Masjid Al - Khalidiah

Masjid Al - Khalidiah Page Ini Ditubuhkan Bagi Tujuan Anak Khariah Permatang Pasir Dapat Maklumat Yg Tepat Mengenai Aktivi

07/06/2026

๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅTazkirah Pagi๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ

๐ŸŒฟ Jangan Pandang Ringan Kebaikan Kecil
Rasulullah ๏ทบ bersabda:

"Janganlah kamu meremehkan sesuatu kebaikan walaupun hanya dengan bertemu saudaramu dengan wajah yang manis."
โ€” Sahih Muslim

Kadang-kadang kita merasakan amalan yang kecil tidak memberi apa-apa kesan. Hakikatnya, senyuman, memberi salam, membantu orang lain, membersihkan kawasan masjid, atau berkongsi ilmu yang bermanfaat adalah amalan yang besar nilainya di sisi Allah SWT.
Jangan tunggu mampu melakukan perkara yang besar untuk berbuat baik. Istiqamahlah dengan amalan yang kecil tetapi berterusan kerana itulah yang lebih dicintai oleh Allah SWT.

โœจ Pengajaran:
Sentiasa rebut peluang melakukan kebaikan walaupun kecil.
Ikhlaskan niat hanya kerana Allah SWT.
Jadikan setiap hari lebih baik daripada semalam.
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain."

Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita hati yang sentiasa mencintai kebaikan dan istiqamah dalam beramal. Aamiin.

Jom mengaji...Juz 2Surah Al Baqarah (Ayat 196)ุจูุณู’ู…ู ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽูฐู†ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู
07/06/2026

Jom mengaji...

Juz 2
Surah Al Baqarah (Ayat 196)

ุจูุณู’ู…ู ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽูฐู†ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู

Assalamualaikum...Harini 5 Jun 2026 (Jumaat) ...Jamuan Jumaat Hari Ini.๐Ÿ’ฅMenu Meja  Sedekah kita harini / Infaq Tahlil Ar...
05/06/2026

Assalamualaikum...
Harini 5 Jun 2026 (Jumaat) ...Jamuan Jumaat Hari Ini.

๐Ÿ’ฅMenu Meja Sedekah kita harini / Infaq Tahlil Arwah (ITA)๐Ÿ’ฅ

Bihun sup daging
Air oren

Jemput beramai-ramai solat Jumaat di Masjid Al-Khalidiah.

๐Ÿ“Œ Yang ingin Infaq Tahlil Arwah (ITA)/sedekah untuk meja sedekah Jumaat ini atau Jumaat minggu depan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi En.Hisyam (Siak)
https://www.wassap.my/019-5040280

๐Ÿ“Œ atau melalui QR kod masjid (ITA/SEDEKAH JUMAAT) & send resit kepada (Bendahari) https://www.wassap.my/019-4745478

๐Ÿ“Œ yang berhajat bolehlah dapatkan Borang Tahlil Arwah (ITA) yang disediakan di ruang makan isi dan masukkan ke dalam tabung yang disediakan.

๐Ÿ“Œ Semua jemaah dijemput hadir ke jamuan ITA / Meja sedekah Jumaat setiap selepas selesai sola HVt Jumaat.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhAlhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kera...
28/05/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, Program Ibadah Korban serta Kenduri Korban & Akikah anjuran pengurusan Masjid Al-Khalidiah pada hari ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan penuh keberkatan.

Pihak pengurusan masjid ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh anak-anak kariah yang telah hadir, bergotong-royong serta memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga penghargaan khas buat para peserta korban dan akikah yang telah menunaikan ibadah ini demi mencari keredhaan Allah SWT.

Semoga segala amal, sumbangan tenaga, masa dan rezeki yang diberikan diterima sebagai amal soleh serta dikurniakan keberkatan yang berpanjangan. Program seperti ini bukan sahaja menghidupkan syiar Islam, malah mengeratkan lagi ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat kariah kita.

โ€œSesungguhnya daging dan darah korban itu tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.โ€
(Surah Al-Hajj : 37)

Semoga Masjid Al-Khalidiah terus makmur dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan menjadi pusat penyatuan ummah buat seluruh masyarakat setempat.

Ikhlas daripada,
Pengurusan Masjid Al-Khalidiah
Kg Permatang Pasir, Tikam Batu, Kedah ๐Ÿค

๐ŸŒน๐ŸŒนMultimedia ๐ŸŒน๐ŸŒน

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT ker...
07/05/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya, segala urusan sepanjang pelaksanaan Pertandingan Masjid Terbaik Kategori Luar Bandar Sempena Maal Hijrah Tahun 2026 Negeri Kedah dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Pihak pengurusan masjid ingin merakamkan setulus-tulus penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Masjid, para Pegawai masjid, AJK pelaksana, ketua-ketua komponen, team-team biro, Unit Multimedia, AJK dapur, para sukarelawan terlibat serta seluruh ahli kariah yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang persiapan dan pelaksanaan pertandingan ini.

Sesungguhnya segala usaha, pengorbanan masa, tenaga, idea dan sumbangan yang dicurahkan amat bermakna dalam memastikan setiap aspek pengurusan, pengimarahan, prasarana,persekitaran, dokumentasi, kebersihan, keceriaan serta penyelarasan program berjalan dengan teratur dan lancar.

Sesungguhnya,,
Semangat kerjasama dan ukhwah yang ditunjukkan oleh semua pihak membuktikan bahawa masjid bukan sahaja menjadi tempat ibadah, bahkan pusat penyatuan dan pembangunan ummah dalam masyarakat.

Semoga segala amal bakti dan usaha murni ini diterima sebagai amal soleh di sisi Allah SWT serta dikurniakan keberkatan dan ganjaran yang berlipat ganda.

Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tulus penghargaan dari,
Ust din imam.
7 mei 2026.
๐Ÿฅ‡

Assalamualaikum WBT & Salam SejahteraAlhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana pada hari ini Masjid Al-Khalidiah ...
07/05/2026

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana pada hari ini Masjid Al-Khalidiah telah tercalon dalam Pertandingan Masjid Tercantik Peringkat Negeri Kedah dan menerima lawatan rasmi bagi sesi penilaian serta permarkahan pertandingan tersebut.

Dengan pelbagai program dan aktiviti yang aktif dijalankan, suasana pengimarahan masjid yang sentiasa hidup, serta keindahan dan keceriaan kawasan masjid yang sentiasa dijaga rapi, ianya sedikit sebanyak berjaya menarik perhatian pihak juri untuk memberikan penilaian yang terbaik buat masjid kita ini.

Turut berlangsung pembentangan serta penerangan oleh Tuan Imam berkaitan latar belakang masjid, pengurusan, aktiviti kemasyarakatan serta komponen-komponen lain yang menjadi kekuatan Masjid Al-Khalidiah.

Selebihnya, marilah kita bersama-sama terus berdoa semoga kejayaan menjadi milik masjid kita.
Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh jawatankuasa masjid, pegawai masjid, Biro Hal Orang Muda, Biro Muslimat, Biro Kebajikan, Biro Keceriaan, anak-anak kariah serta semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan setiap program dan usaha memakmurkan masjid ini.

Sesungguhnya segala pengorbanan, tenaga dan sokongan yang diberikan amatlah bernilai. Semoga Allah SWT membalas segala jasa kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda.
โ€œMasjid bukan sekadar tempat sujudโ€ฆ tapi tempat hati-hati bersatu.โ€ ๐Ÿคโœจ

๐ŸŒน Multimedia Masjid Al-Khalidiah๐ŸŒน





Jom mengaji...Juz 2Surah Al Baqarah (Ayat 194-195)ุจูุณู’ู…ู ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽูฐู†ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู
01/04/2026

Jom mengaji...

Juz 2
Surah Al Baqarah (Ayat 194-195)

ุจูุณู’ู…ู ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽูฐู†ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู

โœจ UCAPAN TAHNIAH & SYABAS SPM 2025 โœจTahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar yang telah menduduki dan menerima ...
01/04/2026

โœจ UCAPAN TAHNIAH & SYABAS SPM 2025 โœจ

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar yang telah menduduki dan menerima keputusan SPM 2025.

Kejayaan yang diraih hari ini adalah hasil usaha, doa serta pengorbanan yang tidak ternilai. Bagi yang memperoleh keputusan cemerlang, teruskan melangkah dengan penuh yakin. Bagi yang kurang seperti diharapkan, jangan berputus asa kerana setiap perjalanan ada hikmahnya.

Sesungguhnya, kejayaan sebenar bukan hanya pada keputusan, tetapi pada usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan.

Semoga anak-anak semua terus berjaya di dunia dan akhirat serta menjadi insan yang berilmu, berakhlak dan memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Ikhlas daripada:
Pihak Pengurusan Masjid
Masjid Al-Khalidiah
Kampung Permatang Pasir, Tikam Batu

๐Ÿ’Media masjid ๐Ÿ’

Jom mengaji...Juz 2Surah Al Baqarah (Ayat 192-193)ุจูุณู’ู…ู ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽูฐู†ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู
31/03/2026

Jom mengaji...

Juz 2
Surah Al Baqarah (Ayat 192-193)

ุจูุณู’ู…ู ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽูฐู†ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู

Jom mengaji...Juz 2Surah Al Baqarah (Ayat 190-191)ุจูุณู’ู…ู ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽูฐู†ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู
30/03/2026

Jom mengaji...

Juz 2
Surah Al Baqarah (Ayat 190-191)

ุจูุณู’ู…ู ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽูฐู†ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู

Address

Kg Permatang Pasir Tikam Batu Kedah Darul Aman
Sungai Petani
08600

Telephone

+601112449915

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al - Khalidiah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share