Madrasah Kg Lubok Rotan Tawar Tanah Merah

Madrasah Kg Lubok Rotan Tawar Tanah Merah Madrasah, Pengajian Quran & Majlis Ilmu

Alhamdulillah, semalam 22/09/2025 bersamaan 29 Rabiul Awal 1447H telah berlangsung Sambutan Maulidur Rasul SAW 1447H di ...
23/09/2025

Alhamdulillah, semalam 22/09/2025 bersamaan 29 Rabiul Awal 1447H telah berlangsung Sambutan Maulidur Rasul SAW 1447H di Madrasah Kg Lubok Rotan Tawar.

Majlis diserikan dengan selawat serta tazkirah mengingatkan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan yang menjadi rahmat bagi seluruh alam.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 🌹

Terima kepada semua yang hadir terutama tetamu istimewa dari Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai Semoga dengan sambutan ini, lahir kecintaan mendalam kepada Rasulullah SAW dalam diri kita semua, insyaAllah.

اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا مِنْ أَحِبَّاءِ نَبِيِّكَ وَاشْمَلْنَا بِشَفَاعَتِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Ya Allah, jadikanlah kami termasuk dalam kalangan orang yang mencintai Nabi-Mu dan limpahkanlah ke atas kami syafaat baginda di hari kiamat nanti.” 🌹

Alhamdulillah..بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمقُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ ...
21/09/2025

Alhamdulillah..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ
Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya (Sayyiduna Muhammad), hendaklah dengan demikian itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan". - Surah Saidina Yunus:58
Dan apakah rahmat Allah & kurniaanNya yang paling agung pada umat manusia dan alam?

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
Dan tiadalah Kami mengutus kamu (Sayyiduna Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat
bagi semesta alam - Surah Al-Anbiya:107

Alhamdulillah pada berlangsug majlis perarakan yang mengundang segala kegembiraan bagi para Pencinta Rasul, anjuran Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai
Terima kasih kepada para peserta yang memberikan komitmen didalam menjayakan Majlis Sambutan & Perarakan Mawlidur Rasul Bagi Tahun 2025 Bersamaan 1447H
Sekalung Tahniah dan Syabas diucapkan kepada AJK Madrasah Kg Lubok Rotan Tawar Tanah Merah atas kejayaan meraih tempat pertama Perarakan Terbaik buat tahun ini yang juga kali ketiga berturut-turut

Moga Allah berkati usaha dan pengorbanan semua yang terlibat
Akhir kata terima kasih kepada semua pihak dan surau2 yang telah mengambil bahagian didalam program dan aktiviti yang dianjurkan oleh MSO ini.. Semoga ukhuwah dikalangan ahli surau dengan surau surau lain tetap kekal terjalin. Allahumma Aamiin dan Semoga kita semua dapat berkumpul lagi didalam lain lain majlis kelak.. Insya Allah Aamiin

Alhamdulillah, semalam telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul ﷺ di Madrasah Kampung Lubok Rotan Tawar dengan p...
01/09/2025

Alhamdulillah, semalam telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul ﷺ di Madrasah Kampung Lubok Rotan Tawar dengan penuh meriah dan penuh kasih kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.
Majlis diadakan pada 7 Rabiul Awal 1447H (31 Ogos 2025M), disertai penduduk setempat dalam suasana ukhuwah dan syukur.

Moga dengan sambutan ini, kita semua dapat meneladani akhlak Baginda dan memperkukuh kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ.

✨ اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين ✨

26/07/2025

Berhati-hatilah Apabila menyebut mereka yang ingin membunuh Sayyiduna Rasulullah SAW adalah pembesar Quraisy, sebutlah sebahagian pembesar Quraisy atau pembesar kaum musyrikin Quraisy kerana sebahagian sahabat utama Sayyiduna Rasulullah SAW juga merupakan pembesar yang hebat, dihormati serta digeruni... Dan Keluarga Sayyidina Rasulullah SAW sendiri terdiri dari pembesar Quraisy (Bani Hasyim).. Wallahua'lam

Berhati-hatilah apabila menceritakan sirah Sayyiduna Rasulullah SAW atau membuat kuiz atas dasar Cinta Rasul SAW...  Ber...
26/07/2025

Berhati-hatilah apabila menceritakan sirah Sayyiduna Rasulullah SAW atau membuat kuiz atas dasar Cinta Rasul SAW... Beradablah.. Rasulullah SAW berhijrah bukan kerana mencari perlindungan (seolah-olah Baginda SAW lemah) tp Baginda SAW berhijrah atas perintah Allah SWT dan memenuhi jemputan dan pelawaan kaum Ansar sebagai tetamu kehormat dan pemimpin mereka dan juga tujuan dakwah... Hijrah Baginda SAW adalah sebagai tasyrik/pensyariatan kepada Umat Baginda SAW terutama mereka yang lemah...bukan mencari perlindungan .. Wallahualam...

Alhamdulillah, pada malam 28 Ramadhan 1446H, Madrasah Kg Lubok Rotan Tawar telah mendapat karpet solat baru hasil bantua...
28/03/2025

Alhamdulillah, pada malam 28 Ramadhan 1446H, Madrasah Kg Lubok Rotan Tawar telah mendapat karpet solat baru hasil bantuan dari Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan bagi menggantikan karpet solat sedia ada yang telah usang dan hampir 10 tahun tidak berganti.. terima kasih tidak terhingga kepada Dato' TYDP dan pegawai-pegawai MAIK atas bantuan yang sangat bermakna ini. Semoga dengan bantuan ini menjadi asbab dan suntikan semangat bagi semua AJK Surau dan Penduduk Kampung untuk terus mengimarahkan Surau / Madrasah Kg Lubok ini.

Alhamdulillah.. Sekitar Majlis Khatam Quran Muslimat Kampung Lubok Rotan Tawar Pada Malam 27 Ramadhan 1446H, .Tahniah di...
28/03/2025

Alhamdulillah.. Sekitar Majlis Khatam Quran Muslimat Kampung Lubok Rotan Tawar Pada Malam 27 Ramadhan 1446H, .Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat...semoga Ramadhan tahun hadapan semua dapat berjumpa lagi dan memeriahkan bukan yang sangat mulia ini.

Alhamdulillah.. Sekitar Sambutan Majlis Berbuka Puasa Madrasah Kampung Lubok Rotan Tawar Pada 17 dan 27 Ramadhan 1446H.....
28/03/2025

Alhamdulillah.. Sekitar Sambutan Majlis Berbuka Puasa Madrasah Kampung Lubok Rotan Tawar Pada 17 dan 27 Ramadhan 1446H.. Terima kasih pada semua yang menyumbangkan tenaga serta wang ringgit bagi menjayakan iftar pada kali ini.

13/02/2025

JANGAN MAIN MAIN DENGAN QODHO SOLAT

Kalau kita banyak meninggalkan solat fardhu yang diwajibkan keatas kita setelah baligh sejak zaman jahil kita, mulakan sekarang dan jangan bertangguh untuk qodho solat yang kita tinggalkan disamping bertaubat, kerana meninggalkan solat fardhu adalah dosa besar yang berterusan dan bertali arus sampai mati jika kita tidak bertindak dengan segera untuk menghentikannya.

Untuk menghentikan dosa besar dan untuk diampuni Allah dosa besar ini, kita wajib bertaubat dengan taubat nasuha. Yakni taubat yang sungguh sungguh.

Antara syarat taubat yang wajib kita buat adalah insaf dan berazam supaya kita tidak akan meninggalkan solat fardhu lagi. Kemudian mengqodho’ semua solat solat fardhu yang pernah ditinggalkan dahulu walau pun bertahun tahun lamanya.

Andai dulu kita solat fardhu tanpa ilmu dan hanya mengikut ngikut orang saja [taklid] maka mulakan belajar fardhu ain. Perbaiki setiap inci dari hukum hakam solat itu dari mula bersuci seterusnya kepada solat itu sendiri.

Ini penting, kerana berkata ulama’, beramal tanpa ilmu, amal tertolak.

Ini bukan bermakna kena khatam ilmu dulu baru bersolat. Tidak begitu. Bersolatlah seperti biasa disamping kita belajar. Orang yang belajar disamping beramal, walau pun silap tidak dikira dosa. Dan amalnya inshaa Allah diterima Allah.

Orang yang banyak meninggalkan solat fardhu, janganlah membuang masa untuk bersolat sunat, kerana mengqodho’ solat fardhu itu lebih penting lagi sebagai tanda taubat kita.

Solat fardhu yang diqodho’ ini berganda pahalanya berbanding solat sunat. Malah solat fardhu yang pernah kita tinggalkan tanpa qodho’ akan disoal sekiranya kita tidak lakukannya tetapi solat sunat tidak disoal malah akan tertolak solatnya andai solat fardhu qodho itu masih tidak diganti.

Apalah makna kita buat solat sunat yang tidak mendatang siksa tetapi meninggalkan solat qodho yang fardhu yang menjadikan kita disiksa dengan begitu azab diakhirat nanti.

Orang yang sibuk dengan yang sunat dan meninggalkan yang wajib itu sebenarnya telah terpedaya dengan tipu daya syaitan. Syaitan ini licik terutama kepada orang orang yang jahil dan tak faham ilmu islam.

Ada orang jahil kata, qodho’ solat tak wajib. Ada khilaf. Mana khilafnya? Ittifak dan sepakat ulama’, solat yang ditinggalkan dengan sengaja adalah wajib qodho’. Bayangkan solat yang kita tinggalkan dengan tidak sengaja pun wajib qodho’, apalagilah dengan sengaja!

Ramai dikalangan kita tidak memahami dan tertipu masaalah ini kerana kejahilan dan tidak belajar ilmu fardhu ain. Dan lebih malang lagi kita menjadikan ‘ulama’ google’ sebagai panduan dan rujukan kita sedangkan asas asas fardhu ain pun kita jahil. Sedangkan dalam google itu pelbagai aliran yang salah yang tidak dapat dibezakan andai kita jahil dengan hukum hakam agama.

Mengaji fardhu ain, adabnya wajib bertalakki bermula dari kitab akidah, feqah dan tasawuf. Kerana tanpa berguru, kita tidak akan dapat memahami ilmu itu dengan sohih dan sebaiknya.

Ilmu fardhu ain ini sebenarnya adalah kembar kita. Ia tidak boleh dipisahkan dari hidup harian kita kerana kita kena hidup seharian dengannya sampai mati.

Untuk bertauhid dan mengenal Allah, kena ada fardhu ain. Untuk berjual beli, bekerja, makan minum, bersocial, kita kena faham hukum hukum syarak didalam feqahnya. Untuk mengenali sifat sifat hati dan menjauhi dosa dosa hati kita wajib belajar akan ilmu tasaufnya.

Bayangkan, setiap gerak kita dalam hidup ini ada hukum hakam dan dosa pahalanya seperti wajib, sunat, haram, harus dan makruh.

Contohnya, kalau makan hukumnya harus, kalau niat kerana Allah yang kita makan itu untuk menguatkan tubuh badan untuk laksanakan ibadah, kita akan dapat pahala. Kalau tak ada niat, hanya dapat kenyang saja tanpa pahala.

Begitulah hal hal yang lain.

Pendek kata, orang yang tidak belajar ilmu fardhu ain, dirinya terdedah kepada dosa dan maksiat. Malah jika tidak belajar ilmu tauhid yang termasuk dalam fardhu ain, boleh tergelincir dan menjadi kufur kerana tidak mengenal batas batas iman dan kufur didalam percakapan, perbuatan dan iktikad nya.

Walau bahaya macam mana pun, ramai antara kita tidak kisah dan mengabaikan fardhu ain ini. Boleh tanya diri sendiri. Pernahkah aku belajar ilmu fardhu ain? Pernahkan aku belajar ilmu tauhid untuk mengenal Dzat sifat af’al dan ama’ Allah. Mengenal sifat wajib harus dan mustahil Allah. Mengenal nabi. Mengenal perkara perkara ghaibiyah dan sebagainya dalam ilmu tauhid.

Fahamkah aku akan kalimah syahadah yang didalam nya ada nafi dan isbad untuk mengsahkan syahadah aku?

Fahamkah aku akan hukum hukum syarak yang lima itu untuk menjadi panduan dan perjalanan hidup aku?

Siapa aku sembah dalam solat aku? Allah? Siapa Allah? Atau aku hanya solat main hayun saja membilang rakaat tanpa tahu siapa yang aku sembah. Bagaimana nak khusyuk kalau tak kenal Allah.

Jahilnya aku ya rabb. Begitu hati kita bermonolog. Mahu dibiar saja begitu sampai mati?

Allaahu … pendeknya hidup didunia ini dan panjangnya perjalanan kehidupan akhirat. Kalau kita tidak berubah dan membaiki diri, bahaya besar buat kita diakhirat nanti.

Saidina Umar al-Khattab R.A pernah berkata:

حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا وَتَزَيّنُوا لِلْعَرْضِ الأَكْبَرِ وَإِنّمَا يَخِفّ الْحَسَابُ يَوْمَ القِيَامَةِ عَلَى مَنْ حَاسَبَ نَفْسَهُ في الدّنْيَا

Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Dan berhiaslah untuk hari pembentangan yang agung. Sesungguhnya ringanlah penghisaban di hari Akhirat bagi sesiapa yang telah menghisab dirinya di dunia.”

(Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 7/156)

Barakallahu feekum.

Alhamdulillah.... selesai Majlis Sambutan Nisfu Syaaban 1446H malam ni....walau sambutan sederhana tapi meriah.... terim...
13/02/2025

Alhamdulillah.... selesai Majlis Sambutan Nisfu Syaaban 1446H malam ni....walau sambutan sederhana tapi meriah.... terima kasih kepada semua penyumbang dalam bentuk wang tunai dan kuih muih ......

Address

Kg Lubok Rotan Tawar
Tanah Merah
17500

Telephone

+60179594969

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Kg Lubok Rotan Tawar Tanah Merah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share