Masjid Darul Ulum Matang Pagar

Masjid Darul Ulum Matang Pagar Holy Mosque

🌙 PROGRAM MAULIDURRASUL 1448H / 2026M 🌙Jom bersama-sama memeriahkan Program Maulidurrasul bertemakan “Mahabbah Rasululla...
14/08/2026

🌙 PROGRAM MAULIDURRASUL 1448H / 2026M 🌙

Jom bersama-sama memeriahkan Program Maulidurrasul bertemakan “Mahabbah Rasulullah, Menyatu Ummah” 🤍

📅 25 – 30 Ogos 2026

Pelbagai program menarik menanti anda:-
1. Perarakan Kontinjen Maulidurrasul & Bicara Santai - 25.8.2026
2. Ceramah Perdana - 28.08.2026
3. Selawat Dalam Tren - 29.08.2026
4. Konvoi Mahabbah - 30.08.2026

💚 JOM SAMA-SAMA BERINFAQ Badan Khairat Kematian Masjid Darul Ulum Kg. Matang Pagar sedang mengumpulkan sumbangan kewanga...
14/08/2026

💚 JOM SAMA-SAMA BERINFAQ

Badan Khairat Kematian Masjid Darul Ulum Kg. Matang Pagar sedang mengumpulkan sumbangan kewangan atau peralatan kemudahan pesakit seperti kerusi roda, katil pesakit, walker dan sebagainya.

Sumbangan anda mungkin kecil pada nilai, tetapi besar manfaatnya buat mereka yang memerlukan. 🤲🏻

Jadikan ia amal jariah yang berterusan. Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang dilakukan

🌸 KULIAH DHUHA – HADIS QUDSI Jom hadir bersama-sama ke Kuliah Dhuha pada Sabtu ini, 15 Ogos 2026, jam 9.00 pagi di Masji...
14/08/2026

🌸 KULIAH DHUHA – HADIS QUDSI

Jom hadir bersama-sama ke Kuliah Dhuha pada Sabtu ini, 15 Ogos 2026, jam 9.00 pagi di Masjid Darul Ulum, Kg. Matang Pagar.

Semoga majlis ilmu ini mendapat keberkatan dan manfaat buat kita semua. 🤲🏻

Jom hadir!!

Jadual Kuliah & Aktiviti Bulan Julai 2026Assalamualaikum w.b.t 🌙Dengan penuh hormat, dijemput seluruh jemaah untuk bersa...
29/06/2026

Jadual Kuliah & Aktiviti Bulan Julai 2026

Assalamualaikum w.b.t 🌙

Dengan penuh hormat, dijemput seluruh jemaah untuk bersama-sama mengimarahkan majlis ilmu melalui pengisian kuliah dan aktiviti yang telah dijadualkan sepanjang bulan Julai 2026 📖✨ Terima Kasih

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan 2026 Masjid Darul Ulum telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.Setinggi-tinggi ...
28/06/2026

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan 2026 Masjid Darul Ulum telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli kariah yang telah hadir serta memberikan kerjasama, pandangan dan sokongan sepanjang mesyuarat berlangsung.

Semoga segala keputusan yang telah dipersetujui dapat dilaksanakan dengan sebaiknya demi kemajuan, kebajikan dan kemakmuran Masjid Darul Ulum.

Mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala usaha kita dan mengurniakan kekuatan untuk terus berkhidmat kepada agama, masyarakat dan institusi masjid.

Jazakumullahu khairan kathira kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

📢 NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2026🕌 MASJID DARUL ULUM📅 Tarikh: 28 Jun 2026 | 12 Muharram 1448H🗓️ Hari: Ahad🕣 Masa: 8.3...
22/06/2026

📢 NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2026
🕌 MASJID DARUL ULUM

📅 Tarikh: 28 Jun 2026 | 12 Muharram 1448H
🗓️ Hari: Ahad
🕣 Masa: 8.30 pagi (Pendaftaran)
📍 Tempat: Masjid Darul Ulum

Semua ahli kariah adalah dijemput hadir bagi bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan 2026. Kehadiran tuan/puan amat dihargai demi kemajuan dan kesejahteraan masjid kita bersama.

🍽️ Sarapan disediakan.

“Bersama Memakmurkan Masjid, Memperkukuh Ukhuwah Ummah”

Jadual Kuliah & Aktiviti Bulan Jun 2026Assalamualaikum w.b.t 🌙Dengan penuh hormat, dijemput seluruh jemaah untuk bersama...
29/05/2026

Jadual Kuliah & Aktiviti Bulan Jun 2026

Assalamualaikum w.b.t 🌙

Dengan penuh hormat, dijemput seluruh jemaah untuk bersama-sama mengimarahkan majlis ilmu melalui pengisian kuliah dan aktiviti yang telah dijadualkan sepanjang bulan Jun 2026 📖✨

Gambar² sekitar Program Ibadah Qurban 1447H / 2026 anjuran Masjid Darul Ulum Matang Pagar
28/05/2026

Gambar² sekitar Program Ibadah Qurban 1447H / 2026 anjuran Masjid Darul Ulum Matang Pagar

27/05/2026

Alhamdulillah, Program Ibadah Qurban 1447H / 2026 anjuran Masjid Darul Ulum telah berlangsung dengan lancar di tapak parking Masjid Darul Ulum seawal jam 9.30 pagi selepas selesai Solat Sunat Aidiladha.

Sebanyak 9 ekor lembu telah selamat dikorbankan pada tahun ini. Semoga segala ibadah, pengorbanan dan amal kebajikan kita diterima Allah SWT.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua AJK, para peserta qurban, petugas serta semua yang hadir membantu dan menyumbang tenaga secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga ukhuwah yang terjalin terus diberkati dan dipermudahkan lagi urusan kita pada masa akan datang.

Jadual Kuliah & Aktiviti Bulan Mei 2026Assalamualaikum w.b.t 🌙Dengan penuh hormat, dijemput seluruh jemaah untuk bersama...
02/05/2026

Jadual Kuliah & Aktiviti Bulan Mei 2026

Assalamualaikum w.b.t 🌙

Dengan penuh hormat, dijemput seluruh jemaah untuk bersama-sama mengimarahkan majlis ilmu melalui pengisian kuliah dan aktiviti yang telah dijadualkan sepanjang bulan Mei 2026 📖✨

Address

Jalan Matang Pagar
Sungai Buloh
47000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Darul Ulum Matang Pagar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Darul Ulum Matang Pagar:

Shortcuts

Share

Category