20/02/2026
🌙✨ SALAM RAMADAN 1447H ✨🌙
Unit Agama Penjara Taiping membawakan perkongsian khas sempena bulan penuh keberkatan ini – Doa Tibanya Ramadan, Niat Puasa Ramadan dan 40 Rabbana (Doa-doa daripada Al-Quran).
📖 Marilah kita bersama-sama:
🤲 Menghayati doa memohon kesejahteraan menyambut Ramadan
🕌 Memperbaharui niat puasa dengan penuh keikhlasan
💛 Mengamalkan doa-doa pilihan daripada Al-Quran sebagai penguat iman dan taqwa
Semoga setiap amalan kita diterima oleh Allah SWT dan Ramadan kali ini menjadi medan untuk meningkatkan keimanan, memperbanyakkan ibadah serta meraih keampunan-Nya.
“Rabbana taqabbal minna, innaka Antas-Sami‘ul-‘Alim.”