Masjid Kariah Bandar Mutiara

Masjid Kariah Bandar Mutiara Page Rasmi Masjid Kariah Bandar Mutiara, SP. Info Dana Pembinaan:
Pengerusi (Ust Zahir): wa.me/60135908406
Bendahari (Tn
Azraal): wa.me/60123455851

24/08/2026
21/08/2026

SALAM JUMAAT BARAKAH

Jika Musibah Itu
Membuatmu Semakin
Dekat Dengan Allah..Itulah Nikmat

Tetapi Jika Nikmat
Membuatmu Semakin Jauh
Dari Allah, Maka..Itulah Musibah
TABUNG PEMBINAAN MASJID KARIAH BANDAR MUTIARA
🏦 Nama Akaun: Masjid Kariah Bandar Mutiara (BIMB)

💳 No. Akaun: 02020010083756

🤲 “Apa sahaja harta yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantikannya.” — Surah Saba’: 39

SKUAD KBM FOR KARIAH BANDAR MUTIARADemi untuk merealisasikan kutipan DANA PEMBINAAN, Masjid Bandar Mutiara dengan lebih ...
17/08/2026

SKUAD KBM FOR KARIAH BANDAR MUTIARA

Demi untuk merealisasikan kutipan DANA PEMBINAAN, Masjid Bandar Mutiara dengan lebih cepat, satu skuad dipanggil SKUAD KBM dibentuk untuk menghasilkan 'content' setiap minggu berkaitan pembinaan Masjid Bandar Mutiara ini. Lakonan akan dijayakan oleh pelakon dari KARIAH BM juga.

Skuad ini akan menghasilkan cerita² pendek atau video pendek berbentuk hiburan supaya mesej pengumpulan dana masjid sampai kepada masyarakat terbanyak.

Sehubungan dengan itu semua channel medsos yang utama telah dibuka demi memastikan semua content dapat dihebahkan (blast) secara lebih efektif.

Jadi apa peranan ANDA sebagai entiti masyarakat sekitar sini? Peranan ANDA adalah tolong like & share sebanyak mungkin, nescaya ANDA pun akan turut sama mendapat saham akhirat seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT.

“Barang siapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka baginya pahala seperti pahala orang yang melakukannya.”
— Riwayat Muslim

Jadi, mai kita semua pakat 'support' pihak masjid demi merealisasikan impian semua pihak, mendirikan masjid kita sendiri dikariah ini.

Wasallam.

AYUH BERINFAK UNTUK PEMBINAAN MASJID KARIAH BANDAR MUTIARA 🤲Masjid bukan sekadar tempat mendirikan solat. Ia adalah temp...
16/08/2026

AYUH BERINFAK UNTUK PEMBINAAN MASJID KARIAH BANDAR MUTIARA 🤲

Masjid bukan sekadar tempat mendirikan solat. Ia adalah tempat hati kembali kepada Allah, tempat anak-anak mengenal al-Quran, tempat ilmu disebarkan dan tempat ukhwah masyarakat disatukan.

Masjid Kariah Bandar Mutiara kini dalam fasa pembangunan. Setiap sumbangan yang kita hulurkan, walaupun kecil, insya-Allah menjadi sebahagian daripada usaha membina sebuah rumah Allah yang akan terus memberi manfaat kepada generasi akan datang.

🌿 Hari ini kita berinfak. Esok mungkin pahala itu terus mengalir ketika kita sudah tiada.
Jangan tunggu kaya untuk bersedekah. RM10, RM50, RM100 atau seikhlas kemampuan — semuanya bermakna apabila diberikan kerana Allah.
💚 Jom sama-sama menjadi sebahagian daripada pembinaan Masjid Kariah Bandar Mutiara.

TABUNG PEMBINAAN MASJID KARIAH BANDAR MUTIARA
🏦 Nama Akaun: Masjid Kariah Bandar Mutiara (BIMB)
💳 No. Akaun: 02020010083756
🤲 “Apa sahaja harta yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantikannya.” — Surah Saba’: 39

Mungkin kita tidak mampu membina keseluruhan masjid, tetapi jangan sampai kita terlepas peluang menyumbang walau sebutir bata.

❤️ Ayuh infak. Ayuh bina rumah Allah. Ayuh kumpul bekalan untuk akhirat.

Semoga setiap ringgit yang kita sumbangkan menjadi sedekah jariah yang pahalanya terus mengalir. Aamiin.

14/08/2026

1 Rabiulawal 1448H | 14 Ogos 2026

Pagi ini, kita melangkah ke Rabiulawal dengan satu persoalan: apa yang akan kita tinggalkan untuk Allah?

Mungkin bukan harta yang banyak, tetapi sedekah kecil yang ikhlas. Mungkin bukan bangunan yang megah, tetapi usaha membantu mendirikan sebuah masjid.

Kerana suatu hari nanti, tangan kita akan berhenti memberi. Biarlah sebelum itu, pahala kita terus mengalir.

10/08/2026

Updates cerita semalam:

Perbincangan Projek Kumpul Dana Masjid Bandar Mutiara (Estimate 1 Tahun) - 9 Ogos 2026. Projek lebih mantap & bersepadu yang dihadiri Ust Zahir, Tn Zakaria, Ust Hilmi, Cikgu Suhaini & Hanizan.

09/08/2026

Assalamualaikum, moga sahabat semua beroleh kejayaan di dunia & akhirat.. 👌

07/08/2026

JARI KITA, PAHALA ATAU DOSA?

Hari ini kita hidup di zaman digital. Setiap hari WhatsApp, Telegram, Facebook, TikTok dan pelbagai media sosial dihujani dengan berita, video dan gambar yang datang tanpa henti.

Namun persoalannya, adakah semuanya benar?

Ramai yang hanya membaca tajuk, terus percaya, kemudian menekan butang "Forward". Tanpa sedar, kita mungkin sedang menyebarkan fitnah.
Rasulullah SAW bersabda:
"Cukuplah seseorang itu dianggap berdusta apabila dia menceritakan setiap apa yang didengarinya." (Hadis Riwayat Muslim)
Hadis ini sangat tepat untuk zaman media sosial hari ini.

Lihat sahaja apa yang sering berlaku apabila sesuatu isu tular. Ada gambar lama dikitar semula. Ada video dari negara lain dikatakan berlaku di Malaysia. Ada suara yang disunting sehingga mengelirukan orang ramai. Akhirnya masyarakat menjadi marah, saling bermusuhan dan memfitnah sesama sendiri. Semuanya bermula dengan satu klik "Forward".

Ingatlah, Allah tidak menilai siapa paling pantas menyebarkan berita, tetapi siapa yang paling amanah menjaga kebenaran.

Tiga amalan mudah menurut Islam:
1. Tabayyun – Semak dahulu sebelum percaya dan berkongsi.
2. Diam jika ragu-ragu – Tidak berkongsi lebih baik daripada menyebarkan fitnah.
3. Sebarkan manfaat – Gunakan media sosial untuk berkongsi ilmu, al-Quran, hadis dan perkara yang membawa kebaikan.

Jangan biarkan telefon menjadi kilang dosa. Jadikan setiap klik dan setiap perkongsian sebagai saham pahala yang akan menemani kita hingga ke akhirat.
Ingat, satu butang "Forward" mungkin hanya mengambil masa satu saat, tetapi dosanya boleh mengalir bertahun-tahun selagi fitnah itu terus dikongsi.
Semoga Allah memelihara lidah, hati dan jari-jemari kita daripada menyebarkan perkara yang tidak benar.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Ayuh menderma!! kami masih mencari dana pembangunan masjid baru..
Nama Akaun: Tabung Pembinaan Masjid Kariah Bandar Mutiara (BIMB)
No Akaun: 02020010083756

17/07/2026

DANA PEMBINAAN MASJID BARU!!

Masjid Kariah Bandar Mutiara sekarang dalam fasa pembangunan. Mereka yang berhajat untuk infak boleh salurkan infak anda ke Tabung Pembinaan Masjid Kariah Bandar Mutiara:
Nama Akaun: Masjid Kariah Bandar Mutiara (BIMB)
No Akaun: 02020010083756

Address

Bandar Mutiara
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 05:30 - 23:00
Tuesday 05:30 - 23:00
Wednesday 05:30 - 23:00
Thursday 05:30 - 23:00
Friday 05:30 - 23:00
Saturday 05:30 - 23:00
Sunday 05:30 - 23:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Kariah Bandar Mutiara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Kariah Bandar Mutiara:

Shortcuts

Share

Category