Surau Assyakirin Taman Lembah Bujang

Surau Assyakirin Taman Lembah Bujang Surau Assyakirin Taman Lembah Bujang Utama, Bedong Kedah
Bersebelahan MRSM Merbok

25/06/2024
๐•Š๐”ผ๐•„๐”ธ๐•‚๐•€โ„• โ„๐”ธโ„๐•€, ๐•Š๐”ผ๐•„๐”ธ๐•‚๐•€โ„• ๐•„๐”ผโ„•๐•๐”ธ๐”ป๐•€ ๐•๐”ธ๐”ป๐•€Kerapkali pihak jawatankuasa dipaksa berurusan dengan jenayah curi tabung surau di sin...
25/06/2024

๐•Š๐”ผ๐•„๐”ธ๐•‚๐•€โ„• โ„๐”ธโ„๐•€, ๐•Š๐”ผ๐•„๐”ธ๐•‚๐•€โ„• ๐•„๐”ผโ„•๐•๐”ธ๐”ป๐•€ ๐•๐”ธ๐”ป๐•€

Kerapkali pihak jawatankuasa dipaksa berurusan dengan jenayah curi tabung surau di sini. Bukan sekali, dua kali, tapi dah berkali kali jenayah curi berleluasa di kawasan kami ini.

Usaha kami dalam membanteras jenayah curi ini telah kami pertingkatkan satu persatu, namun masih juga ada kes seperti ini dalam kawasan ini.

Kepada para pelaku, kami doakan anda insaf dan bertaubat atas kelakuan anda ini. Harta milik surau adalah kegunaan awam dan bukan milik persendirian. Jika ada sebarang masalah, selayaknya datang berbincang ye bersama kami. Insya Allah kita usahakan jika anda dalam kesempitan.

Nuzul Quran mengingatkan kita akan anugerah terbesar Allah kepada umat manusia. Semoga Ramadan kali ini sebagai garis mu...
27/03/2024

Nuzul Quran mengingatkan kita akan anugerah terbesar Allah kepada umat manusia.

Semoga Ramadan kali ini sebagai garis mula untuk kita dekat dengan Al-Quran. Kita baca, kita faham, dan kita amal.

Salam Nuzul Al-Quran 1445H

โ™ฅ๏ธโ™ฅ๏ธMENELUSURI KECINTAAN BUAT BAGINDA AR-RASULโ™ฅ๏ธโ™ฅ๏ธTelah berlangsung Program Maulidurrasul anjuran Surau As- Syakirin Tam...
03/10/2023

โ™ฅ๏ธโ™ฅ๏ธMENELUSURI KECINTAAN BUAT BAGINDA AR-RASULโ™ฅ๏ธโ™ฅ๏ธ

Telah berlangsung Program Maulidurrasul anjuran Surau As- Syakirin Taman Lembah Bujang Utama Fasa 5 semalam. Terima kasih diucapkan buat Al Fadhil Ustazuna Nik Mohd Shamizi Bin Haji Nik Sin dari SBPI Kubang Pasu. โญโญ

Banyak perkongsian ilmu dan perjalanan sirah Nabi S.A.W yang ustazuna ceritakan. Diharap para hadirin sekalian dapat sama-sama mengambil mutiara ilmu dan motivasi sirah yang telah disampaikan oleh ustazuna untuk kalian jadikan pedoman kehidupan.

Kandid gambar sekitar Program Maulidurrasul 1444H Surau As Syakirin. Terima kasih diucapkan buat semua hadirin sekalian. Fajazakumullahu khoiran katsira.๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Šโ™ฅ๏ธโ™ฅ๏ธ


โ€Žุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽSesungguhnya kita milik ALLAH dan kepada-Nya kita kembaliPihak Surau As-Sya...
17/08/2023

โ€Žุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Sesungguhnya kita milik ALLAH dan kepada-Nya kita kembali

Pihak Surau As-Syakirin merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam.

Semoga Allah Taala mengampuni dosa mereka dan mengganjari dengan pahala yang setimpal buat mereka. Amiin.

Kami menzahirkan rasa dukacita atas tragedi ini.

ุฅูู†ู‘ูŽ ูู„ู„ู‡ู ู…ูŽุง ุฃูŽุฎูŽุฐูŽ, ูˆูŽู„ูŽู‡ู ู…ูŽุง ุฃูŽุนู’ุทูŽู‰, ูˆูŽูƒูู„ู‘ูŽ ุดูŽูŠู’ุกู ุนูู†ู’ุฏูŽู‡ู ุจูุฃูŽุฌูŽู„ู ู…ูุณูŽู…ู‘ูŽู‰, ููŽู„ู’ุชูŽุตู’ุจูุฑู’ ูˆูŽู„ู’ุชูŽุญู’ุชูŽุณูุจู’.

"Sesungguhnya milik Allah-lah yang diambil-Nya, dan milik Allah-lah yang diberikan-Nya, kesemuanya telah ditakdirkan ajalnya, maka hendaklah engkau bersabar dan mengharap agar memperolehi pahala (atas ujian yang engkau lalui)"

๐ŸฅฐALHAMDULILLAH TSUMMAL HAMDULILLAH๐ŸฅฐBerakhir Syawal 1444H ini, disambut dengan penuh makna dan kegembiraan. Pihak Surau A...
20/05/2023

๐ŸฅฐALHAMDULILLAH TSUMMAL HAMDULILLAH๐Ÿฅฐ

Berakhir Syawal 1444H ini, disambut dengan penuh makna dan kegembiraan. Pihak Surau Assyakirin Taman Lembah Bujang, berkongsi rasa dan kesyukuran bersama dengan para penduduk Taman Lembah Bujang Utama sekalian dalam menjayakan majlis Sambutan Aidilfitri anjuran pihak surau bersama dengan para dermawan sekalian.

Majlis yang penuh makna dan pelbagai juadah yang istimewa disajikan dengan penuh keikhlasan khusus buat semua. Terima kasih jua diucapkan kepada Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif bin Haji Ghazali atas kesudian untuk hadir bersama sama para penduduk sekalian dalam menjayakan majlis ini.

Tidak dilupakan, "orang kuat" majlis , para barisan AJK SurauAs Syakirin sekalian dalam tugasan memasak, menyediakan, dan menjayakan majlis.

Buar para penduduk sekalian, angpa semua memang "OHSEM". ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ. Lain masa kita berjumpa lagi, noh..๐Ÿ˜Š. Terima kasih buat semuanya. โค๏ธโค๏ธโค๏ธ

Gambar kandid sekitar majlis tersebut buat tatapan semua. Akhir kata, sekali lagi terima kasih diucapkan. Jumpa lagi, semuaaa....



ุฅู†ุง ู„ู„ู‡ ูˆุฅู†ุง ุฅู„ูŠู‡ ุฑุงุฌุนูˆู†Pagi ini mendapat berita duka kembalinya menemui pencipta tokoh ulama' Kelantan Tuan Guru Nik Ra...
17/04/2023

ุฅู†ุง ู„ู„ู‡ ูˆุฅู†ุง ุฅู„ูŠู‡ ุฑุงุฌุนูˆู†

Pagi ini mendapat berita duka kembalinya menemui pencipta tokoh ulama' Kelantan Tuan Guru Nik Razi Nik Mat pada pagi ini 26 Ramadan 1444H setelah diuji sakit terlantar hampir 4 bulan.

Almarhum yang juga merupakan adinda kepada Almarhum Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memberi sumbangan yang begitu besar khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan kepada masyarakat.

Pihak AJK Surau As-Syakirin merakamkan takziah kepada ahli keluarganya almarhum Tuan Guru. Semoga Allah SWT membalas segala jasa yang dicurahkan, mengampukannya dan merahmatinya disisi para solehin.

โ€Žุงู„ู„ู‡ู… ุงุบูุฑ ู„ู‡ ูˆุงุฑุญู…ู‡ุŒ ูˆุนุงูู‡ ุŒูˆุงุนู ุนู†ู‡ ุŒูˆุฃูƒุฑู… ู†ูุฒูู„ู‡ ุŒ ูˆูˆุณุน ู…ูุฏุฎู„ู‡ู ุŒ ูˆุงุบุณู„ู‡ ุจุงู„ู…ุงุก ูˆุงู„ุซู„ุฌ ูˆุงู„ุจุฑุฏ ุŒ ูˆู†ู‚ู‡ ู…ู† ุงู„ุฎุทุงูŠุง ูƒู…ุง ูŠู†ู‚ู‰ ุงู„ุซูˆุจ ุงู„ุฃุจูŠุถ ู…ู† ุงู„ุฏู†ุณ ุŒ ูˆุฃุจุฏู„ู‡ ุฏุงุฑุงู‹ ุฎูŠุฑุงู‹ ู…ู† ุฏุงุฑู‡ ุŒ ูˆุฃู‡ู„ุงู‹ ุฎูŠุฑุงู‹ ู…ู† ุฃู‡ู„ู‡ ูˆุฒูˆุฌุงู‹ ุฎูŠุฑุงู‹ ู…ู† ุฒูˆุฌู‡ุŒ ูˆุฃุฏุฎู„ู‡ ุงู„ุฌู†ุฉ ุŒูˆุฃุนุฐู‡ ู…ู† ุนุฐุงุจ ุงู„ู‚ุจุฑ

Majlis khatam Al-Quran oleh kaum ibu2 Taman Lembah Bujang Utama... Alhamdulillah...Tqima kasih semua...
07/04/2023

Majlis khatam Al-Quran oleh kaum ibu2 Taman Lembah Bujang Utama... Alhamdulillah...Tqima kasih semua...

โค๏ธโค๏ธJAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA..โค๏ธโค๏ธTerima kasih buat semua para penduduk Taman Lembah Bujang Utama dan kepada para A...
06/04/2023

โค๏ธโค๏ธJAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA..โค๏ธโค๏ธ

Terima kasih buat semua para penduduk Taman Lembah Bujang Utama dan kepada para AJK Surau As-Syakirin khususnya kerana telah menjayakan Majlis Iftar Jamaie (Berbuka Puasa) anjuran surau kali ini.

Biarpun dalam serba kekalutan, namun majlis masih berjalan dengan lancar dan jayanya. Juadah berbuka puasa yang disediakan jua sangat sangat menyelerakan dan membuka selera.

Kepada para penyumbang, para jurumasak, para sukarelawan dalam penyediaan makanan, ribuan terima kasih diucapkan buat anda. Semoga ukhwah sesama kita ini senantiasa bersemai dengan baik dan penuh muhibbah.

Kandid gambar sekitar majlis berbuka puasa berkenaan buat tatapan anda semua. Angpa semua sempoiii...๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช


๐Ÿ“š๐Ÿ“š PROGRAM JAMUAN IFTAR JAMAIE (MAJLIS BERBUKA PUASA) RAMADHAN 144H ANJURAN SURAU AS-SYAKIRIN FASA 5 ๐Ÿ“š๐Ÿ“šMasa : 6.30 PTG -...
05/04/2023

๐Ÿ“š๐Ÿ“š PROGRAM JAMUAN IFTAR JAMAIE (MAJLIS BERBUKA PUASA) RAMADHAN 144H ANJURAN SURAU AS-SYAKIRIN FASA 5 ๐Ÿ“š๐Ÿ“š

Masa : 6.30 PTG - SEHINGGA SELESAI

Tempat : Surau As-Syakirin Fasa 5

Tarikh : 6 APRIL 2023 (KHAMIS)

Tuan/Puan sekalian dijemput hadir beramai ramai untuk sama sama memeriahkan majlis.

Hidangan istimewa dengan Nasi Daging + Ayam Goreng Special + Sup Power + Ayaq Asam Padu oleh chef yang didatangkan khas..โค๏ธโค๏ธโค๏ธ

Sekiranya tuan/puan berhasrat untuk menyumbang, boleh berhubung dengan para AJK Surau. Jasa baik tuan/puan didahulukan dengan ucapan terima kasih. ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช


Address

Taman Lembah Bujang Utama Fasa 5
Sungai Petani
08100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Assyakirin Taman Lembah Bujang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share