Aman Palestin Kedah

Aman Palestin Kedah MOHD ZULFIKAR AZLAN [PENGURUS]
NO 23, TINGKAT BAWAH, JALAN PERDANA HEIGHTS 2/1 SUNGAI PETANI, KEDAH Mendapatkan dan mengumpulkan dana serta menyalurkan bantuan.
(116)

Objektif

Antara matlamat utama ialah:

Memberikan kesedaran masyarakat berkaitan isu Palestin. Menjalinkan hubungan dengan badan-badan kemanusiaan dalam dan luar negara. Bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan NGO. Merancang aktiviti secara bersepadu. Menganjurkan siri-siri forum perbincangan. Menerbitkan dan mengedarkan bahan-bahan sebaran am. Aktiviti

Bagi memastikan objektif penubuhan

Aman Palestin tercapai, pelbagai program dan aktiviti diadakan sama ada di Palestin atau kem-kem pelarian Palestin yang terdapat di Lubnan dan negara sekitarnya. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan secara ringkasnya adalah seperti berikut:

Pembinaan Rumah Anak-Anak Yatim Palestin. Projek ini adalah satu usaha membangunkan rumah anak-anak yatim Palestin yang berada di Palestin ataupun di kem-kem pelarian mereka. Bantuan Pelajaran Pelajar-Pelajar Palestin. Iaitu menyediakan bantuan pelajaran untuk pelajar-pelajar Palestin yang berada di dalam Palestin dan di kem-kem pelarian mereka. Bantuan Sara Hidup Yatim Palestin. Projek ini bertujuan menyediakan bantuan sara hidup untuk anak-anak yatim Palestin yang berada dalam kemiskinan dan kemelaratan. Sehingga kini, Aman Palestin menguruskan bantuan sara hidup anak yatim di dalam Palestin dan Lubnan. Projek Pembiayaan Keluarga Miskin dalam Palestin. Projek Pertanian Sara Diri di Nablus. Projek Berbuka Puasa. Menyediakan makanan berbuka puasa untuk pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin. Bantuan Perubatan Palestin. Bekalan ubat di Palestin tidak mencukupi ekoran sekatan Amerika dan sekatan apartheid Yahudi. Oleh itu projek ini adalah penting untuk menyediakan bekalan ubat yang diperlukan oleh rakyat Palestin. Projek Qurban Aidil Adha Palestin. Projek ini adalah untuk membekalkan daging korban untuk pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin sempena Hari Raya Aidil Adha. Bantuan Hari Raya. Membekalkan makanan dan pakaian yang diperlukan oleh pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin untuk menyambut Hari Raya. Projek Ambulans bagi Klinik Hamzah. Projek Pusat Kegiatan Anak-Anak Yatim. Selain aktiviti-aktiviti dan projek di atas, Aman Palestin juga terlibat dalam melaksanakan projek-projek lain seperti Kafah Ibu Tunggal, Projek Puasat Latihan, Projek Pembinaan Pusat al Quran, Projek Pembangunan Sekolah Untuk Anak-Anak Pelarian dan Yatim Palestin, Projek Bantuan Pakaian & Beg dan Projek Pakaian Musim Sejuk. Kerjasama

Aman Palestin menjalankan kerjasama dengan institusi-institusi kerajaan, institusi swasta, syarikat korporat, sekolah-sekolah, masjid-masjid, badan-badan kebajikan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO's) di dalam dan luar negara bagi mencapai objektifnya.

Address

No 23, Tingkat Bawah, Jalan Perdana Heights 2/1
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60195897019

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aman Palestin Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Aman Palestin Kedah:

Share