Tarekat Ghazaliyah

Tarekat Ghazaliyah Ghazaliya Sufi Order
Tarbiyah & Dakwah Jalan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali

03/05/2026

Malam Jumaat lepas telah berlangsung halaqah Tariqah Ghazaliyah bagi Usrah B. Antara perkongsiannya :
1. Kenal diri, kenal Allah, kenal dunia, kenal akhirat, kenal syaitan, kenal malaikat, kenal yang benar, kenal yang salah.
2. Cintai Allah, cintai Kitabullah, cintai Rasulullah, cintai as-sunnah, cintai diri, cintai ummah, cintai ibadah, cintai dakwah.
3. Penerangan lanjutan Lafaz Zikrullah Harian al-Imam al-Ghazali siri ke-4 oleh Ustaz Dzul al-Ghazali : Al-‘Afu, Al-Ghafur, Al-Ghaffar, istighfar, berakhlak dengan “akhlak-Nya”, berakhlak dengan akhlaknya Rasulullah SAW
4. Pengisian oleh Pak Long Abu al-Ghazali : tentang Risalah al-Qudsiyah Imam al-Ghazali, melepasi maqam ma’rifah (awwal ad-diin), Hari Tajamnya Penglihatan mata kepala dan mata qalbu, taklif (pikulan, bebanan, tugasan), ayat dasar dan ayat huraian, kaedah sejahtera dalam berinteraksi dengan kata2 atau tulisan pendek, tentang 4 juzuk utama Kimiya’ us-Sa’adah (kitab Imam al-Ghazali)

03/05/2026

Tentatif : 1. Penerangan (utk semua) 2. Pengijazahan (bagi yg mahu shja) 3. Bai’ah (bagi yg mahu shja)

Setahun sekali
29/04/2026

Setahun sekali

25/04/2026

@ Update dari Fb Tarekat Ghazaliyah :
20/ 4 : Majlis penerangan & pengijazahan Trkt Ghazaliah bg tahun 2026/1447H akan dibuat pd Mei. Tunggu update
21/4 : Lokasi di Taiping
23/4 : Tahun ini ust dzul buka satu sesi shj iaitu sebelah malam selepas maghrib sampai pukul 11 malam. sabtu malam ahad. Tarikhnya belum muktamad
25/4 : ok tarikhnya sudah dipersetujui oleh Pak Long Abu Zulfiqar dan Ustadz Dzul al-Ghazali iaitu pd sabtu 9 mei.

23/04/2026

Mursyid sahaya dulu memberitahu bahawa apabila kita menjadi guru, kita akan bertemu dengan dua jenis murid iaitu orang2 yang sudah pernah belajar dan orang2 yang belum pernah belajar. Kedua2 kategori murid ini ada kelebihan dan kekurangan masing2.

A. Kelebihan & Kekurangan Mentarbiyah Orang2 Yang Sudah Pernah Belajar dan Beramal

Antara kelebihannya, cawan mereka sudah sedia terisi sedikit-sebanyak. Maka lebih mudahlah untuk guru dan atasan memperbanyakkan isi kandungan cawan tersebut. Hal ini kerana mereka sudah ada sedikit-sebanyak ilmu, amal, pemahaman, kesedaran dan pengalaman. Guru tidak perlu bermula dari yang betul2 asas, atau jika perlu pun sekejap cuma masanya. Murid2 sebegini boleh terus dibawa dengan agak laju sebaik2 sahaja bermula. Pengetahuan sedia ada dan pengalaman sebelumnya sangat membantu pendakian keruhanian.

Namun antara risikonya p**a, di dalam cawan itu ada kala sudah terisi atau tercemar dengan benda2 yang salah, yang lemah, atau benda2 benar tetapi yang melemahkan – hasil daripada pelajaran, pengamalan dan pengalaman sebelumnya. Minda dan jiwa mereka sudah kurang atau tidak “fresh”. Biasanya sukar untuk kita “tune” semula menjadi lurus atau jadi berkesan. Mereka sukar untuk dibentuk, dilorongkan dan dimajukan. Sebahagiannya lagi sudah ada yang taksub atau terikat minda dengan hal2 tertentu, pihak2 tertentu atau individu2 tertentu. Maka perjalanan mereka kemudiannya akan jadi lambat pada tempat2 yang tidak sepatutnya terlambat, atau tersangkut pada had tertentu pada tempat2 yang tidak sepatutnya mereka tersangkut. Orang2 sedemikian biasanya akan laju pada awal pendakian, akan jadi lambat pada pertengahan (kerana ada halangan2), dan sangat sukar untuk dibawa atau dilorongkan ke kemuncak.

B. Kelebihan & Kekurangan Mentarbiyah Orang2 Yang Belum Pernah Belajar dan Beramal

Antara kelebihannya, “cawan” mereka umumnya masih kosong dan belum tercemar. Minda dan jiwa mereka masih “fresh”. Biasanya mereka mudah untuk diluruskan dan dimajukan. Mereka belum terkena taksub atau terikat ketat minda dengan sesuatu atau sesiapa. Maka pendakian mereka akan jadi lancar kemudiannya yakni pada pertengahan dan menuju kemuncak.

Antara risikonya p**a, guru dan atasan kena mentarbiyah dari asas. Ertinya akan agak lama berada di kaki gunung dan permulaan perjalanan. Hal ini kerana mereka tiada atau kurang pengetahuan, pengamalan, pemahaman, dan pengalaman. Banyak masa kena dikorbankan di kaki gunung. Tetapi pada pertengahan dan menuju kemuncak nanti akan jadi lancar. Satu lagi, sebahagian daripada mereka agak mudah terganggu dengan cerita2 yang wow atau anasir2 luar kerana kurang pengalaman.

Abu Zulfiqar al-Amsyari
21/4/26
Sumber : blog Debunga Teratai

19/04/2026

Majlis penerangan & pengijazahan Trkt Ghazaliah bg tahun 2026/1447H akan dibuat pd Mei. Tunggu update

Majlis 10 Bacaan Harian Imam al-Ghazali, doa Asma' ul-Husna & muhasabah amal bersama Pak Long Abu Zulfiqar
18/04/2026

Majlis 10 Bacaan Harian Imam al-Ghazali, doa Asma' ul-Husna & muhasabah amal bersama Pak Long Abu Zulfiqar

Address

Trong
34800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tarekat Ghazaliyah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share