LoudVoice Bahasa

LoudVoice Bahasa LoudVoice Bahasa adalah pelayanan yang didukung sepenuhnya oleh sumbangan, membawa pesan kasih Tuhan melalui platform digital dalam Bahasa.

Kami menyediakan muzik percuma, renungan, dan khutbah untuk menginspirasi dan memperkuat iman. 🌿✨

Dia pernah berdoa untuk sesuatu… tetapi Tuhan menjawab dengan “tidak.” (Swipe sampai habis) Amy Carmichael mahu Tuhan me...
24/08/2026

Dia pernah berdoa untuk sesuatu… tetapi Tuhan menjawab dengan “tidak.” (Swipe sampai habis)

Amy Carmichael mahu Tuhan mengubah apa yang dia tidak s**a tentang dirinya.

Tetapi bertahun-tahun kemudian, dia akhirnya faham:

Apa yang dia fikir sebagai kekurangan, Tuhan pakai untuk menyelamatkan orang lain.

Kisah Amy mengingatkan kita bahawa Tuhan tidak pernah salah membentuk hidup kita.

Kadang-kadang jawapan “tidak” daripada Tuhan bukan penolakan.

Kadang-kadang itu perlindungan.
Kadang-kadang itu persediaan.
Kadang-kadang itu sebahagian daripada panggilan-Nya.

Perlu doa atau mahu belajar Alkitab? DM kami.
Kami sedia berdoa bersama kamu.

23/08/2026

Jangan lupa kebaikan Tuhan.
Kalau Dia sudah bawa kamu sejauh ini, Dia tidak akan berhenti sekarang. 🤍

Comment “Ingat” kalau kamu mahu didoakan.

22/08/2026

Suara Tuhan tidak selalu kuat, kadang ia perlukan ketenangan.

Tuhan bercakap melalui firman, damai, teguran, dan pimpinan-Nya.
Jangan panik kalau kamu belum jelas. Terus cari, terus baca, terus datang dekat kepada-Nya.

Tuhan lebih rindu memimpin kamu daripada kamu rindu mendengar-Nya.

DM kami kalau kamu ada pertanyaan tentang Alkitab atau mahu berdoa bersama.
Dan ingat, Tuhan mengasihi kamu!

19/08/2026

Pernah masuk satu tempat… terus rasa kecil?

Tonton video ini sampai habis.

Kalau kamu mahu didoakan / mahu belajar Alkitab, DM kami.

16/08/2026

Tuhan tahu batas kita.
Dia tahu kita lemah, mudah jatuh, dan sering rasa tidak cukup.

Tapi Mazmur 103:14 mengingatkan: Dia tidak lupa siapa kita.
Dia mengerti, dan kasih karunia-Nya cukup. 🤍

Comment “Cukup” kalau kamu mahu didoakan.

15/08/2026

Kamu sudah minta ampun…
tapi kenapa hati kamu masih menghukum diri?

Kamu bukan saat paling gelap dalam hidupmu.
Kalau Tuhan sudah mengampuni dan menjauhkan dosa sejauh timur dari barat, kenapa kamu masih pegang apa yang Tuhan sudah lepaskan?

Rasa bersalah berkata, “Kamu takkan bebas.”
Tapi rahmat berkata, “Cerita kamu belum berakhir.”

Tulis BEBAS kalau kamu perlukan reminder ini.
Kalau kamu perlukan doa atau seseorang untuk berbual, DM kami. 🤍

12/08/2026

Kalau hubungan sedang berat… doa ini untuk kamu. 🤍
Semoga Tuhan beri hikmat, kasih, dan pemulihan yang sihat.

Tulis DOA kalau kamu mahu didoakan.

Dia kembali kepada orang yang menghancurkan hidupnya... (Swipe sampai habis)Bukan kerana lukanya kecil.Bukan kerana ia m...
10/08/2026

Dia kembali kepada orang yang menghancurkan hidupnya... (Swipe sampai habis)

Bukan kerana lukanya kecil.
Bukan kerana ia mudah.
Tetapi kerana kasih Kristus lebih besar daripada kebencian manusia.

Kisah Elisabeth Elliot mengingatkan kita bahawa ketaatan tidak selalu bermula di tempat yang selesa.

Kadang-kadang ia bermula di tempat hati kita paling hancur.

Apa langkah taat yang Tuhan sedang panggil kamu ambil hari ini?

Perlu doa atau mahu belajar Alkitab? DM kami.
Kami sedia berdoa bersama kamu.

10/08/2026

Kalau syurga itu sempurna…
bagaimana kejahatan boleh bermula di sana?

Kejahatan tidak bermula di bumi.
Ia bermula di syurga, bukan kerana Lucifer dicipta jahat, tetapi kerana kesombongan mula tumbuh dalam hatinya.

Dia mula persoalkan kasih Tuhan.
Putar cerita. Sebarkan yang palsu.
Dan akhirnya, konflik antara terang dan gelap itu sampai ke dunia kita.

Sebab itu bila kamu rasa ada tarikan antara yang benar dan yang salah dalam hati… kamu tidak pelik.
Kita memang hidup dalam konflik yang Alkitab sudah jelaskan.

Tapi berita baiknya: Yesus masih berdiri untuk kebenaran, dan Dia masih berdiri untuk kamu hari ini. 🤍

Komen TERANG kalau kamu mahu pilih Tuhan hari ini.
Follow untuk Part 3 - cerita tentang konflik ini masuk ke manusia di Taman Eden.

10/08/2026

Kadang kita tidak tahu langkah seterusnya…
tapi lagu ini mengingatkan: kita tidak berjalan sendiri.

Tuhan masih memimpin, dan Dia setia, sepanjang jalan. 🤍

Comment “Pimpin” jika ini juga doa kamu.

Address

Lot 961, Jalan Batu Belang-Keru
Tampin
73000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LoudVoice Bahasa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share