24/08/2026
🌙 SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ 🌙
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah ﷺ itu suri teladan yang baik bagi kamu.”
— Surah Al-Ahzab: 21
Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, marilah kita bersama-sama menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah ﷺ dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah Baginda serta mengamalkan sunnahnya dalam kehidupan seharian.
Semoga cinta kita kepada Rasulullah ﷺ bukan sekadar pada kata-kata, tetapi terpancar melalui akhlak, amalan dan kehidupan kita.
🌿 Selawat dan salam buat junjungan tercinta, Nabi Muhammad ﷺ.
Salam Maulidur Rasul ﷺ
Daripada Seluruh Warga Surau Al Jannah, Taman SP Saujana Permai