Masjid Hanafi, Taiping

Masjid Hanafi, Taiping Mari Solat Berjemaah di Masjid & Surau Berdekatan. Semoga Berkah!

GOTONG-ROYONG AMBANG RAMADAN 1444H/2023 MASJID HANAFI TAIPING | 19 Mac 2023 AhadAlhamdulillah.. seusai solat subuh dan t...
19/03/2023

GOTONG-ROYONG AMBANG RAMADAN 1444H/2023 MASJID HANAFI TAIPING | 19 Mac 2023 Ahad

Alhamdulillah.. seusai solat subuh dan tazkirah, para jemaah seramai 20 orang semua menyertai gotong royong membersihkan masjid. pembahagian tempat dilakukan untuk kawasan dalam dewan solat, dewan makan, tempat wuduk.

Di ruang dewan solat, semua kipas siling dan dinding dibersihkan, karpet siap vakum, sejadah dibentang penuh untuk saf pertama dan kedua kawasan solat muslimin dan muslimat.

Semoga Allah memberi ganjaran yang besar kepada mereka yang berkhidmat membersihkan masjid. Aaminn..

https://sumbangan.com/masjidhanafiInfaq Jumaat terus ke tabung Masjid Hanafi, Taiping
10/03/2023

https://sumbangan.com/masjidhanafi

Infaq Jumaat terus ke tabung Masjid Hanafi, Taiping

Assalamualaikum kepada para penderma. Masjid Hanafi ingin membuka peluang kepada semua untuk menyumbang sebagai kemudahan jemaah hadir beribadah. Kelengkapan yang diperlukan adalah seperti set rehal beserta rak, kerusi kuliah dan kerusi solat, kabinet penyimpan...

05/02/2023

Alhamdulillah.. 05/02/23 Pagi ahad ini jam solat Masjid Hanafi sudah diganti dengan versi baharu.

Semoga pahala terus mengalir masuk kepada para penyumbang Masjid insyallah.

IKLAN JAWATAN KOSONGMasjid Hanafi, Taiping "BILAL / MUAZZIN" SYARAT-SYARAT:-- Boleh melaungkan azan dengan baik- Bekeper...
17/10/2022

IKLAN JAWATAN KOSONG
Masjid Hanafi, Taiping

"BILAL / MUAZZIN"

SYARAT-SYARAT:-

- Boleh melaungkan azan dengan baik
- Bekeperibadian baik & tidak merokok
- Mampu menepati jadual bertugas
- Berumur 21 Tahun keatas
- Tinggal di Taiping & kawasan berdekatan sekitarnya
- Mempunyai kenderaan

KEUTAMAAN:-
- Keutamaan untuk pemohon yang baik bacaan Al-Quran, berpengalaman menjadi bilal & masjid

HUBUNGI:-

IMAM HILAL: 0137702769 (whatsapp)

=================

KELEBIHAN MUAZZIN

Daripada Al-Barra’ bin Azib r.a, berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya Allah dan malaikatnya berdoa untuk yang berdiri di saf pertama. Para muazzin p**a akan diampunkan sebanyak mana suaranya dan siapa yang mendengarnya menjadi saksi. Dia akan mendapat pahala orang yang mengerjakansolat bersamanya”. (H.R Al-Nasai).

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH PKD LMS 12/10/2022 (RABU)Alhamdulillah.. selesai kursus pengurusan jenazah anjuran Pejabat Kes...
12/10/2022

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH PKD LMS 12/10/2022 (RABU)

Alhamdulillah.. selesai kursus pengurusan jenazah anjuran Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) pada hari ini di Masjid Hanafi. Program bermula jam 8.00am dengan kehadiran peserta, berakhir pada jam 3.00pm

Penceramah yang berpengalaman luas telah memberi perkongsian ilmu SOP pengurusan jenazah biasa, jenazah pesakit HIV & AIDS. Ilmu yang sangat bermanfaat untuk umat islam bagi persediaan menghadapi saat kematian.

فَاِذَا جَاۤءَ اَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُوْنَ سَاعَةً وَّلَا يَسْتَقْدِمُوْنَ

"....Maka apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun.." An-Nahl : 61

Semoga kita berharap dan berdoa supaya Allah rahmati kita dengan pengakhiran yang baik. Aaaminn..



12/10/2022
07/10/2022

📢HEBAHAN📢

PROGRAM IJTIMA UMAT ISLAM TAIPING & SEKITAR AKAN BERLANGSUNG DI Masjid Hanafi, Taiping PADA 8-10 OKTOBER.

DETAIL:

- PROGRAM➡️ Ijtima Iman & Amal
- LOKASI➡️ Masjid Hanafi, Taiping
- TARIKH➡️ 08-10 Oktober 2022
- MASA➡️ ASAR (Sabtu) sehingga SUBUH (Isnin)

Pengisian PROGRAM IJTIMA padat dengan ceramah agama & perkongsian dari Ustaz/Tetamu Jemputan.

Pihak Masjid mengalu-alukan kedatangan semua warga Taiping untuk mengambil bahagian dalam program ini.

Semoga fikir & risau kita pada tahap agama dalam diri masing -masing semakin bertambah serta dapat tingkatkan pengorbanan untuk Agama Allah.

Antara kandungan nasihat dalam khutbah Jumaat hari ini:"Merokok tidak mencerminkan ajaran islam yang menekan soal kebers...
23/09/2022

Antara kandungan nasihat dalam khutbah Jumaat hari ini:

"Merokok tidak mencerminkan ajaran islam yang menekan soal kebersihan. Lazimnya mulut perokok berbau busuk dan menimbulkan ketidak selesaan orang sekeliling. merokok juga mencemar persekitaran, udara jadi tidak bersih, malah banyak kawasan tercemar dengan puntung rokok.."

Like & Share page Masjid Hanafi, Taiping

"..Merokok tidak mencerminkan ajaran islam yang menekan soal kebersihan. Lazimnya mulut perokok berbau busuk dan menimbulkan ketidak selesaan orang sekeliling. merokok juga mencemar persekitaran, udara jadi tidak bersih, malah banyak kawasan tercemar dwngan puntung rokok.." ....

https://vt.tiktok.com/ZSR9gCYEp/Proses perluaskan kawasan parking Masjid Hanafi hampir siap. Semoga ia memudahkan para j...
23/09/2022

https://vt.tiktok.com/ZSR9gCYEp/

Proses perluaskan kawasan parking Masjid Hanafi hampir siap. Semoga ia memudahkan para jemaah yang hadir.

Projek meluaskan kawasan parking Masjid Hanafi, Taiping untuk keselesaan jemaah. Semoga masjid sentiasa dimakmurkan kita bersama.

01/02/2014

Ayuh subuh..!

Address

Jalan Temenggong
Taiping
34000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Hanafi, Taiping posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category