Madrasah Al Abidin Fida 3

Madrasah Al Abidin Fida 3 Laman aktiviti Surau Al-Abidin, Kampung Fida 3 Lama di Tambun Tulang, Arau, Perlis Darul Sunnah.

Rujukan Pendaftaran Jabatan Agama Islam Perlis : JAIPs/S-530.

06/11/2024

POLITIK & PERNIAGAAN
Dua bidang yang mesti kembali dikuasai umat Islam hari ini; politik & perniagaan. Tidak cukup sekadar terlibat, tetapi perlu menerajuinya dan menjadi penentu hala tujunya.
Namun kita belum nampak jalan ke arah itu, kerana umat masih terawang2 apa sebenarnya politik Islam termasuk di kalangan asatizah sendiri. Tidak banyak isu2 politik semasa diketengahkan untuk dibualkan dan dibahaskan dari perspektif Islam, berbanding isu2 khilaf fiqh dan aliran aqidah yang berlebihan dibahaskan, sedangkan ia hanyalah pengulangan dari masalah2 silam (turas).
Perniagaan juga mengalami nasib yang sama. Bidang yang disebut Nabi SAW sebagai pendapatani terbaik dan menempati 90% sumber rezki diabaikan umat Islam. Dibiarkan bangsa lain mendominasinya. Petani2 kita berjerih payah menghasilkan padi, namun yang menjadi tokey2 beras bukan kita.
Kita perlu kembali kepada tadayyun (cara beragama) sebenar, yang menerapkan agama sebagai penyelesaian kehidupan, bukan sekadar perbahasan2 masalah dalam kitab turas. Dalam erti lain, umat perlu disibukkan dengan fiqhul hayah (fiqh kehidupan), bukan masail fiqh (masalah2 fiqh).

05/11/2024

Dunia akan tetap berjalan mengikut Penciptanya. Apa saja mazhab atau aliran tidak akan mampu bertahan, kecuali yang selari dengan sunnatullah.

01/11/2024

Ketika terbaik untuk tadabbur Quran ialah dalam solat. Namun sebelum itu kita perlu ulangkaji ayat/surah yang hendak dibaca. Jadikan kelas tafsir keutamaan dalam hidup.

30/10/2024
26/10/2024

Setiap kali penganjuran debat/dialog dibuat, kedua pihak perlu berjanji untuk menasihatkan penyokong masing2 untuk tidak membuat provokasi. Jika tidak dialog tidak kekal harmoni lagi.

26/10/2024

Dialog harmoni. Yang tak harmoni ialah penjuak selepas dialog, mencari titik beza untuk digembur2kan. Tak percaya tunggu sebentar lagi. Betaubatlah.

25/10/2024

Aset paling bernilai adalah manusia, bukan wang/harta. Jaga hubungan, nescaya ramai akan membantu kita untuk berjaya.

25/10/2024

Ilmu sebahagian tersimpan dalam buku, sebahagian lagi dalam dada guru. Tanpa rajin membaca ilmu tak berkembang. Tanpa berguru kefahaman tak sempurna, dan mungkin tersasar.

23/10/2024

Dakwah hari ini jarang menampilkan mukjizat, kerana itu ia hambar, tiada kekuatan dan tidak meyakinkan.

19/10/2024

Sampai bila kita hendak menumpang? Belajarlah memandu. Sampai bila hendak memandu kereta orang lain? Belilah kereta sendiri. Kalau boleh cipta kereta sendiri.

17/10/2024

Kenapa saintis2 silam (al-Biruni, Khawarizmi, Ibnu Sina, Ibnu Nafis, al-Fazari, Ibnu al-Haitham) lahir dari kalangan ahli falsafah? Di kalangan yang menolak falsafah terpaksa juga menumpang penemuan mereka.

Address

Kampung Fida 3
Tambun Tulang
02600

Telephone

+60162207025

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Al Abidin Fida 3 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Madrasah Al Abidin Fida 3:

Share