10/09/2026
🗓️ Tarikh: 8 September 2026
🕌 *PEMAKLUMAN DAN UCAPAN PENGHARGAAN BAGI
KERJA-KERJA PENYEDIAAN GARISAN PARKIR DI MASJID SAUJANA UTAMA*
Alhamdulillah, satu lagi usaha penambahbaikan kemudahan dan keceriaan Masjid Saujana Utama (MSU) telah berjaya dilaksanakan. 🤲🏻✨
🕘 Masa: *9.00 malam – 12.15 tengah malam*
📍 Lokasi: *Kawasan parkir Masjid Saujana Utama, Sungai Buloh, Daerah Kuala Selangor*
Kerja-kerja yang dilaksanakan melibatkan *pengukuran, penandaan serta pengecatan semula garisan petak parkir dan tanda arah laluan kenderaan* di kawasan masjid. 🚗🅿️
Pelaksanaan ini bukan sahaja menjadikan kawasan parkir kelihatan lebih kemas dan tersusun, malah *membantu melancarkan pergerakan kenderaan serta memudahkan para jemaah meletakkan kenderaan dengan lebih teratur,* khususnya ketika solat Jumaat dan program-program yang melibatkan kehadiran jemaah yang ramai.
🤝 Pihak Pengurusan Masjid Saujana Utama merakamkan *setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:*
🏢 *Infrasel Sdn. Bhd.*
🏢 *Nas Global Sdn. Bhd.*
atas kesudian menginfakkan kerja-kerja pengukuran dan pengecatan garisan parkir ini untuk kemudahan para jemaah Masjid Saujana Utama.
Penghargaan turut diberikan kepada *seluruh pasukan kerja yang bertungkus-lumus sehingga lewat malam,* bermula jam 9.00 malam dan selesai sekitar jam 12.15 tengah malam. 👷🏻♂️👏🏻
Semoga segala sumbangan tenaga, masa, kepakaran dan perbelanjaan yang telah diberikan ini *dikira sebagai amal jariah,* diterima oleh Allah SWT dan menjadi asbab keberkatan serta ganjaran pahala yang berpanjangan. 🤲🏻💚
جزاكم الله خيراً كثيراً
Jazakumullahu khairan kathira.
Terima kasih kerana bersama-sama membantu mengimarahkan dan memperindahkan rumah Allah.
🕌 “Masjid Kita, Tanggungjawab Kita”
💚 Pengurusan Masjid Saujana Utama
--------------------
🤝🫵 *JEMPUTAN UNTUK SUMBANGAN💰/INFAQ💴/SEDEKAH💵/WAKAF💶 DI MASJID SAUJANA UTAMA🕌, SG BULOH, DAERAH KUALA SELANGOR* 🇲🇾
🧑💻Untuk menyumbang program pengimarahan, pengurusan & pembangunan masjid, sila klik pautan/link di bawah:🖱
🏗️ *Tabung Pembangunan & Penyelenggaraan:*
🏦 1005521000038148 (AgroBank)
🖥 https://ezy.la/msu-ws
💼 *Tabung Kuliah, Pengimarahan, Operasi & Pengurusan:*
🏦 12168010001225 (Bank Islam)
➡️ https://ezy.la/kuliah_msu
🪦 *Tabung Tanah Perkuburan Islam Raudhatul 'Aliyah Saujana Utama - RASU:*
🏦 2125 2360 0132 35 (RHB)
🌐 https://ezy.la/rasu-ws
----------------------
ℹ️ *Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:*
📲 Nazir: 019 960 4224
☎️ Timbalan Nazir: 013-381 8482
📱 Setiausaha: 010 221 8843
📞 Bendahari: 018 222 1180
---‐-------------------
🗣 *MOHON SEBARKAN* 🌏🌷
Semoga Allah menerima setiap amalan kita. Aamiin...
♥️