tiada kesembuhan melainkan kesembuhan daripada-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit.”

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan buat Kamarudin (Din) dan memberikan ketabahan kepada seluruh keluarga. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

Masjid Al AL AFLAH lalang pepuyu

Innalillahi wainna ilaihi raji’unDimaklumkan bahawa salah seorang anak Mukim Lalang Pepuyu, Aida binti Mustapha, adik ke...
25/05/2026

Innalillahi wainna ilaihi raji’un
Dimaklumkan bahawa salah seorang anak Mukim Lalang Pepuyu, Aida binti Mustapha, adik kepada En. Fauzi Kaje, telah kembali ke rahmatullah pada jam 10.30 malam, Ahad malam Isnin, 24 Mei 2025.

Jenazah Allahyarhamah akan disolatkan di kediaman beliau di Kg. Kuala Kajang selepas solat Zohor pada Isnin, 25 Mei 2025.

Sama-samalah kita mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Address

MASJID MUKIM LALANG PEPUYU
Tanah Merah
17510

Telephone

+60182468100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Mukim Lalang Pepuyu Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share