Surau Al-Hijrah PPAM Denai Alam Sungai Petani

Surau Al-Hijrah PPAM Denai Alam Sungai Petani Surau Al Hijrah – Surau baharu untuk semua! Destinasi ibadah, majlis ilmu & kegiatan komuniti Islam setempat. Jom hidupkan surau bersama-sama! πŸ€πŸ•Œ

05/01/2026
✨ Alhamdulillah ✨Surau Al-Hijrah PPAM Denai Alam, Sungai Petani, Kedahkini telah siap dipasang karpet baharu demi kesele...
05/01/2026

✨ Alhamdulillah ✨

Surau Al-Hijrah PPAM Denai Alam, Sungai Petani, Kedah

kini telah siap dipasang karpet baharu demi keselesaan para jemaah dalam menunaikan ibadah.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada para dermawan dan para penginfak yang telah menyumbang dengan penuh keikhlasan bagi menjayakan program pemasangan karpet ini. Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah, dilipatgandakan ganjaran oleh Allah SWT dan diberkati rezeki.
Moga dengan kemudahan ini, Surau Al-Hijrah terus menjadi tempat yang selesa dan tenang untuk beribadah serta mengimarahkan lagi aktiviti keagamaan dalam komuniti kita.

🀲 Jazakumullahu khairan kathira 🀲

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhDengan rendah hati, kami memohon sumbangan ikhlas daripada orang ramai untuk T...
17/10/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dengan rendah hati, kami memohon sumbangan ikhlas daripada orang ramai untuk Tabung Pembinaan Masjid Kariah Amanjaya Anggerik.
Masjid ini bakal menjadi pusat ibadah, ilmu dan komuniti bagi penduduk sekitar. Semoga setiap sumbangan anda, besar atau kecil, menjadi amal jariah yang berpanjangan hingga ke akhirat.
🀲 β€œSiapa yang membina masjid kerana Allah, maka Allah akan membina baginya rumah di syurga.” – (HR. Bukhari & Muslim)

Mohon bantu sebarkan dan kongsikan maklumat ini. Semoga Allah memberkati setiap usaha kita. Aamiin. 🌸

20/09/2025
20/09/2025
PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN SURAU AL-HIJRAH BERSAMA KOMUNITI PENDUDUK PPAM DENAI ALAM DAN SPICE VILLAGE S...
20/09/2025

PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN SURAU AL-HIJRAH BERSAMA KOMUNITI PENDUDUK PPAM DENAI ALAM DAN SPICE VILLAGE SUNGAI PETANI

Sungai Petani, 9 Ogos 2025 –

Imbau kembali pada tarikh 9 Ogos 2025 ahli jawatankuasa surau Al-Hijrah bersama komuniti penduduk PPAM Denai Alam dan Spice Village telah mengadakan program gotong royong bagi membersihkan kawasan Surau Al-Hijrah.

Program gotong royong ini bukan sahaja menceriakan kembali kawasan surau malah dapat memupuk semangat kerjasama dan merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama penduduk.

Untuk makluman semua, Surau Al-Hijrah masih dalam proses pembukaan dimana hanya menunggu proses akhir dari TNB untuk memasang meter.

,Ibadah&Istiqamah
Al-Hijrah

Address

2, Jalan Tanjung
Sungai Petani
08000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Hijrah PPAM Denai Alam Sungai Petani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category