Kelas Pengajian Ibnu 'Aqiil

Kelas Pengajian Ibnu 'Aqiil Kelas pengajian untuk telah mula dibuka bermula September 2018.

Ia bertujuan untuk memberikan ruang yang luas untuk pengajian peringkat dewasa mempelajari ilmu-ilmu agama.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat pencinta al-QuranApa khabar semua? Saya dengan ini berbesar hati untuk membuka KL...
10/07/2023

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat pencinta al-Quran

Apa khabar semua? Saya dengan ini berbesar hati untuk membuka KLINIK AL-QURAN dan memberi ruang kepada pencinta al-Quran yang ingin bersama Ustaz Abdul Hafiz untuk menyemak bacaan al-Quran.

Klinik al-Quran ini adalah bertujuan untuk membantu masyarakat yang ingin membaca al-Quran dengan dibantu untuk disemak setiap bacaan masing-masing.

Terbuka kepada yang sudah mahir kenal huruf-huruf al-Quran atau dah masuk Tahap al-Quran.

Setiap Klinik al-Quran hanya 15 minit hingga 20 minit sahaja (maksimum 1 muka surat) seorang.

Sesi ini akan berjalan setiap hari Isnin, Selasa & Jumaat dari jam 7.30 pagi hingga 11.00 pagi di Kelas Pengajian Ibnu 'Aqil, Lot 1355, Jalan Gajah 2, Kampung Kubu Gajah, 47000 Sungai Buloh, Selangor.

Klinik al-Quran ini adalah percuma.

Bagi yang berminat boleh masuk group whatsapp pada link di bawah bagi memudahkan pengurusan pemakluman kelas. _(Hanya yang serius nak join sahaja)_

Link Klinik Al-Quran: https://chat.whatsapp.com/CNm28qiYs2J9agMmSU4IhG

27/06/2023

KELAS FIQH SOLAT & DOA HARI ARAFAH
EDISI 27 JUN 2013

SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE DALAM AKAUN BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) 12038010137640 (AOC ENTERPRISE)

Surah ini diturunkan di Madinah, mengandungi 129 ayat. Dinamakan surah ” At-Taubah ” (Taubat) kerana pada ayat 117, dise...
24/08/2021

Surah ini diturunkan di Madinah, mengandungi 129 ayat. Dinamakan surah ” At-Taubah ” (Taubat) kerana pada ayat 117, disebutkan perihal golongan yang telah bertaubat dari perbuatan mereka yang salah lalu Allah menerima taubat mereka dan mengampunkannya.

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia p**a menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.” -128
“Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.” -129

Kelebihan mengamalkan ayat ini :

🔹Dipanjangkan usia dengan izin Allah.
🔹Dipermudahkan urusan dunia dan akhirat (siang dan malam) jika dibaca setiap pagi dan petang.
🔹Menambah keteguhan iman kepada Allah SWT.

Cara mengamalkan ayat ini:-
1- Dibaca sebanyak tujuh kali selesai solat fardhu terutamanya solat subuh dan mahgrib.

2- Seandainya kita mengamalkan ayat ini setiap hari, bertahun-tahun lamanya sehingga menjadi darah daging, namun tiba-tiba di satu pagi kita tidak mampu membaca ayat ini, terlupa, tidak lancar, tersangkut-sangkut, dapat baca sebahagian dan lupa sebahagian, maka itulah alamatnya yang kita bakal dijemput ke alam barzakh. Bersiap-siaplah mungkin sehari, mungkin seminggu, mungkin 40 hari, yang pasti itulah petunjuknya bahawa waktu kita telah hampir. Subhanallah.

07/08/2021

Assalamualaikum & Salam Kelas Ibnu 'Aqil.

Pagi ni saya menerima panggilan dari Puan Sanisah Md Sani yang mana anak beliau Nur Hafizah Naziera Nasirruddin (salah seorang pelajar saya dari Kelas Ibnu Aqil Qiraati Kump**an 9) sedang bertarung melawan penyakit Covid-19.

Pagi ini doktor akan tidurkan beliau untuk meningkatkan kadar oksigen disamping untuk menyelamatkan kandungan baby 8 bulan dalam kandungan.

Saya mohon semua sahabat2 Kelas Qiraati & Kelas Fiqh Solat untuk mendoakan kesejahteraan, keselamatan & kesihatan Nur Hafiza Naziera agar dikuatkan semangat & diberikan kesembuhan buat ibu & anak dalam kandungan.

Tiada senjata paling ampuh melainkan doa dari seorang mukmin. Kita berserah pada Allah yang Maha Penyembuh.

Sekian, harap maklum.

Address

Lot 1355, Jalan Gajah 2, Kampung Kubu Gajah
Sungai Buloh
47000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelas Pengajian Ibnu 'Aqiil posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share