Masjid Nurul Iman Tambunan

Masjid Nurul Iman Tambunan Masjid Daerah Tambunan yang juga dikenali dengan nama Masjid Nurul Iman Pekan Tambunan.

Tahlil Malam JumaatAlhamdulillah 🤲🏻✨Selesai sudah Tahlil Malam Jumaat yang dikhususkan buat al-Marhum John bin Pola.Semo...
27/08/2026

Tahlil Malam Jumaat

Alhamdulillah 🤲🏻✨
Selesai sudah Tahlil Malam Jumaat yang dikhususkan buat al-Marhum John bin Pola.

Semoga segala amal ibadah dan doa yang dipanjatkan pada malam yang penuh keberkatan ini menjadi asbab rahmat, keampunan dan ketenangan buat arwah, serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beroleh husnul khatimah. 🤲🏻

Al-Fatihah. 🕊️
Semoga keluarga yang ditinggalkan terus diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan. آمين يا رب العالمين.

*📢KEM CUTI SEKOLAH CINTA RASUL ﷺ*Assalamualaikum wbt. 🌙✨Sempena cuti sekolah, Masjid Nurul Iman Pekan Tambunan akan meng...
27/08/2026

*📢KEM CUTI SEKOLAH CINTA RASUL ﷺ*

Assalamualaikum wbt. 🌙✨

Sempena cuti sekolah, Masjid Nurul Iman Pekan Tambunan akan mengadakan Kem Cuti Sekolah Cinta Rasul khusus untuk anak-anak berumur 7–12 tahun. 🕌❤️

📅 Tarikh: 2–3 September 2026 (Rabu & Khamis)
💰 Yuran: RM30 seorang
🍱 Termasuk makan/minum & sijil
👦🏻 Lelaki: Terhad 20 orang
👧🏻 Muslimat: Terhad 20 orang

🌟 Antara aktiviti menarik:
• Kenali Nabi – Siapa Nabiku? ﷺ
• Ibadah – Bersuci, berwuduk & teori solat
• Kelas Iqra’ & Tajwid
• Qiamullail
• Hafazan doa selepas solat
• Tazkirah & motivasi

📌 Tempat: Masjid Nurul Iman Pekan Tambunan

📲 Pendaftaran & maklumat lanjut: https://wa.me/60105427066

Ayuh bersama-sama membentuk generasi yang cemerlang.

✨ MAJLIS TAHLIL KHAS SEMPENA MAULIDUR RASUL ✨Mari kita bersama-sama memeriahkan majlis dan memperbanyakkan selawat buat ...
24/08/2026

✨ MAJLIS TAHLIL KHAS SEMPENA MAULIDUR RASUL ✨

Mari kita bersama-sama memeriahkan majlis dan memperbanyakkan selawat buat junjungan Nabi Muhammad SAW.

🗓 Tarikh: Isnin, 24 Ogos 2026 (11 Rabiulawal 1448H)
⏰ Masa: Selepas Maghrib hingga selesai
📍 Tempat: Masjid Nurul Iman Tambunan

Semoga majlis ini mendapat keberkatan dan rahmat Allah SWT. Muslimin dan muslimat dijemput hadir! 🤲🏼✨

Jom Infaq Masjid Nurul Iman Melalui Aplikasi MyMasjidProMy ⬇️

https://jemaah.masjidpro.my/api/mosque/infaq?id=Mnidt

Alhamdulillah, mantap pelajar-pelajar yang terus istiqamah mengaji di Masjid Nurul Iman. 🤲🏻📖Ustaz doakan yg masih Iqra s...
22/08/2026

Alhamdulillah, mantap pelajar-pelajar yang terus istiqamah mengaji di Masjid Nurul Iman. 🤲🏻📖

Ustaz doakan yg masih Iqra semoga kamu semua dipermudahkan dan cepat sampai kpda bacaan Al-Quran. Bagi yg sudah sampai Al-Quran p**a, semoga bacaan kamu semua semakin lancar, makhraj setiap huruf semakin tepat, serta tajwid semakin baik.

Semoga setiap huruf yg kamu semua baca menjadi pahala yg berlipat ganda di sisi Allah SWT.

Teruskan mengaji, jgn mudah putus asa dan terus istiqamah. Semoga Allah jadikan Al-Quran sebagai cahaya dlm hidup kamu semua dan syafaat buat kita di akhirat kelak. 🤲🏻❤️

Teruskan mengaji, teruskan berusaha, insya-Allah akan sampai juga. 🌹📖

Alhamdullillah, 🤲Tajuk khutbah minggu ini ialah “Meneladani Rasulullah SAW Membina Ummah Sejahtera"kita sebagai umat Nab...
21/08/2026

Alhamdullillah, 🤲

Tajuk khutbah minggu ini ialah “Meneladani Rasulullah SAW Membina Ummah Sejahtera"

kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW jangan setakat mengaku kita sayang dan cinta Rasulullah, tapi kita cuba ikut perangai dan cara hidup Baginda.

✨Rasulullah SAW mengajar kita supaya:

- hormat dan sayang orang lain,
- jangan s**a bergaduh dan bermusuh,
- jujur dalam percakapan,
- amanah dalam kerja,
- bantu orang yang susah,
- maafkan kesalahan orang,
- menjaga hubungan sesama umat Islam, dan sentiasa taat kepada Allah SWT.

Kalau sifat-sifat Rasulullah ini kita amalkan dalam kehidupan, keluarga jadi lebih aman, masyarakat jadi lebih bersatu, dan kampung pun jadi lebih sejahtera.

Semoga jumaat kali ini penuh dengan keberkatan. Allahhummaamin🤲✨

📚 HEBAHAN JADUAL PENGAJIAN🕌 Masjid Nurul Iman TambunanAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Muslimin dan Muslimat d...
21/08/2026

📚 HEBAHAN JADUAL PENGAJIAN
🕌 Masjid Nurul Iman Tambunan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ilmu yang diadakan seperti ketetapan berikut:

🌙 Selepas Solat Maghrib

• Isnin: Kelas Takmir bersama Ustaz Jasnin Udin
• Selasa: Fiqh Sirah bersama Ustaz Shahmyll Nazly Wan Sofian
• Rabu: Kelas Takmir bersama Ustaz Rosazlan Shah
• Khamis: Bacaan Yasin dan Tahlil bersama Imam Basman / Imam Idris

📖 Kelas Mengaji | 9.00 pagi–11.00 pagi

• Sabtu: Kelas Mengaji Lelaki
• Ahad: Kelas Mengaji Wanita

Marilah kita bersama-sama mengimarahkan masjid dan menambah ilmu agama. Semoga setiap langkah menuju majlis ilmu mendapat rahmat dan ganjaran daripada Allah SWT.

Sebarkan kepada keluarga dan sahabat. Semua dijemput hadir.

Gambar Ceramah Khas Oleh Ustaz Abdul Razak Hj.Hamdin (Timbalan M***i Negeri Sabah).
20/08/2026

Gambar Ceramah Khas Oleh Ustaz Abdul Razak Hj.Hamdin (Timbalan M***i Negeri Sabah).

Address

Jalan Mondowoi
Tambunan
89657

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Nurul Iman Tambunan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category