Surau Taman Bunga Raya

Surau Taman Bunga Raya Musolla Musolla for muslims

07/04/2026
15/02/2026

Ramadan makin dekat.

Tapi soalan yang lebih penting…hati kita dah bersedia ke belum?

Kita biasa fikir tentang menu sahur.
Kita fikir tentang baju raya.
Kita fikir tentang jadual tarawih.

Tapi jarang kita duduk dan tanya diri sendiri:

-Aku faham tak sebenarnya hukum puasa yang aku buat setiap tahun?
-Aku yakin tak ibadah aku sah dan sempurna?
-Atau aku cuma buat sebab “semua orang buat”?

Ramai wanita puasa. Tapi dalam masa yang sama masih ada rasa ragu.

Ragu tentang batal atau tidak,
Ragu tentang fidyah dan qadha,
Ragu tentang apa yang patut diutamakan dalam Ramadan,
Dan bila hati ragu, ibadah jadi tak tenang.

Sebab itu kami bawakan:
🌙 PROGRAM BIDADARI AN-NUR 2.0: DAURAH FIQH WANITA RAMADAN 🤍

📖 Slot 1: Ramadan Reset Hati
Bersama Ustazah Asmak Husin

📖 Slot 2: Talaqqi Kitab Fiqih Puasa (Marhaban Ya Ramadhan)
Bersama Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre

Banyak ilmu dan hukum yang akan dikupaskan dalam daurah kali ini.

Ramadan datang setahun sekali, tapi kesannya boleh ubah hidup kita selamanya.

Yuran hanya RM15 sahaja & rakaman disediakan. Untuk mendaftar, boleh klik link di bawah:

https://ikhtiarihsancare.onpay.my/order/form/111

13/02/2026

Saya langsung tidak pernah anti agama Hindu sebab saya ada kawan-kawan beragama Hindu.

Tapi saya tidak boleh terima penempatan haram atas tanah orang lain atas nama rumah ibadat samada kuil, masjid, wat dll.

Setahu saya kalau masjid kena mohon kebenaran untuk bina. Kuil pun ada terikat juga dengan undang-undang.

Tapi kenapa saya sebagai orang awam semakin tak faham, tuan tanah seolah-olah bersalah dan ada yang diugut nak tanah ganti sekiranya tiba-tiba muncul rumah ibadat di atas tanah mereka.

Bila diulas, katanya menyentuh sensitiviti agama dan kaum.

"Biar kerajaan yang selesaikan ikut undang-undang. Kita tak perlu masuk campur". Masalahnya kalau dah bertahun-tahun.

Dulu saya tak faham, bila orang tua selalu pesan kat saya.

"Kalau ada tanah, rajin-rajin pergi periksa kalau lambat lagi nak bangunkan. Kalau dah muncul rumah ibadat walau kecil, susah nak keluarkan selepas ini walau itu tanah kita"

Saya tak percaya sebab percaya negara kita ada undang-undang.

Bukan semudah itu orang nak ceroboh tanah persendirian.

Tapi bila jadi kes sekarang, ternganga jugalah saya sebagai ibu yang naif ini.

Majlis tahlil dan sambutan Ramadhan 12 /2/2026
12/02/2026

Majlis tahlil dan sambutan Ramadhan 12 /2/2026

Majlis tahlil dan sambutan Ramadhan 12/2/2026
12/02/2026

Majlis tahlil dan sambutan Ramadhan 12/2/2026

31/1/2026..Mesyuarat Sukarelawan Ramadhan..
31/01/2026

31/1/2026..Mesyuarat Sukarelawan Ramadhan..

Sambutan hari wargamas 80an diSTBR SgPetani pada 29/1/2026
30/01/2026

Sambutan hari wargamas 80an diSTBR SgPetani pada 29/1/2026

24/12/2025

“ALHAMDULILLAH, pagi ini Pondok DarSA dikunjungi oleh Al Habib Abdurrohman Al Musawa bersama rombongannya. Semoga silaturrahim ini terus terjalin erat dan diberkati ALLAH SWT🤲🏻🤍

Address

Jalan Tanjung, Taman Bunga Raya
Sungai Petani
53000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Taman Bunga Raya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Taman Bunga Raya:

Share

Category