24/06/2026
🌙 JOM BERINFAQ UNTUK PEMBINAAN MENARA MUSALLA HJ WAN MAHMUD 🌙
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Musalla Hj Wan Mahmud, Kg Banggol Tok Ajar sedang mengumpul dana bagi pembinaan menara musalla yang akan melibatkan kerja-kerja pembinaan tangga menara, pemasangan kubah, sistem pembesar suara, lampu menara serta pendawaian elektrik.
Kami dengan rendah hati menjemput seluruh ahli kariah, anak-anak perantau, sahabat handai dan para dermawan untuk sama-sama menyumbang mengikut kemampuan masing-masing.
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya sesiapa yang membina masjid kerana Allah, maka Allah akan membina baginya sebuah rumah di syurga."
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
📌 Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut:
📞 Wan Abdul Rahim - 019-947 0444
📞 Cikgu Mohd Ashri - 019-932 2807
📞 Cikgu Zaidi - 014-840 7420
📌 Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun atau kod QR yang tertera pada poster.
Setiap sumbangan, walau sekecil mana sekalipun, insya-Allah menjadi saham akhirat yang berpanjangan pahalanya.
Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan kita dan mempermudahkan usaha pembinaan menara Musalla Hj Wan Mahmud ini. Aamiin 🤲