Masjid Telekom Taiping

Masjid Telekom Taiping β€’ MASJID MESRA MASYARAKAT β€’
πŸ“± 011 5939 1998 - Admin

28/07/2026
*πŸŒ™ JEMPUTAN KE CERAMAH KHAS πŸŒ™*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Seluruh warga Taiping serta kawasan yang berdek...
23/07/2026

*πŸŒ™ JEMPUTAN KE CERAMAH KHAS πŸŒ™*

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Seluruh warga Taiping serta kawasan yang berdekatan dijemput hadir ke Ceramah Khas yang akan membincangkan tajuk:

*JIHAD MELAWAN NAFSU*
"Medan Perang Terbesar Seorang Perajurit”

Bersama:

πŸŽ™οΈUstaz Hj Mohd A’fifi Abdul Rahman
: Imam Kanan Masjid Daerah Taiping
πŸ“ Masjid Telekom Taiping
πŸ—“οΈ 23 Julai 2026 (Khamis)
πŸ•’ 7.30 malam – 9.30 malam

🀲 Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

Mari bersama-sama mengimarahkan rumah Allah, menambah ilmu serta memperkukuhkan iman dalam menghadapi cabaran kehidupan. Bawalah ahli keluarga, sahabat dan jiran tetangga agar kita sama-sama meraih keberkatan daripada majlis ilmu ini.

πŸ“’ Kongsikan jemputan ini kepada seramai mungkin warga Taiping dan kawasan sekitar. Semoga setiap perkongsian menjadi asbab hadirnya lebih ramai pencinta ilmu.

*PENGUMUMAN & JEMPUTAN KURSUS HAJI MASJID TELEKOM TAIPING 2026*πŸ•‹ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Masjid Telek...
17/07/2026

*PENGUMUMAN & JEMPUTAN KURSUS HAJI MASJID TELEKOM TAIPING 2026*

πŸ•‹ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Masjid Telekom Taiping dengan sukacitanya menjemput seluruh muslimin dan muslimat untuk menghadiri Kursus Haji yang akan disampaikan oleh Ustaz Shafie Kasa.

πŸ—“οΈ 18 Julai 2026 (Sabtu)
πŸ•°οΈ Selepas Maghrib hingga 10.30 malam
πŸ“Dewan Solat, Masjid Telekom Taiping

✨ PERCUMA & TERBUKA KEPADA SEMUA

Kursus ini sesuai untuk :
β€’ Bakal jemaah haji.
β€’ Jemaah yang ingin mengulangkaji ibadah haji.
β€’ Orang ramai yang ingin menambah ilmu berkaitan manasik haji.

Pendaftaran klik link di bawah πŸ‘‡πŸ»
www.wasap.my/601110008009/DaftarKursusHaji
(Tn Hj Sallehuddin)

www.wasap.my/601159391998/DaftarKursusHaji
(Admin)

Jom hadir bersama keluarga dan sahabat untuk menimba ilmu serta membuat persediaan ibadah haji dengan lebih yakin dan sempurna.

_β€œBarangsiapa menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, nescaya Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.”_

Kami mengalu-alukan kehadiran anda. Jumpa di Masjid Telekom Taiping! 🀲🏻

13/07/2026

SELLER TIKTOK SILA AMBIL PERHATIAN !

10/07/2026

Nak rebut pahala jariah ?
Ini peluang untuk kita bersama-sama menyumbang.

Masjid Telekom Taiping sedang mengumpulkan dana bagi pemasangan 2 unit aircond demi keselesaan para jemaah ketika beribadah.

Semoga setiap ringgit yang diinfakkan menjadi amal jariah yang berterusan dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Jom berinfaq & sama-sama sebarkan.

JOM BERINFAQ AIRCOND UNTUK MASJID TELEKOM TAIPINGAlhamdulillah, Masjid Telekom Taiping sedang mengumpulkan dana bagi pem...
26/06/2026

JOM BERINFAQ AIRCOND UNTUK MASJID TELEKOM TAIPING

Alhamdulillah,
Masjid Telekom Taiping sedang mengumpulkan dana bagi pemasangan 2 unit Aircond Ceiling Exposed demi keselesaan para jemaah ketika menunaikan ibadah dan menghadiri majlis ilmu.

🎯 Sasaran Infaq: RM13,600

Infaq boleh disalurkan ke:
🏦 B. Muamalat
: 0802 0000 0147 19
: Masjid Telekom Taiping

πŸ“² Sebarang pertanyaan,
hubungi WhatsApp Admin:
www.wasap.my/601159391998/InfaqAircond

Mohon orang ramai bantu sebarkan kepada keluarga dan sahabat. Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berkekalan.

*JEMPUTAN TAZKIRAH JUMAAT KHAS & SOLAT JUMAAT BERSAMA SYEIKH MAHMOUD AL WOSABI*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu...
18/06/2026

*JEMPUTAN TAZKIRAH JUMAAT KHAS & SOLAT JUMAAT BERSAMA SYEIKH MAHMOUD AL WOSABI*

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sempena Rehlah Dakwah Syeikh Mahmoud Al Wosabi di Taiping, seluruh warga Taiping dan kawasan sekitarnya dijemput untuk menghadiri Tazkirah Khas Jumaat serta menunaikan Solat Jumaat bersama beliau di Masjid Telekom Taiping.

πŸ—“ : 19 Jun 2026 (Jumaat)
πŸ•§ : 12.45 tengah hari
πŸ“ : Masjid Telekom Taiping
πŸ‘€ : Syeikh Mahmoud Al Wosabi
(Pendakwah bebas dari Yaman)

Ini merupakan peluang istimewa untuk mendengar perkongsian ilmu daripada seorang pendakwah antarabangsa yang sedang berada dalam siri Rehlah Dakwah di Malaysia. Marilah kita bersama-sama meluangkan masa menghadiri majlis ilmu yang penuh keberkatan ini serta mengimarahkan rumah Allah.

πŸ“’ Jom hadir beramai-ramai dan kongsikan jemputan ini kepada keluarga, sahabat serta jiran tetangga

MASJID TELEKOM TAIPING
"Masjid Mesra Masyarakat"

Address

Jalan Lumba Kuda, 34072 Taiping
Taiping
34000

Opening Hours

Monday 05:00 - 11:00
Tuesday 05:00 - 23:00
Wednesday 05:00 - 23:00
Friday 05:00 - 23:00
Saturday 05:00 - 23:00
Sunday 05:00 - 23:00

Telephone

+601159391998

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Telekom Taiping posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Telekom Taiping:

Shortcuts

Share