Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai

Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai Page ini bertujuan untuk menghebahkan aktiviti/program dan info terkini berkenaan Masjid Saidina Osman

APPRECIATION POST | WIRA DISEBALIK TABIR RAMADAN MSO 🌙💙Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada As-Syabab, sukarelaw...
19/03/2026

APPRECIATION POST | WIRA DISEBALIK TABIR RAMADAN MSO 🌙💙

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada As-Syabab, sukarelawan Masjid Saidina Osman yang telah bertungkus-lumus menjayakan program-program sepanjang Ramadan tahun ini.

Mereka inilah insan di sebalik tabir yang sentiasa bersedia berkhidmat, antaranya:
🤝 Petugas Iftar Jamaie
🎈 Petugas Ramadan Kids Corner
🚗 Petugas Kawalan Parking
🍽️ Server & penyedia hidangan
🙋‍♂️ Penyambut tetamu solat Tarawih
🍜 Penyedia juadah moreh

Tanpa keikhlasan dan kesungguhan kalian, tidak mungkin program-program Ramadan di Masjid Saidina Osman dapat berlangsung dengan begitu meriah dan tersusun.

Semoga setiap tenaga yang dicurahkan diganjari pahala berlipat kali ganda dan menjadi amal jariah yang berterusan.
Kalian bukan sekadar sukarelawan, kalian adalah tulang belakang kemakmuran masjid. 💪✨

Terima kasih As-Syabab!

Kemeriahan Moreh Perdana MSO | 17 Mac 2026 (Selasa) 🌙✨Suasana meriah selepas solat Tarawih di Masjid Saidina Osman denga...
19/03/2026

Kemeriahan Moreh Perdana MSO | 17 Mac 2026 (Selasa) 🌙✨

Suasana meriah selepas solat Tarawih di Masjid Saidina Osman dengan berlangsungnya Moreh Perdana MSO yang menghimpunkan jemaah dalam suasana penuh ukhwah dan kegembiraan.

Antara juadah moreh yang disediakan pada malam tersebut ialah:
🍢 Colek malah
🍍 Colek buah
🌭 Lokcing
🥤 Air balang pelbagai perisa

Alhamdulillah, kehadiran jemaah yang ramai menambahkan lagi kemeriahan malam Ramadan di MSO. Semoga kebersamaan ini terus mengeratkan silaturrahim dan memakmurkan masjid kita. 🤲

📌 Teruskan bersama program-program Ramadan di Masjid Saidina Osman

🌙 PEMBAHAGIAN SAGUHATI & DUIT RAYA IFTAR PERDANA 💵Majlis turut diserikan dengan penyampaian saguhati kepada petugas Ifta...
18/03/2026

🌙 PEMBAHAGIAN SAGUHATI & DUIT RAYA IFTAR PERDANA 💵

Majlis turut diserikan dengan penyampaian saguhati kepada petugas Iftar As-Syabab dan juga petugas Ramadan Kids Corner sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan khidmat sepanjang Ramadan. 👏✨

Selain itu, turut diadakan pemberian duit raya kepada para murabbi serta kakitangan pejabat masjid, sebagai tanda terima kasih atas jasa dan pengorbanan dalam menjayakan pelbagai program sepanjang bulan Ramadan.

Semoga segala usaha, khidmat dan pengorbanan semua pihak diberkati dan dibalas dengan ganjaran yang besar di sisi Allah SWT 🤲

SUASANA IFTAR PERDANA MSO 2026 🌙🍽️Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriah Iftar Perdana MSO 2026 dengan kehadiran...
18/03/2026

SUASANA IFTAR PERDANA MSO 2026 🌙🍽️

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriah Iftar Perdana MSO 2026 dengan kehadiran VIP jemputan khas serta hampir 1,000 orang jemaah yang bersama-sama memeriahkan majlis berbuka puasa di Masjid Saidina Osman.

SEKITAR MAJLIS KHATAM AL-QURAN RAMADAN SEMALAM 🌙📖Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran Ramadan di Masj...
18/03/2026

SEKITAR MAJLIS KHATAM AL-QURAN RAMADAN SEMALAM 🌙📖

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran Ramadan di Masjid Saidina Osman dengan penuh keberkatan dan suasana yang menyentuh hati.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat terakhir Al-Quran yang dipimpin oleh para imam, bilal dan huffaz, menandakan sempurnanya tadarus sepanjang Ramadan tahun ini. 🤲📖

Seterusnya telah diadakan penyampaian saguhati kepada Imam & Bilal Terawih termasuk yang bersama menjayakan Qiamullail 10 malam terakhir, sebagai tanda penghargaan atas khidmat dan pengorbanan sepanjang Ramadan.

Turut disampaikan saguhati kepada pelajar Tahfiz Al-Amin yang telah berkhidmat menjadi imam terawih di surau-surau di bawah Mukim Tepi Sungai. Semoga segala jasa kalian menjadi amal soleh yang berpanjangan. 🌟

Majlis diakhiri dengan agihan pulut kuning kepada para jemaah sebagai tanda kesyukuran dan meraikan keberkatan Ramadan.

Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadan diterima oleh Allah SWT dan dipertemukan lagi dengan Ramadan akan datang. 🤲✨

SUASANA AGIHAN 100 PRIHATIN BOX KEPADA ASNAF SEMPENA PROGRAM PERDANA IHYA RAMADAN 🤲📦Alhamdulillah, telah berlangsung agi...
18/03/2026

SUASANA AGIHAN 100 PRIHATIN BOX KEPADA ASNAF SEMPENA PROGRAM PERDANA IHYA RAMADAN 🤲📦

Alhamdulillah, telah berlangsung agihan 100 Prihatin Box hasil sumbangan daripada Big Pharmacy kepada golongan asnaf di bawah Mukim Tepi Sungai.

Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban serta menceriakan penerima, lebih-lebih lagi dalam suasana Ramadan dan menjelang Syawal yang bakal tiba. Semoga segala kebaikan pihak penyumbang dikurniakan ganjaran berlipat kali ganda oleh Allah SWT.

Pihak Masjid Saidina Osman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Big Pharmacy atas keprihatinan dan sokongan kepada masyarakat setempat.

Semoga lebih ramai pihak tampil bersama membantu mereka yang memerlukan. 🤲✨

ALHAMDULILLAH 🤲 HASIL LIVE TEBUK TABUNG SEMALAMSyukur ke hadrat Allah, hasil sumbangan para jemaah dan penyumbang melalu...
18/03/2026

ALHAMDULILLAH 🤲 HASIL LIVE TEBUK TABUNG SEMALAM

Syukur ke hadrat Allah, hasil sumbangan para jemaah dan penyumbang melalui tabung rumah yang telah kami tebuk semalam dalam live, jumlah yang berjaya dikumpulkan adalah:

💰 Tabung Infaq Pembangunan
RM 3,125.00

Infaq masih lagi dibuka. Kepada yang ingin menyumbang bagi pembangunan Masjid Saidina Osman, boleh salurkan ke akaun berikut:

🏦 Maybank
Tabung Pembangunan
5530 5645 6425

———————————————

💰 Tabung Ihya’ Ramadan
RM 1,719.00

📌 Kepada yang ingin berinfaq untuk program Ihya’ Ramadan, boleh salurkan sumbangan ke:

🏦 Bank Muamalat
No. Akaun: 03060000005710
Tabung: Infaq Ihya’ Ramadan Masjid Saidina Osman

Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi saham akhirat dan diberi ganjaran berlipat kali ganda oleh Allah SWT 🤲✨

Malam ini merupakan peluang terakhir buat para jemaah untuk merasai kemeriahan Ramadan Kid’s Corner 🌙🎈Seiring dengan itu...
17/03/2026

Malam ini merupakan peluang terakhir buat para jemaah untuk merasai kemeriahan Ramadan Kid’s Corner 🌙🎈
Seiring dengan itu, malam ini juga menjadi malam penutup Majlis Berbuka Puasa di Masjid Saidina Osman bagi Ramadan tahun ini.

Jangan lepaskan peluang terakhir untuk hadir bersama keluarga, memeriahkan suasana masjid, dan memberi sokongan kepada anak-anak yang sentiasa menceriakan Ramadan di MSO. 🤲✨

Terima kasih kepada semua yang telah bersama sepanjang Ramadan.
Semoga setiap langkah ke masjid menjadi asbab keberkatan.

17/03/2026

SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR MEMERIAHKAN IFTAR PERDANA MSO 2026
HARI INI | SELASA | 17 MAC 2026 | PUKUL 6 PETANG
BESERTA MOREH PERDANA POTLUCK DIALU-ALUKAN

💰🔥 Tabung Penuh, Rezeki Melimpah! Cuba Teka Berapa Jumlahnya? 🔥💰Alhamdulillah, pihak Masjid Saidina Osman (MSO) telah me...
16/03/2026

💰🔥 Tabung Penuh, Rezeki Melimpah! Cuba Teka Berapa Jumlahnya? 🔥💰

Alhamdulillah, pihak Masjid Saidina Osman (MSO) telah menerima satu tabung infak yang penuh berisi syiling dan wang kertas daripada seorang hamba Allah yang pemurah. 🤲🕌

Tabung bertulis “Tabung Rumah Ke-2” ini cukup berat bila diangkat 😄
Nampak macam biasa… tapi isinya MasyaAllah, padat sampai penuh!

❓ Cuba teka berapa jumlah semuanya?
Tulis jawapan anda di ruangan komen 👇

Semoga Allah melimpahkan rezeki kepada penyumbang dan menjadikan setiap sen yang diinfaq sebagai pahala yang berterusan. 🤲✨

Semalam, 15 Mac 2026 (Ahad) selepas solat sunat Terawih, telah berlangsung pemberian 200 helai kain pelikat sumbangan da...
16/03/2026

Semalam, 15 Mac 2026 (Ahad) selepas solat sunat Terawih, telah berlangsung pemberian 200 helai kain pelikat sumbangan daripada Dato’ Kimi kepada para jemaah Masjid Saidina Osman.

Semoga sumbangan ini menjadi amal jariah dan mendapat ganjaran berlipat ganda di bulan Ramadan yang mulia.
Terima kasih diucapkan kepada Dato’ Kimi atas keprihatinan dan sokongan kepada jemaah masjid. 🤲✨

🎁✨ Terima Kasih Co-op Bank atas Pemberian Hampers Raya ✨🎁Alhamdulillah, pihak Masjid Saidina Osman (MSO) telah menerima ...
16/03/2026

🎁✨ Terima Kasih Co-op Bank atas Pemberian Hampers Raya ✨🎁

Alhamdulillah, pihak Masjid Saidina Osman (MSO) telah menerima pemberian hampers Hari Raya daripada Co-op Bank sebagai tanda ingatan dan sokongan kepada pihak masjid. 🤝🕌

Pihak MSO merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Co-op Bank atas pemberian yang sangat bermakna ini. Semoga segala kebaikan diberkati dan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda. 🤲✨

Address

Tepi Sungai
Tanah Merah
17500

Telephone

+60138456300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share