Masjid Jamek Sungai Tinggi

Masjid Jamek Sungai Tinggi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Jamek Sungai Tinggi, Mosque, Masjid Jamek Sungai Tinggi, Taipeng.

Program sempena maal hijrah pagi ini.. Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar.
07/07/2024

Program sempena maal hijrah pagi ini.. Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar.

05/07/2024

KULIAH DHUHA KHAS MAAl HIJRAH
MASJID JAMEK SUNGAI TINGGI
Penceramah: Ustaz Syakir Nasoha
Hari: Ahad 07.07.2024
Masa: 9.00 pagi
Aktiviti Kanak-kanak: Pertandingan Mewarna
1. (7-9 Tahun>
2. (10-12 Tahun)
Jamuan Makan Disediakan
Semua Dijemput Hadir.

Ibadah qurban masjid Jamek kampung Sungai Tinggi 2024
17/06/2024

Ibadah qurban masjid Jamek kampung Sungai Tinggi 2024

Jika berminat sila hubungi urusetia.. terima kasih..
06/05/2024

Jika berminat sila hubungi urusetia.. terima kasih..

29/03/2024
Amil zakat fitrah bagi kawasan sungai tinggi.. Ustaz Abdul Rahman..01156549004 @ 0135308125.
18/03/2024

Amil zakat fitrah bagi kawasan sungai tinggi.. Ustaz Abdul Rahman..
01156549004 @ 0135308125.

08/03/2024

SAHAM AKHIRAT
Sumbangan Dana Untuk Membeli Van Jenazah

Kami pihak *Masjid Jamek Sungai Tinggi* dalam usaha mencari dan mengumpul dana bagi membeli sebuah Van Jenazah baru yang lengkap untuk kegunaan ahli kariah masjid.

Hal ini kerana, keadaan van jenazah sedia ada agak uzur dan sentiasa mengalami kerosakan. Sehingga menyebabkan urusan bagi menguruskan jenazah agak sukar dilaksanakan.

Bersama kita mengambil peluang untuk melakukan amal jariah sedekah bagi pembelian Van Jenazah. Semoga dengan usaha kecil kita dalam membantu pembelian Van Jenazah ini urusan kita kelak dipermudahkan.

Kami amat mengalu-alukan kepada tuan puan yang ingin menyumbang bagi merealisasikan tujuan murni ini. Sumbangan dari anda amat dihargai dan semoga diberikan ganjaran yang berpanjangan oleh Allah SWT.

*_FIRMAN Allah SWT yang bermaksud:_*
_"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya kepada jalan Allah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai p**a mengandungi 100 biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya." (Surah al-Baqarah : 261)_

_Rasulullah SAW bersabda:_
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: “Jika seorang manusia mati maka terputuslah daripadanya amalnya kecuali dari tiga perkara; dari SEDEKAH JARIAH atau ilmu yang diambil manfaatnya atau anak soleh yang mendoakannya.” *Riwayat Muslim (4310), al-Tirmizi (1376) dan al-Nasa’ie (3651)
________________________________
Sumbangan boleh disalurkan kepada:
*Bank:* AGRO BANK
*No Akaun:* 100 5341 0000 2718 1
*Nama Akauan:* Masjid Jamek Sg Tinggi
Reference: DANAVANJENAZAH

SHARE POSTING INI JUGA SATU SEDEKAH

_Assalamualaikum w.b.t_*Sumbangan Membangun Ruang Solat Masjid Jamek Sungai Tinggi.*Pihak masjid berbesar hati menyambut...
09/02/2024

_Assalamualaikum w.b.t_
*Sumbangan Membangun Ruang Solat Masjid Jamek Sungai Tinggi.*

Pihak masjid berbesar hati menyambut kehadiran jemaah dan anak kariah yang semakin bertambah, seiring dengan itu akan dibina ruang solat tambahan bagi menampung jumlah jemaah tersebut.

Dengan ini, pihak masjid membuka peluang seluas-luasnya kepada Tuan/Puan/Dato'/Datin yang budiman UNTUK MENYUMBANG bagi merealisasikan niat murni ini.

Sekecil-kecil dan sebesar-besar sumbangan, pihak masjid mendahulukan rasa syukur dan berterima kasih kepada Tuan, Puan, Dato', Datin yang dermawan.

Moga menjadi asbab kebaikan tersebar luas dalam kalangan masyarakat Sg. Tinggi khususnya dan juga jemaah yang bertandang ke kariah Sg. Tinggi. Semoga menjadi amal jariah yang berpanjangan.
Masjid yang masih dalam pembinaan ruang solat tambahan untuk menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah, masih memerlukan dana bagi menyiapkannya.
“Sesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. “Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.” Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat. Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad. Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa. Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah.”

Riwayat Al-Bukhari – 1897 dan Muslim – 1705
No akaun :
100 5341 0000 2718 1 ( AGRO BANK )
Sebarang pertanyan boleh menghubungi
Ustaz Daud - 013 445 4431
Cikgu Zaini - 013 514 3243

04/10/2023

KULIAH MAGHRIB DI MASJID JAMEK SUNGAI TINGGI
4.10.2023 (RABU - HARI NI)
USTAZ DAUD.

Address

Masjid Jamek Sungai Tinggi
Taipeng
34800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek Sungai Tinggi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category