30/05/2023
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Pondok Al-Karim merayu sumbangan orang ramai untuk meneruskan pembinaan masjid yang bakal menjadi nadi kepada pusat pengajian agama itu .
Namun kini, proses pembinaan masjid tergendala akibat kekurangan dana dan tidak mampu menampung kos barangan yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Malah lebih parah, pihak Pondok Al-Karim juga dibelenggu hutang kontraktor dan kedai hardware.
Pembinaan masjid ini hanya bergantung kepada dana orang awam dan dana pihak korporat sahaja. Walaupun begitu, sebanyak RM250,000 telah berjaya dipungut dan telah habis dibelanjakan semasa proses pembinaan fasa pertama masjid sebelum ini.
Maka dengan itu, kami warga pondok ingin memohon bantuan dan infaq daripada semua agar kami dapat merealisasikan impian semua dalam mendapat keselesaan semasa menjalankan ibadah kepada Allah.
Sesungguhnya hanya Allah sahajalah yang mampu membalas setiap kebaikan dan setiap dana yang diberikan kepada kami.
Sekian,