17/06/2026
π’ MOHON SUMBANGAN TABUNG PEMULIHAN MUSIBAH KEBAKARAN KAFA SURAU AN NUR RAMADHAN π’
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan penuh rasa dukacita, dimaklumkan bahawa KAFA Surau An Nur Ramadhan telah ditimpa musibah kebakaran pada 16 Jun 2026, yang mengakibatkan kerosakan dan kehilangan pelbagai aset, dokumen serta kelengkapan pembelajaran.
Anggaran kos pemulihan dan penggantian aset yang terjejas adalah sekitar RM44,000, meliputi:
β’ Kabin Pejabat KAFA β RM9,000
β’ Kabin Barber Shop & Peralatan β RM15,000
β’ Buku teks & aktiviti β RM1,800
β’ Yuran tunai pelajar β RM2,000
β’ Buku tulis & rujukan β RM400
β’ Fail & dokumen β RM1,500
β’ Mesin fotostat β RM3,500
β’ Kertas A4 β RM98
β’ Almari besi & rak buku β RM1,050
β’ Speaker & set mikrofon β RM1,250
β’ Projektor & mini projektor β RM1,950
β’ Printer WiFi β RM500
β’ iPad β RM2,500
β’ Telefon Android β RM1,500
β’ Baju T-shirt KAFA (30 helai) β RM1,140
β’ Penghawa dingin (2 unit)
Sehubungan itu, pihak KAFA dan Surau An Nur Ramadhan dengan rendah hati memohon sumbangan ikhlas daripada para dermawan, penduduk taman dan seluruh masyarakat bagi membantu memulihkan kemudahan yang terjejas serta memastikan proses pembelajaran anak-anak dapat diteruskan dengan baik.
π Setiap sumbangan, walau sekecil mana sekalipun, amat bermakna dan dihargai.
π² Sumbangan boleh disalurkan melalui QR Kod Akaun KAFA yang disertakan bersama hebahan ini di bawah Tabung Pemulihan Musibah Kebakaran.
Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang berpanjangan serta mendapat ganjaran berlipat ganda daripada Allah SWT.
"Barangsiapa yang memudahkan urusan saudaranya, maka Allah akan memudahkan urusannya." (Riwayat Muslim)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
π€ Cikgu Mat Asli
π± 012-590 1101
Pengerusi KAFA
π€ En. Ridzuan
π± 011-5559 1627
Bendahari KAFA
π€ Puan Liza
π± 012-301 0634
Guru Penyelaras KAFA
Jazakumullahu khairan kathira.